Sabtu, 26 September 2009

sabar..sabar..

Assalammualaikum..
Wah, aku tulis entri lagi untuk minggu ni. Lately ni rajin lak aku tulis entri tau. Urm aku mahu cerita pasal semalam ni. Benda ni buat aku marah gak la sket..isk..kisah dia macam ni..

25 september 2009 (jumaat)

Hari ni aku balik kolej suda..sedih plak mau balik asrama lebih2 bila teringat muka dayana tadi yang macam sedih jak bila aku amek dia tapi tak bawa dia jalan. Sampai jak di airport, aku lama betul stuck depan kaunter check in gara2 sistem computer di airport tu down. Pastu nasib baik gak la aku dapat tempat duduk tepi tingkap. Lega la sket. Then aku jumpa 2 budak satu kolej yang sama batch ngan aku. At least ada gak kawan aku pulang kolej jadi kelegaan adalah berganda.

Masuk jak flight, kepala aku da sakit. sistem down jadi flight delay dekat setengah jam juga. Dan ceita yang menguji kesabaran aku pun bermula. Sudalah duduk dalam pesawat yang tidak bergerak dengan aircond yang perlahan jak, boleh2 plak budak2 yg duduk blkg aku ni buat bising. Ok, itu aku boleh sabar lagi sebab aku boleh consider dorang ni excited naik kapal dengan kawan2 (baca:dorang ni masih menuntut ar di IPTA yg dekat gak la dengan kolej aku).

Yg buat aku XTAHAN adalah, mamat yang duduk betul2 di belakang aku ni dengan slumber nya menghentak2 kaki dia di seat aku..halloooo..dia ingat kerusi aku ni punching bag ka apa. Mula2 aku ingat dia tak selesa tapi yang buat aku bengang adalah dia boleh gelak2 dengan kawan2 dia dan semakin menghentak2 kaki dia situ. Dan akibatnya? Kerusi aku tertolak ke depan. Dia buat kerusi aku macam buaian. Mula2 dia tolak smpai tak boleh lagi then tiba2 tarik kaki dia buat kerusi aku ke belakang dengan mendadak. Aku memang mendidih betul suda time tu. Bayangkanlah selama flight tu delay mamat tu buat macam tu.

Aku kalau tak sabar tadi aku rasa memang ada juga yang gaduh dalam flight tadi. Yang buat aku bengang, aku pon bekas penuntut di universiti tu juga. Jadi tak payahlah berlagak. Sakit betul hati aku.

Bila flight tu naik jak cuaca memang tak bik dan kapal asyik bergoyang jak. Perasaan aku time tu tak payahlah cakaplah. Tuhan jak yang tahu. Hingga sampai satu tahap jus oren yang aku pegang tumpah sket di baju aku. Mujur juga aku bawa jaket time tu, leh cover. Sampai sekarang kepala aku masih pening lagi naik flight tu.

Sampai kolej feeling sedih + sayu tu tak payahlah cerita. Terasa benar aku keseorangan. Last2 aku tidur. Lunch aku hari ni kfc jak. Itupun yang aku beli bila sampai airport (baca:aku tak gemar makan kfc). Dan malam skalik lagi aku kena makan kfc bila café kolej dan gerai di food court tutup. Uwarghh…yang pasti lagu raya ni buat aku sedih..sobsob..walaupun kembali ke kolej selepas raya keenam tetapi aku tetap sedih dan feeling aku macam tak pulang beraya jak..

Urm, itu jak lah cerita aku untuk semalam. Nanti aku tulis lagi..assalammualaikum..

0 doakan nina naik pangkat :):