Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan waktu Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih
assalammualaikum..
urm..untuk entri kali ni aku sengaja mulakan dengan lagu kumpulan UNIC tu. kenapa ek? aku pun tak tahu. Dalam hidup ni, kadang-kadang kita selalu tersilap tafsir apa yang ada di depan kita. Ada masa, kita menyangka mungkin seseorang itulah jodoh kita tanpa kita sedari ALLAH telah menciptakan kita ini berpasangan. Maka, berusaha dan berdoalah kerana kebahagiaan ada di mana-mana. Mungkin kita menyukai seseorang itu dan berlakunya dua kemungkinan di sini. Pertama, sama ada dia menyukai kita juga atau tidak menyukai kita. Andai dia juga menyukai, bersyukurlah..mungkin itulah jodoh yang dicari selama ini. Tapi jika tidak, berdoalah semoga bertemu dengan seseorang yang lebih baik, insyaALLAH.
Dicintai dan menyintai..yang mana satu menjadi pilihan? kalau aku diberi peluang, aku memilih untuk kedua-duanya. tapi, biarlah semua itu berdasarkan keikhlasan dan bertunjangkan syariat, mudah-mudahan.
sebenarnya, aku baru jak menonton filem syurga cinta beberapa hari yang lepas. Tidak dapat dinafikan banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada filem itu. Macam yang dikatakan dalam filem itu, semoga kita mendapat jodoh dari ALLAH..insyaALLAH..part yang aku paling suka dalam filem tu bila time awal mau propose heliza. memang menyentuntuh rasa betul time tu lebih-lebih lagi bila awal main piano..mak oiii..cair beb.
Download Subverting the Family Romance - PDF - EPUB - KINDLE - TXT Free
6 tahun yang lalu
0 doakan nina naik pangkat :):
Catat Ulasan