Jumaat, 25 September 2009

masih dalam mood raya..

assalammualaikum..

urm untuk kali ni sebenarnya aku mau cerita pasal semalam. aku terlewat post kan entri ni dan sedar2 jam da melebihi jam 1 pagi. huhu.. ok, diulangi ni cerita semalam ek.

bangun pagi jak aku da semangat sket sebab hari ni hari last aku beraya kat sini untuk tahun ni memandangkan aku akan pulang ke kolej esok jadi semangat sket la aku. tempat pertama yang kami pegi adalah hypermall. aku bukan ada mau beli apa2 pun. just main2 dengan dayana kejap dan urm belikan ben hadiah birthday..sori ben, da jadi belated lak birthday ko ek (baca:birthday dia 23 sept).

lepas tu, apa lagi balik kampung jap untuk pegi rumah terbuka kak anis. nasib baik bukan aku yang memandu lalala boleh rilek2 kat seat penumpang. sampai jak rumah mama tua, apalagi makan la. menu hari ni adalah ayam panggang..yummy..yang paling best adalah lepas makan boleh petik buah rambutan lagi yang tengah berbuah..urm teringat time aku kecik2 aku ngan kak c-la panjat pokok rambutan ni.

dan sebelum balik, kak anis sempat bagi aku duit raya memandangkan aku akan pulang esok..uwarhhh...tersangatlah saya terharu..tidak ku sangka di usia begini aku masih mendapat duit raya dan jumlahnya pula tersangatlah lumayan..terima kasih kak anis ^_^
balik dari sana aku rilek2 kejap then aku pon start tolong mama buat tart nanas memandangkan tart nanas yang telah dibuat sebelum raya berjaya aku habiskan dan kini aku masih mahukan biskut itu untuk dibawa pulang ke kolej. dan hasilnya? aku masih membakar biskut hingga sekarang.

balik pada cerita hari ni 25 hb..sebenarnya aku samgat mengantuk sekarang dan dalam masa beberapa jam lagi aku akan pulang ke kolej aku semula..hoho..naik kapal lagi. lately ni aku rasa macam da tak larat mau naik kapal. sungguh meletihkan..jadi macam mana mau balik? takkan naik sampan kot..haha..isk aku ni..

urm mata da berat. sambung lagi nanti..harap2 cuaca hari ni baik agar flight aku berjalan lancar..insyaALLAH..aminnn...

0 doakan nina naik pangkat :):