Ahad, 19 Jun 2011

induksi :)


salam~

sebenarnya aku belum ada mood mau update blog ni. yalah since aku da abes study dan sekarang cuma menjadi penganggur maka apa la yang aku mau merepek di blog ni? haha..mari dengar cerita aku induksi 9 hari. huhu..seriously, banyak yang aku belajar time induksi ni. erti persahabatan, kasih sayang *cehh..haha*, kerjasama dan ketekunan. fuh, terasa macam tengah belajar sivik la pulak kan. memandangkan ni cerita tentang 9 hari jadi entri ni panjang sket. sila bersabar. haha..oh sebelum lupa, aku join induksi modul umum dan khusus kumpulan 1 ( paramedik).

hari pertama

seriously lepas siap-siap semua dalam jam 1.30 petang memang rasa mau tidur jak. mana tidaknya kalau sebelum ni tu adalah waktu tidur. pastu terpaksa juga pergi audi untuk pendaftaran induksi. sampai sana, jumpa budak inspektor kesihatan (IK), nurses dan MA. Kesian budak IK time ni still dengan bagasi sebab belum daftar bilik. pastu taklimat sampai jam 6 petang. mujur taklimat malam cancel. mata memang mau terbeliak bila tengok schedule setiap hari ada aktiviti start 6.30 pagi sampai 10.30 malam.

hari kedua

masa ni belum ada mood induksi lagi. masih lagi berkepit dengan budak2 lab jak. mujur la satu bilangan dengan debbie, wendy dan aj. sememangnya itu satu berita yang sangat menggembirakan. lepas tu kami buat LDK. actually banyak gambar time LDK but since laptop rosak jadi tidak dapat la upload gambar tu. terutama gambar mr popeye my bespren.

time LDK ni baru la ada peluang get know each other well. mana-mana yang dulu admire dari jauh tiba-tiba time LDK ni boleh makan sama-sama.borak-borak..miahaha..erk tapi tu kalau satu group la. hahaha..

hari ketiga dan keempat

masuk hari ketiga dan keempat ni dari pagi sampai jam 5.30 petang memang penuh dengan ceramah jak. tapi yang ni takda gambar since semua ceramah ni diberi oleh pegawai tinggi kerajaan. masa ni tidur paling awal pon jam 1. memang sangat-sangat busy membuat assingment.

hari kelima - selasa

perghh..ini adalah hari dalam sejarah. sebab arini kami semua kena mendaki Gunung Serapi. Gunung Serapi ni terletak di Matang. spesifiknya di Taman Negara Kubah. masih dalam area Kuching juga la. kalau dari kolej aku adalah dalam 45 minit. seriously time ni memang tidak terasa perjalanan tu jauh sebab freddy dengan Jay tidak abes-abes buat lawak walaupun sebenarnya semua dalam keadaan mengantuk time ni.

ni adalah first time aku naik gunung. dan yang lebih mengharukan adalah, aku (dan kawan-kawan yang lain) naik gunung tu tanpa latihan sebenarnya. tiba-tiba ada aktiviti naik gunung dan kami pon redah jaklah. sudahlah time breakfast aku cuma makan sepotong kek lapis jak (itupun debbie yang paksa) dan dalam keadaan yang hanya tidur 2 jam sebelum mendaki gunung tu (mana tidaknya, time ni busy buat props hias stage untuk hari rabu) . ketinggian gunung serapi ni 1, 710 meter..hah,yang ni aku baru tau sebab sepanjang trail pendakian tu signboard dia semua menunjukkan ketinggian dia dalam kaki. so time tu memang penatlah mau convert dalam meter. huahua..


gambar ni diambil lepas baru beberapa minit mendaki la aku rasa. belum jauh lagi sebab tu masih boleh ambil gambar.

sudahlah sebelum tu, bila turun jak dari bas ada dialog sengal lagi tahap tidak ingat:

popeye: *tiba-tiba muncul* hah, yang ni kenapa? macam sakit jak. belum naik gunung lagi suda sakit.
nina: *tengah tunduk sambil cekak pinggang* ko ni kenapa kacau aku lagi ni?
popeye: ko sakit ka?
nina: isk, tidak.
popeye: aku rasa macam sakit pula tau.
macam mau muntah..

demm..tengok? mamat ni mau kena sekeh. beria-ia cakap orang sakit sekali tengok dia yang sakit. tapi yang herannya, dia antara orang yang awal pula sampai di puncak. isk, aku memang tidak faham popeye ni.


