Selasa, 9 Jun 2009

novel minggu ni..



Fuh...alhamdulillah. setelah aku bersusah-payah (kononnyalah) akhirnya dapat juga aku menghabiskan dua novel ni dalam masa sehari. Novel sejujur hatimu- umi azrini da kira novel yang lama gak lah kat pasaran manalah Hanya dia tahu-Aleya Aneesa tu pula baru lagi beberapa bulan. dan yang paling nest, novel Aleya Aneesa tu aku dapat percuma (baca: naddd ko jangan jealous ar..hahaha)


Sejujur Hatimu - Umi Azrini

Novel ni mengisahkan tentang bagaimana Reen dan Fahrin yang bersepupu sering bertelagah. Cabaran yang diterima daripada Maya dan Kamal membuatkan Fahrin nekad untuk memiliki Reen sedangkan pada masa yang sama Reen merupakan kekasih Iqbal. Taktik yang digunakan Fahrin ternyata berjaya apabila dia dijodohkan dengan Reen. Kematangan Iqbal membuatkannya rela melepaskan Reen kepada Fahrin. Namun, perkahwinan yang pada mulanya hanya dilakukan untuk menyahut cabaran berubah apabila Fahrin mula jaduh cinta pada Reen. Berjayakah Fahrin memiliki cinta Reen apabila rahsianya terbongkar?


Mula-mula aku baca novel ni memang aku nervous suda. macam-macam andaian ada di kepala aku. Tapi, dari start aku baca lagi memang aku harap dia dengan Fahrin.hehe.. Tapi, nda boleh dinafikan memang aku simpati betul dengan Iqbal. Memang kagum betul aku bila dia boleh berhadapan dengan Reen yang sudah berkahwin tu macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Lebih-lebih lagi dorang sudah bercinta selama 6 tahun. Fuhh..Tapi, aku nda boleh menafikan jauh di sudut hati aku ni aku memang sukakan Fahrin. sikap yang Fahrin ada dalam novel ni membuatkan aku rasa dia tu watak lelaki ideal. Jadi, memang nda rugilah meluangkan masa untuk baca novel ni.


Hanya Dia Tahu - Aleya Aneesa

Persahabatan yang erat antara Ariana dan Nasuhah membuatkan kedua-keduanya seperti adik-beradik yang tidak berahsia. Siapa sangka keakraban mereka membuatkan Ariana memasang tekad untuk menjodohkan abangnya Zaen dan Nasuhah. Rancangan yang diharapkan berjaya musnah sekelip mata apabila Zaen bertindak menghubungi Nasuhah dan memarahinya. Namun, ketenangan yang ditunjukkan oleh Nasuhah menyebabkan Zaen merasa serba-salah. Pertemuan di suatu majlis menyebabkan Zaen mula mengejar Nasuhah. Pelbagai cara dilakukan untuk memikat Nasuhah. Entah di mana silapnya semua yang dilakukan bersama Nasuhah menjadi serba tak kena. Zaen yang dahulunya tidak mengendahkan wanita mula memberikan perhatian pada Nasuhah.

Namun, kedinginan Nasuhah ada kalanya membuatkan Zaen hampir hilang sabar. Rancangan jahat yang disangkakan dapat mendekatkannya dengan Nasuhah rupanya sebaliknya yang berlaku. Lebih mengharukan apabila Nasuhah bertindak menerima lamaran lelaki lain untuk melarikan diri daripada Zaen. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Lelaki yang disangkanya bakal menjadi teman hidup rupanya memutuskan ikatan yang selama ini kukuh terbina. Ariana yang kecewa membawa diri ke luar negara. Tegakah Nasuhah membina kebahagiaan diatas kesedihan kawan baiknya sendiri sedangkan tidak ada cinta di hatinya untuk lelaki itu? Apakah terjadi jika kebenaran hanya Nasuhah ketahui pada hari pernikahnya?

Diburu oleh dua lelaki seringkali menjadikan Nasuhah rimas. Namun, adakala kehadiran Zaen memang diharapkannya. Kad undangan perkahwinan yang berada di tangan Zaen membuatkan Nasuhah hampir pitam. Dalam langkahnya pergi, dia mengharapkan Zaen ada untuk mengejar dan memujuknya. Kad undangan siapa sebenarnya yang ada di tangan Zaen itu? apakah kesudahan hubungan Ariana dan Nasuhah? Bahagiakah Ariana apabila berada jauh di luar negara? Kesudahannya hanya boleh diperolehi di dalam novel ini sendiri.


Novel ni memang aku nda sabar-sabar lagi mau baca. Memang teruja betul. Bila aku baca watak Zaen aku memang terbayang watak lelaki yang memang caring. Paling best sebab dia ni bukan setakat kekasih yang baik jak, tapi abang yang baik juga. Tapi, ada partnya aku memang tergelak juga dengan aksi Zaen ni. Betul lah apa yang kena kata tu, jangan terlampau benci nanti suka. Tapi, bila difikirkan, kebetulan yang berlaku tu memang macam Zaen ada jodoh dengan Nasuhah. Tapi kalau Nasuhah nda mahu nda lah juga boleh kan. Isk..tapi, memang kena puji juga lah usaha Zaen yang tidak kenal putus asa tu walaupun sikap dia tu juga yang menyebabkan dia hampir kehilangan Nasuhah.

0 doakan nina naik pangkat :):