Selasa, 2 Jun 2009

kecewa ?!

Aku nda sangka akan terserempak ngan dia arini. eh..eh..rupanya dia satu negeri ngan aku.gembiranya..(baca : walaupun sebenarnya teda sebab bagi aku untuk gembira semata-mata kerana terserempak dengan dia tadi). dia terjumpa time aku pakai cermin mata la plak. terus kepala aku jadi serabut arini. nda sangka aku akan jumpa dia. hey, dia tegur aku. hahaha..gembira sungguh aku. sebelum ni bukan main lagi jangankan tegur, senyum pun tidak. nasib baik dia senior aku cuma junior. oh ya, lupa mau kasitau. senior aku ni not available so sila jangan salah sangka.hehe.. everytime aku tulis perkataan sila ni mesti aku terasa macam tulis nama kakak aku jak.
p/s : kakak, komersial betul nama ko ni samapi serba salah aku mau tulis sebab macam kalo aku tulis macam khas tuk ko jak aku rasa. kena cari perkataan lain la aku ni tau ^_^

oh ya, aku mau ucap thank you la ngan uncle kedai cermin mata vision yang di centre point tu kerana telah menolong aku repair cermin mata aku yang telah patah tu..hihi..thanx uncle, memang uncle la the best kerana repair dengan percuma (baca:spek aku tu bukan patah teruk pun. cuma penahan kat hidung tu yang patah sebab jatuh dari bench).

aku baca adam punya blog tadi. bila aku baca perjalanan kehidupan dia tu, menarik pula aku rasa. macam best jak ni aku tengok (baca : macam baca novel juga aku rasa tadi..best ). muda lagi dia tapi da ada pekerjaan yang kira stabil juga la tu kot (baca: part yang ni kena tanya adam sendiri.) adam yang aku maksudkan ni adamluba ek..mekasih..

aku baca novel tadi. ya Allah, punyalah bosan novel tu. aku rasa kalau ada award novel paling bosan memang aku da bagi award tu tempat novel yang aku baca tadi tu. memang otak aku tidak boleh terima sama skalik la cerita tu. rasanya macam aish mau jak aku tulis sini tapi aku percaya lain orang lain citarasa dia kan? jadi aku tunggu jaklah kalo ada orang buat ulasan pasal novel tu baru aku tumpang dua kaki.
cakap pasal novel ni aku masih sedih sebab nda jumpa novel first durrah fatiha tu. adeii macam mau putus asa jak aku ni suda cari novel tu. aku memang excited betul mau baca novel ni. oh ya, buat korang-korang yang baik hati melawat aku ni, kalau korang ada terjumpa novel air mata kasih yang norhayati berahim punya tu bagitau la ek. mekasihh.. ^_^ aku memang nda boleh lupa novel air mata kasih tu. tapi ntah macam mana novel aku tu boleh hilang pula. teda rezeki kot. sekarang ni susah betul mau predict novel tu best ka tidak sebab ramai penulis baru sekarang. tapi yang pasti kalau penulis favourite aku memang aku nda baca sinopsis dia lagi. terus jak beli.hehe..memang keyakinan tinggi betul. aku cari juga novel chinta norhayati berahim tu tapi nda jumpa plak. aiseh..bila aku nda cari, ada tapi bila alu cari teda plak. ni la akibat kalau tidak menghargai apa yang ada di depan mata.hehe..moral of the story, ingat lah orang yang tersayang.hahaha..isk, sedih betul setiap kali ingat novel air mata kasih aku yang hilang tu tau. tapi takpa, sabar2.cobaannn..

aiseh..banyak suda aku plak aku merepek ni. well, aku ada misi penting ni. so, buat kawan-kawanku, doakan kejayaan aku ar. nda dapat la aku update blog ni for few days..tapi nda apa, aku akan kembali. nantikan kepulanganku.ekeke~ perjuangan baru bermula. ceh patriotik lak aku tiba2. alamak..memang nda tidur la aku ni tau. tinggal berapa jam lagi aku mau naik flight. sampai ketemu lagi..assalammualaikum...

0 doakan nina naik pangkat :):