*yang ni gambar ihsan sini ek.. mujur ada. hihi.. ni laluan pendakian. time naik okeh la lagi. tapi time turun memang haru la sebab trail ni licin.

tapi seriously gunung serapi ni memang curam. aku rasa aku fikir banyak kali kot mau mendaki dia lagi. paling best, makin dekat mau sampai puncak, angin makin kuat bertiup dan terasa sejuk.

time ni juga la muka aku pucat ala-ala pesakit mau minta admitted. aku pon tidak perasan mula-mula tu. tapi bila ramai yang tegur terus panik juga la mana tau kot-kot tiba pengsan di tengah-tengah puncak bukit tu.haha..maka, tidak ada gambar budak pucat diambil. hihi..

dan akhirnya, setelah aku bersusah payah, aku sampai juga di puncak. haha..ko ada? lalala...yang paling penting, aku sampai di puncak tanpa berhenti rehat dimana-mana pondok rehat yang disediakan sepanjang pendakian tu. aku terasa sungguh hebat disitu. haha..

time sampai ni cuaca memang tidak berapa cerah dan agak berkabus. time mendaki tu pun sempat lagi elak-elak kabus. ni salah satu pemandangan dia la. tapi seriously puncak dia memang cantik :)

yang lebih haru, lepas lebih kurang 2 jam di puncak tu, sudah kena turun pi bawah balik. penat tidak payah cakap lah. baju memang sampai basah kuyup suda oleh peluh. aku pun pelik. cuaca bukan panas tapi still berpeluh. huahua..

time on the way balik kolej tu, bas kolej singgah lagi di MJC, Batu Kawa sebab ramai yang belum beli hadiah untuk exchange gift malam ni. so, kira bagi chance la. tapi, aku rimas time ni. mana tidak, badan sudahlah letih, mandi peluh lagi. oh , lupa mau cerita. lepas turun dari gunung tu, aku, freddy dengan Jay memang semangat mau naik bas. siap buat plan lagi macam mana mau naik bas dengan awal dan nampaknya plan kami memang berjaya. huahua..

posing dengan a-da depan kedai buku MJC. haha..yang tudung biru ni single and available. erk yang tudung krim ni pun sama rasanya..haha..erkk ?! lalalala..

malam exchange gift tapi sebab aku penat jadi gambar teda. banyak borak-borak dengan MA group aku jak time ni.

paling sadis lepas exchange gift ni kami belum boleh pulang sebab kena sambung hias props stage untuk ceramah keesokan harinya. hias punya hias sedar-sedar suda jam 3 pagi. dan time induksi ni lah aku dapat pengalaman balik hostel sorang-sorang jam 3 pagi. sudahlah kawasan kolej tu "keras", aku memang takut nampak yang bukan-bukan tapi alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini.

hari keenam

sepanjang hari ni ceramah jak dan time ni lah memang ramai orang yang tidur. haha..kalau diikutkan time ni lah banyak gambar orang yang tidur diambil. oh ya, ni hari bilangan aku bertugas incharge everything dan tema kami adalah lanun. haha. aku takda gambar sorang-sorang jadi tak dapatlah tunjuk kehandalan menjadi lanun.


tapi ada gambar satu bilangan ni. kira okeh la kan. oh ya, dalam induksi kali ni ada 3 bilangan dari 4 jurusan seramai 321 orang kalau tidak silap. fokus pada gambar kapal lanun di belakang pentas tu. tu hasil tangan aku, christer dan dorang mamai *bangga* haha..

hari ketujuh dan kelapan

still ceramah lagi. memang mengantuk la kalau sudah mau dekat habis ni. hari ketujuh memang busy dengan assignment individu jak. mana-mana pun still fikir assignment individu lagi. malam ambil gambar jak dengan kawan-kawan. paling banyak gambar dengan dorang popeye dan AJ la. bilang bespren. huahua..balik hostel pun hari ketujuh ni lepas jam 12 malam. memang seram.

malam hari kelapan yang sengsara sket. mana tidaknya. naik pangkat jadi exco yang akan bertugas sepanjang majlis penutupan esok. tapi yang bestnya, time ni bertugas sama-sama noor. jadi pergi mana-mana pun dengan noor. paling tidak boleh lupa, sesi anyam daun kelapa di foyer untuk buat pintu gerbang. perghh ala2 wanita melayu jugaklah. settle hias pentas dalam jam 3.30 pagi la juga. pastu balik bilik. cuci baju then iron baju tengok-tengok sudah jam 5 pagi. tidur dalam sejam jak aku rasa. tapi, once again happy sebab ada noor. maklumlah time induksi ni kami bilangan lain-lain. walaupun bilik sebelah tetap jarang jumpa. kalau jumpa pon mesti dalam keadaan rushing.

muka exco yang terpaksa berjaga sampai jam 3 pagi. haha..with philip, kawan selamanya..hihi...
sempat posing sebelum busy hias pentas.

hari kesembilan (majlis penutupan)

memang banyak betul persembahan time ni. aku kalau mau cerita satu-satu memang boleh pengsan. semua pon cantik. aku dengan noor macam biasalah jadi penonton. haha.. walaupun induksi ni macam tough sket, tapi sebenarnya banyak pengalaman berharga yang diperolehi. paling penting, dapat kawan-kawan baru dan lebih rapat dengan kawan lain. ehemmm...haha..

penonton dan peserta induksi yang pasif. berangan jadi puteri hang nina dan puteri hang noor kejap. haha.penat dow hias pentas tu takkan nak buat persembahan lagi. haha..

p/s: kalau time SPM dulu buat penulisan panjang macam ni mesti dapat A dah. huahua..salam~


2 doakan nina naik pangkat :):

Far8 budak baik berkata...

haha pic nk jauh2 je..
sila study k!!!
mkn je buku tu..
haha =p

nina suhaina berkata...

haha.. belum abes edit la.
ekk da abes study okeh.
tunggu konvo..hihi..