skip to main |
skip to sidebar
sehati sejiwa ~
Alhamdulillah..dapat juga aku update entri kali ni walaupun aku agak busy (baca : chewahhh..macam bagus jak ayat aku ni). Sebenarnya entri aku ni tiada kena mengena apa yang aku mahu tulis kali ni tapi memandangkan kak c-la yang suruh letak tajuk ni jadi aku pon ikut jaklah ^_^ hah, sebenarnya tajuk ni berkaitan ngan gambar di atas ni. Muahaha..apa sebenarnya yang terjadi ? ini adalah gambar aku ngan nurul (baca : adik tunggal aku a.k.a anak bongsu yang berumur 12 tahun). Kalau gambar ni dilihat betul2 mesti ada yang perasan yang kedua2 kasut di kaki kami ini adalah warna , bentuk dan jenama yang sama. Lebih mengejutkan kami juga memakai kasut saiz yang sama. Nurul la yang pilih kasut ni sebenarnya dan aku ikut2 dia jak macam dia selalu ikut2 aku.muahaha yun. Aku yang pakai jeans biru dan nurul yang lagi satu. Gambar ni diambil oleh kak c-la sebelum kami bertolak ke airport. Memang sedih betul mau tinggalkan rumah.
Hah, ni lagi satu kisah. Flight aku kali ni pon sama-sama Shah juga. Well, bestfriend will always come together..hakhak. Bukan kami dua jak sebenarnya. Ada lagi kawan sekelas aku yang lain satu flight ngan kami macam Sazy, Ong, Wendy, dan Genevy. Bila shah start duduk depan aku dib alai berlepas tu kami memang start suda ketawa. Adeh..dia memang nda habis2 dengan lawak dia tu. Nasib la dalam flight kami nda duduk sama-sama. Aku duduk tepi tingkap kali ni. Memang aku gembira. Mujurlah di sebelah aku pasangan suami isteri cina yang baik hati dan menyenangkan =)
Ok, kembali kepada apa yang aku mau cerita sebenarnya. Masuk hari ni suda 3 hari aku pulang ke kolej dan ini adalah hari kedua aku menjalani semester yang baru ni. Memang agak penat jugalah. Hari pertama aku di kolej aku memang rindu betul dengan rumah. Bangun jak pagi tu memang aku heran nasib baik aku cepat sedar yang aku telah kembali ke kolej..oh kk, betapa aku merinduimu =( Hari tu agenda kami yang pertama adalah pergi jabatan pendaftaran. Dedea mahu tukar mykad dia. Pastu kami pegi jabatan imigresen. Mujurlah terletak di tempat yang sama. Ada masalah sket dengan dokumen perjalanan aku dan berjaya diselesaikan.
Lepas selesai di imigresen (baca: alhamdulillah nasib baik nda ambil masa yang lama di imigresen dan selesai dalam masa lebih kurang sejam) kami pegi cafeteria dan makan. Lepas tu, singgah MPH kejap. Ngehngeh..nda banyak novel baru. Semua yang aku sudah ada. Tapi, aku beli jugalah satu novel syurga di hati – Fatin Nabila. Lepas penat di MPH, pegi supermarket beli barang. Beli barang gak lah di guardian. Beli punya beli dan habiskan duit, aku dan dedea pon pulang.
Dan semalam kami sudah mendapat uniform di hari pertama kuliah semester ini bermula. Tapi, memandangkan penyelaras kami da ingatkan awal-awal tentang peraturan jadi aku nda dapatlah letak gambar tu di sini =) tapi, nda apa. Dua hari ni juga la kami breakfast di kedai luar tu. Urm..walaupun cuaca sungguh pnas. Esok ada perjumpaan dengan ketua program. Aku pon agak nervous juga. Urm mungkin esok kena pakai uniform aku pon nda tahu lagi. Semester ni aku partner ngan king tuk kuliah. Kadang2 teringat gak azri yang jadi partner aku sem lepas. Setia betul ngan panggilan met dia tu =) bilalah kami akan diberi kebenaran partner ngan yang sama jantina ar? Aku pon nda tahu. Masuk sem ni, iaitu sem terakhir aku mengambil kelas english bermakna tiga sem jugalah shah menjadi partner English aku. Semester yang seterusnya nanti kami tidak lagi perlu mengambil subjek English ni. Lama juga dia partner ngan aku. Bermakna da tiga sem. Untuk shah, terima kasih lah banyak beri kerjasama dan tolong aku buat tugasan English tu.
Malam ni ada aktiviti tuk buat junior. kitaorang just jadi pemerhati. harap2 semua berjalan dengan lancar.
Ok, itu jaklah untuk kali ni. Aku pon penat sudah menaip. Nanti aku update lagi. Pastinya ada cerita menarik hujung minggu ni. Harap-haraplah..assalammualaikum..
p/s : junior baru sem ni macam sombong semacam jak dengan senior. Tapi sebenarnya budak2 course tu memang sombong pon. Aku pon tak faham kenapa +)
2 doakan nina naik pangkat :):
weh..ndak jdi la ko mo partner ngn aku clz BI ni?
Aku fkir jg law aku partnr ngan ko, tkut nti ko yg bwt suma tgsan pastu aku xda tolong...
Ngak adil tuk kmu Nina..
hm..bdk2 kos ni xdpt g gmbrn rupa btk dorang
ntah psl pnchyaan ka apa tp foot yg blue jeans tu kecik sket..
apa tu? start suda ko merepek. adeh..
aku pon serba salah..ko aku sayang then dia pon aku sayang. nda tahu mana satu..ekeke ~
Catat Ulasan