Lama betul aku tidak menulis di sini. Bukan apa, kebelakangan ni jadual agak padat sikit. Banyak benda yang aku kena bereskan. Memandangkan aku lama tidak menulis jadi entri ni agak panjang lah juga. Sapa yang mahu baca boleh baca dan siapa yang boring tak perlu baca.masyeh. Entri aku kali ni pasal hujung minggu aku yang baru lepas ni. Let’s check it out..
Ini adalah cerita hari jumaat. Jadi, tolong bayangkan hari jumaat la ek ^_^
Hari ni kelas abes awal. Jam 4 lagi kelas da abes. So, banyak sket masa untuk rehat. Aku memang penat betul minggu ni. Memang terasa yang aku ni terkejar-kejar masa. Pegi kelas yang waktu malam tu lagilah. Aku macam mahu tidur jak. Memang tidak larat betul. Tambah2 pula kelas tu sejuk betul. Sudahlah gitu then suasana kelas yang bising tu aku rasa susah betul mau fokus. Nasib baik subjek yang senang dan hanya elektif tapi aku perlu juga belajar la. Memang setiap kali ada kelas malam memang aku mahu tidur dan esok nya aku akan demam. Jadi, maksudnya aku balik2 demam. Kejap sembuh dan kejap demam. Adeii memang keimunan yang teruk sudah badan aku ni.
Lepas abes kelas tadi, macam biasalah rilek2 kejap. Hari ni santai sket. Tidak perlu kelam kabut sebab malam tiada kelas dan ramai budak yang balik rumah. Hujung minggu kan. Ntah kenapa aku rasa hati aku berdebar2 macam aku rindukan seseorang tapi masalahnya aku tidak tahu siapa yang aku rindu. Then tidak lama kemudian..jeng jeng jeng..hehe..mama pun sms. Jadi maksudnya mesti mama yang rindukan aku ni (baca : kak c-la dengan nurul jangan jeles wokeyy..hehehe).. suda sekian lama aku meninggalkan rumah untuk hidup di kejauhan ni tapi aku tetap rindukan rumah. Dan setiap hari tugas aku adalah menghitung bilakah aku akan pulang ke rumah. Aku rasa aku macam tidak bolehlah tinggal jauh dari rumah. Rasa sedih jak dan ada sayu2 gak la sket.
Aku berfikir jak sejak tadi. Hari ni aku jadi pemikir la pula. Kadang-kadang susah betul mahu jangka hidup ni. Kita mesti tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari-hari akan mendatang kan? Benda yang paling susah mo predict bila melibatkan soal hati dan perasaan. Apa yang terjadi sekarang ni? Aku pun keliru dengan apa yang tengah berlaku sekeliling aku ni. Jadi aku tunggu dan lihat jak lah sekarang ni. Kalau suda jodoh tidak ke mana kan? Aku harap biarlah semua berjalan dengan baik dan mengikut arus. (baca : ayat2 tadi adalah untuk seseorang yang tidak tahu pon nama aku err aku sebenarnya tak pasti dia tahu ka tidak dan kami cuma pandang2 dari jauh..hikhik .
Berapa lama masa yang kita ambil untuk jatuh cinta pada seseorang? Sesaat? Sehari? Sebulan? Setahun? Sebenarnya terpulang. Kadang-kadang yang kita sudah kenal bertahun2 tu pon belum tentu sesuai dengan kita. Ada masa kita baru kenal beberapa waktu jak tapi hati sudah mula rasa debaran. Dan debaran ini akan membawa kepada perkenalan yang akhirnya menyaksikan percintaan dua hati. Adeiii aku jadi jiwang la pula. Buat masa ni aku belum boleh cerita apa2 lagi. Nothing happen. Aku masih sibuk dengan study aku. Bagi aku sekarang ni walau apapun berlaku study tetap jadi priority. Aku mahu buktikan pada mama dan bapa yang semua yang mereka berikan pada ku tidak akan sia2. Hehe..
Lately ni juga aku rasa macam mahu bersenam lah . Aku risau tengok badan aku sekarang ni. Haiya…aku macam makin sihat jak.. Jadi aku mesti kurangkan lah tahap ke’sihat’an aku ni sebelum baju raya aku nanti tinggal kenangan jak.huahua..
Ok, tamat cerita jumaat. Then kita pergi keesokan harinya plak. Hari sabtu 18 julai 2009.
