Khamis, 22 Mac 2012

pagi yang mendung...


memandangkan aku sudah lama tidak update blog, maka marilah memulakan update baru dengan gambar sendiri. huaaaa... tiba-tiba aku rasa macam sengal pula. haha.. gambar-gambar ni semua dari handphone shalfa yang baru beli SII. contoh pekerja-pekerja riang beginilah. mengisi masa lapang dengan mengambil gambar. ketara betul kebosanan T_______T

 with ina dan ayu si bakal pengantin.. tak sabarnya tunggu kau bersanding di pelamin dengan wan, ayu. selamat pengantin baru. haha. harap-harap lepas ni turn ina pula. lalalala. labcoat tertinggal time ni. mujur ada jaket kepunyaan incik umair. tu la pasal ada nama dia di jaket.

gambar kesukaan with bespren, puan azliza. dear cip, apsal kau nampak macam orang bujang? ini sungguh tidak adil. haha. miss you cip ;)

nampak gayanya tiap-tiap tahun ada staf lab yang kahwin. tahun lalu jirah dan laksmi. jadi tahun ni giliran ayu dan sapa pula? tahun depan giliran siapa? huaaaaa..

paling penting untuk entri kali ni gambar hari terakhir di kuching. keesokannya awal pagi sudah fly balik kk. khas untuk kak tini dan adik,
"kamu dua bila mau buat trip pergi kuching ni? come on. marilah. kalau angah dah kawen baru mau buat trip isk isk tak patut sungguh. hahahaha "
wajah kegembiraan mama bila dapat pasu idaman mama. see, dulu mama selalu berleter bila aku kerap outing time di kolej. tapi kalau tak outing mana dapat drive bawa mama pi kilang pasu. silap-silap sesat di bandar kuching. huahuahua.

ok, dah malas menaip. jumpa lagi. assalammualaikum..

p/s: nurul shaeera binti sulaiman, daripada anda online, sila lah belajar. kejayaan tidak datang bergolek tahu? orang yang bijak tidak bermakna sentiasa bijak. tapi orang yang sentiasa belajar sudah semestinya bijak. gud luck for PMR. dont texting too much sis. hidup adik mungkin masih panjang. masih ramai orang yang adik akan jumpa nanti. maybe macam angah jumpa umair ? ;) so jangan buang masa untuk sesuatu yang masih belum pasti. love you more than anyone do :)

2 doakan nina naik pangkat :):

Intanberlian berkata...

cantiknya blog dia!! apa kabar adik nina. lama sangat2 tak datang sini. =D

nina suhaina berkata...

Dr Intannnn...hihi, rindunya ngan akak. hospital sekarang makin busy kak. rasa macam nak amek cuti bebanyak. hihi :)