Isnin, 3 Januari 2011

happy new year everyone :)

Salam~

Ni sebenarnya cerita ari sabtu dan ahad tapi memandangkan kolej tiada internet jadi aku terpaksa tunggu arini untuk update blog.

Hari sabtu ( 1 januari 2010)

Ntah kenapa sejak malam tadi (31 disember 2010) mata ni tetap tidak mahu tidur. Takut, risau, nervous semua ada dalam kepala. Debar macam budak semester satu yang baru mau dating ke Sarawak buat pertama kali dan risau sebab lama tidak dapat jumpa daktu. Dalam risau2 macam tu sedar2 jam 1.30 pagi baru dapat tidur~

Jam 4.00 pagi terbangun sebab dapat call dari daktu. Dan pastu memang tidak dapat tidur da. Mula check semua barang yang mau bawa sebab flight jam 8 pagi kan jadi jam 6 mau gerak suda dari rumah.

Bapa bawa gerak betul2 jam 6 pagi dan sampai di airport jam 6.3o. sampai jak di airport tengok2 ada suda classmates queue up di kaunter check in. nervousnya jumpa dorang ni. Haha. Ada yang setahun suda tidak jumpa since sama2 praktikal. Time ni cool sikit. Tidak nanges pon time salam dorang mama. Well ;p


Dalam flight kena hidang nasi briyani apa ntah nama dia. Thanx to our coordinator sebab pilih menu tu time booking tiket untuk kami dulu. Cayalah sir..haha. kali ni flight yang sepatutnya sejam 25 minit tiba2 ambil masa sejam 15 minit jak. Demmm..orang sedih mau tinggalkan KK dia pula cepat2 sampai. Lupa mau bagitau. Flight ni semua steward diketuai oleh Mohd Izwan. Haha. Sampai jak airport terus ambil teksi balik kolej since barang2 banyak kan.

Sampai kolej punya main banyak kereta. Rupa2 nya junior pon mendaftar arini juga. jeles tengok ada junior yang kena hantar family sampai dalam bilik di hostel. Aku kena hantar sampai balai berlepas airport jak :"(

Lepas letak barang, kemas bilik, sapu2 sampah terus outing pi Bandar Kuching sebab mahu beli bantal baru since bantal yang ditinggalkan dalam stor telah dicuri.erkk lagik tak alas an aku outing aku tu? Huahua..outing punya outing sempat lagi lepak di waterfront tengok2 pemandangan senja di sungai walaupun hakikatnya aku dengan kingsz rindu suda mau pulang rumah. Sempat tengok Sarawak river cruise lalu dan teringin mau naik cruise tu candle light dinner ngan daktu satu ari nanti. Ehehe..

Mel belum datang kolej lagi jadi terpaksalah aku keseorangan di bilik. Malam ni adalah malam yang paling sedih aku pernah rasa di kolej T___T sepanjang malam mesej ngan azie dan daktu. Pastu azie tertidur kot. Mujur ada daktu. Sambil sms, airmata bercucuran. Oh rindu rumah sangat2 dan sememangnya malam pertama ni mesti jadi malam yang sangat sukar lebih2 lagi tanpa blog, facebook dan twitter..oh tidakkk…..suda la aku takut sorang2 di bilik dan hampir jam 1 pagi baru dapat melelapkan mata :(

Lupa mau cakap. Time outing tadi terserempak dengan junior lam bas dan budak2 tu sibuk cakap pasal kami senior sem6 dan ya ALLAH perasaan itu sangat menyeronokkan di saat mengatakan “saya sem6”..finally..cayalah nina. Haha..sem ni harap2 dapat score result yang bagus. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan ALLAH. Aminn..

Hari ahad ( 2 januari 2010)

8.12 am..ada satu sms masuk.. “angah,apa kw buat? :(” ..adoii..rupanya budak yang di cyberjaya ni lak yang mesej. Dan dengan sms yang bercucuran aku pon reply sms tu. Demm boleh tak jangan sms aku macam tu time emosi tidak stabil lagi ni? Macam empangan bakun pecah suda ni. Sori daktu, empangan mata ni da pecah. Tak boleh buat apa2.

Wahhh..panjangnya entri aku. Huahua..sori semua. Ekeke..ni kena cepat2 update sebab incik guard kolej sekarang ni even mau pergi medan selera di sebelah kolej pon kena tinggal kat matrik di pondok guard jadi aku pon malas mau lepak medan selera ni lama2. Mujur tempat ni jak yang ada menawarkan wifi. Huahua..sampai bertemu lagi. Doakan aku dapat menjalani semester terakhir ni dengan baik ek.
Salam~


3 doakan nina naik pangkat :):

Unknown berkata...

waaah..
good luck for ur new sem..
n happy new year..

masi buli wish bha kan..

IntanBerlian berkata...

hehe, hey senior! takmo buli junior tau =P gudluck syg utk sem 6.doakan yg terbaik utk adik.. hope kite leh jumpa satu hari nanti tau! =D xoxo

nina suhaina berkata...

to mr_mrs mikko: hehe..still boleh la. happy new year jugak :)


to kak intan: tak buli dow. ni senior baik. haha..bila da kerja nanti senang sikit nak jumpa kan :)