assalammualaikum...hah, kali ni entri aku ni pelik sket. wakaka. Sebenarnya tadi aku ngan family bawa kawan kak c-la tu pegi kolam air panas Poring. Tapi, sepanjang perjalanan tu kami singgah banyak tempat sampai perjalanan tu mengambil masa yang lama dari selalunya. hah, ni catatan perjalanan hari ni dan dan kelmarin.
Jam 6 pagi lagi aku da bangun. ready la kononnya. haha..walaupun bapa sudah bagitau kami akan berjalan jam 8 pagi, tapi aku tetap semangat bangun awal. Mama dari jam 4 pagi lagi sudah bangun untuk menyediakan nasi lemak buat bekal piknik. wahhh..lama betul sudah tidak piknik di poring. Paling last 5 tahun yang lalu kot. Selalunya makan di restoran jak.
Jam 8 kami mula gerak dari rumah. time ni memang kecoh sebab masing-masing masih excited mau bersembang. aku yang pening lalat ni mula pasang earphone dan dengar mp3. Bukan apa, bila start jalan tu, siaran radio mulalah tenggelam timbul. Jadi, better aku dengar mp3. Jalan yang bengkak bengkok ni memang buat aku mahu muntah.
Destinasi kami yang pertama untuk berhenti adalah pekan Nabalu. Wah, bukan main lagi bergambar padahal brapa kali suda bergambar di tempat yang sama. Tiada benda yang dibeli di sini. cuma ambil gambar berlatarbelakangkan gunung Kinabalu jak.
Lepas tu, perjalanan disambung dan kami akhirnya sampai ke Taman Kinabalu. hehe..aku lagi teruja disini. Suka betul aku mahu bergambar disini. kaki gunung kan. tidak dapat puncak di kaki pun jadilah. Cuaca dia yang sejuk tu buat aku rasa macam di luar negara la kononnya. Memang sibuk betul bergambar time ni dan jurugambar hari ini adalah kak c-la.hahaha. banyak juga ambil gambar kali ni. ngan mama dan kak c-la. nurul pun ada juga la tapi sket. Aku ada juga dapat gambar gunung. sebenarnya gambar ni kak c-la yang ambil. urm gambar yang ada di atas entri ni tadi.
bila puas bergambar kami jalan lagi. kali ni pegi gerai di pekan kundasang. banyak betuk bunga-bunga segar di sini. tapi, memandangkan aku ni bukan minah yang jiwa-jiwa aku nda beli lah bunga tu.
Setelah sekian lama perjalanan, akhirnya kami sampai juga di kolam air panas poring. sempat juga lalu di rest house family nad tadi. aku tengok jam dan wahhh 4 jam masa yang diambil daripada kota kinabalu. haha memang sungguh lama. aku nda mandi pon di sini. cuma duduk baca novel jak. nurul jak yang semangat mau mandi. Lepas mandi, kami pon ready mau naik titian kanopi. mula-mula memang excited tapi rupanya kami kena naik kaki gunung tu setinggi 550m untuk sampai ke titian kanopi. wakaka..aku memang pancit betul time ni maklumlah stamina pun tiada. tapi, tetap juga semangat. mama pon aku tengok teruja juga naik. alhamdulillah, akhirnya semua kami selamat sampai ke kanopi tu. time lalu kanopi tu aku memang nervous. sudahlah panjang, tinggi pulak dari tanah. aku memang takut. sempat jugalah bergambar. dan akhirnya kami pon turun dengan selamat. time turun ni semua buat muka penat sudah..bila sampai bawah, kami pun bergerak pulang ke rumah.
Dan akhirnya aku sampai di rumah lewat petang. memang penat betul. tapi, sepanjang perjalanan balik aku memang makan jak dalam kereta. fuhhh..sihatlah badan kalau selalu macam ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
09 jun 09 (selasa)
Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan encik Sulaiman, Allah selamatkan kamu..
iya, hari ni merupakan hari lahir bapa yang ke 50. semoga bapa terus berjaya dan dimurahkan rezeki.
Sebenarnya bukan itu yang aku mau cerita. tapi, pasal perjalanan aku arini. semuanya berpunca apabila:
bapa : kamu nda bawa dia (kawan kak c-la la maksudnya) jalan arini?
kak c-la : pi mana?
bapa : pi mana-mana lah. nexus ka pasar pilipin ka (ni sebenarnya pasar kraftangan ar..hikhik)
kak c-la : bha, petang nanti la jam 3 ka gitu.
maka, bermulalah perjalanan hari ni. destinasi kami yang pertama adalah pasar kraftangan. aku nda lah teruja betul mahu ikut sebenarnya tapi bila aku teringat puding kelapa aku memang nda boleh tahan. jadi, bila orang semua pilih kraftangan aku pegi beli puding kelapa. nda lama pon di sini. pastu p bukit bendera gambar-gambar dan pulang. singgah sekejap di masjid bandaraya. gambar dan pulang. perjalanan seterusnya p nexus. tapi sempat lagi singgah ums. gambar dan gambar. di nexus nda banyak amek gambar sebab bateri kamera exhausted..wahhhhhhhh...rugi. nda pa nanti aku datang lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
itu jak lah entri aku untuk kali ni. buat semua yang lawat rumah aku ni terima kasih ek. luv u..jangan lupa sign guestbook kat bawah tu ek..
wasalammualaikum...
2 doakan nina naik pangkat :):
bestnya dapat pergi sabah ba....bila lah agaknya nak pergi sana??? huhu
hehe..apa susah? sekarang byk promosi tambang murah..welcome to sabah..hehe..ready ucap awal2.
Catat Ulasan