Aku baru abes bengkel tadi. Huwargh..aku memang ngantuk betul tadi sampai aku rasa macam mau tertidur-tidur. Sejak kebelakangan ni, aku tidak dapat suda mahu tidur balik lepas subuh. Bangun subuh jak terus ready siap2 pi kelas. Nasib baik kelas aku yang hari sabtu ni akan berakhir tidak lama lagi. Dan aku harap aku akan lulus dalam peperiksaan JPJ tu. Terima kasih buat bapa yang sudi menanggung segala-galanya (baca : untuk kak c-la..nampaknya aku yang anak kesayangan bapa sekarang. Hoho..siler blajar menjahit dengan cekap dan tolong jahit uniform saya ek. Masyehh..uniform baru yang aku dapat ni macam pendek sket buat aku unconfortable la kak. Nanti aku email gambar di yahoo kau)
Ada satu perkara baru yang aku perasan tiap kali aku pi kelas ni. Dan tadi merupakan kelas berjam2 aku yang terakhir. Lepas ni kejap jak suda. Tiap kali pi kelas aku mesti dapat kawan baru. Dan kali ni kawan baru aku tu berasal dari kawasan yang dekat2 jugalah dengan tempat aku belajar. Kakak tu pun pakai tudung dan muda lagi urm sebaya kak c-la. Aku panggil dia kak R sebab tak perasan sapa nama dia. Tak sempat tanya pun. Mujur ada di kalau tak aku mesti boring. Tapi kami tak borak panjang sebab walaupun aku faham bahasa tempatan yang dia gunakan tu tapi aku tak jawab soalan dia guna bahasa tu. Tu yang payah sket mau borak panjang2.
Tidak lama lagi bulan ramadhan al Mubarak akan menjelang. Masyaallah..aku sememang nya merindui kedatangan bulan ni. Semoga kita semua akan mendapat manfaat. Tiap kali ramadhan jak mesti feeling aku lain macam. Terasa sayu jak. Terasa betapa kerdilnya aku di bumi Allah ni. Allahuakbar..Insyaallah kalau diizinkan tuhan tahun ni adalah tahun kedua aku berpuasa di sini. Tiada beza sebenarnya berpuasa di sini dengan kampung halaman aku tu. Cuma sini tiadalah bazaar ramadhan. Arghh..aku rindu lagi. Tahun ni kalau dapat mahu bawa mama makan ayam percik la. Tahun lalu mama mahu makan tapi tidak jumpa jadi harap2 tahun ni adalah.
Tidak lama lagi dorang mama akan pergi konvo kak c-la. Aku sedih betul tidak kena bawa sekali. Tapi aku tahu bukan senang mahu minta cuti di kolej ni. Terikat dengan peraturan mana mungkin aku boleh bercuti sesuka hati. Lagipun haruslah bagi aku untuk tidak ikut sekali memandangkan aku telah menghabiskan banyak duit bapa tahun ni.
Tapi tidak apa. Itu semua tidak penting. Yang paling penting sekarang adalah apa yang kita mahu pakai untuk dinner. Yihaaa…Semester ni mesti pakai grand sket la sebab sebagai semester yang in charge mestilah mahu nampak menonjol sket dari yang lain. Paling menggembirakan semester ni tiada dinner seluruh kolej. Maknanya dinner semester ni hanyalah untuk budak2 kursus aku jak. Yahoo..ni lah berita paling menggembirakan aku. Bukannya apa, sebagai budak2 yang hanya bekerja di belakang tabir, mesti kami lebih selesa bergaul sesama sendiri jak. Lagipun kira sambung tradisi juga la. Sebelum ni pon memang macam tu cuma sem lalu jak dinner kena dengan semua sekali satu kolej. Nasib baik sem ni sambung blek tradisi yang lama.
Harap2 jadi la dinner lepas raya. Sebab kalau sekarang ni memang gila2 tiada masa mau cari baju apa semua. Aku pun sekarang ni asyik rasa macam sesak nafas jak mana tidaknya asyik kelam kabut. Ari ahad adalah hari aku kena menyiapkan semua laporan makmal dan semua yang sewaktu dengannya.
*aku suka betul dengan lagu akim ‘bengang’. Mula2 ingat lagu Faizal Tahir. Al maklumlah aku tidak sempat tengok af7 kan jadi aku tidak tahulah. Pastu bila aku da dengar aku suka la lagu akim ni.hehe.tapi kebelakangan ni hari2 aku selalu ditemani lagu seribu impian nyanyian kaer. Pastinya lagu ni ada nostalgia buat aku bila melihat kaer menyanyikan lagu ni di jom heboh dan aku dapat melihatnya di hadapan mata pada jarak kurang dari 4 kaki. Haiya..kaer la yang berjaya membuatkan jantung aku berdegup lebih pantas dan menjadikan hari aku lebih hangat daripada biasa (baca : ini hanyalah luahan seorang PEMINAT kepada ARTIS KEGEMARANnya..tidak ada yang lebih mahupun kurang ..masyeh…) *
Okey la. Panjang betul suda aku tulis. Sengaja tulis panjang2 sebab tak sure bila aku mahu update lagi. Banyak betul lab report yang belum siap. Aku mesti siapkan benda2 tu semua sebelum cuti mid sem. Kalau tidak mesti berlambak lagi. Plus aku akan exam tak lama lagi. Mesti ready awal2 sebab aku mau score exam kali ni. MESTI SCORE. Muahaha. Jadi entri aku ni kira cover tuk waktu2 yang aku tidak menulis nanti la. Assalammualaikum…
Cara Menambah Atau Meningkatkan Follower Twitter Secara Manual
11 tahun yang lalu
0 doakan nina naik pangkat :):
Catat Ulasan