Selasa, 12 Oktober 2010

muet oh muet..

salam~
diam tak diam hari selasa suda. yeahh selasa suda..apa yang istimewa selasa ni? nahh..aku cuti lahh.ko ada? haha..aku memang super duper gembira ni sebab cuti. penat betul aku rasa. hidu bau xylene dengan absolute alcohol di lab tu lagilah. buat aku rasa macam mau pengsan jak adoii.

selasa yang aku sangkakan boleh buat aku bangun lambat rupanya tidak juga. huhu..lepas solat subuh, macam biasalah tidur balik. nda kerja kan? apalagi..tau2 kak c-la kasi bangun jam 6.30 pagi dan minta hantar pegi sekolah. aisehh..ingatkan abes suda dia jaga budak PMR. ada lagi pulak. dengan muka baru bangun tu dan pakai tracksuit sama tshirt jak aku pon pegi hantar kakak. sempoi kan? haha..

lepas tu sampai rumah dalam jam 8.30 pagi suda. mau dekat2 jam 9. biasalah jammed kan orang pergi kerja. aku jak yang tidak kerja ;) rasa sangat bahagia okeh bila tiba2 ada cuti di tengah2 hari bekerja..*tuk abang ashyairi sorilah saya cuti arini okehh bang..sila bincang2 esok ;) haha..*

mula2 kakak suruh ambil jam 10.30 sebab ikut jadual time tu la budak2 abes exam tapi sekali tengok dalam jam 9.50 kakak mesej cakap dia on da way pi kk suda. tidak payah ambik dia di sekolah sebab jumpa di kk jak. oh noo..suda la aku belum mandi pastu aku mau pergi pejabat pelajaran lagi urus muet. mau tahu kenapa? aku dapat slip pendaftaran tapi bila check online teda pulak. punyalah sedih kan? haha..

mula2 pergi PPD tu pegawai dia plak teda. mujur ada pacik pegawai yang lain tolong bagi phone number pegawai yang lagi satu. jadi bincang melalui telefon jak? hebat kan? huahuahua.. pastu pegawai tu suruh pegawai unit peperiksaan sana wisma muis. aku pon pergilah sama mama..mama mengantuk2 suda ni temankan aku.

pastu sampai di unit peperiksaan tu nasib baik staf di kaunter tu tidak sombong. lepas tu, dia suruh jumpa penyelia peperiksaan plak. okeh korang boleh kira berapa orang pegawai aku jumpa arini. haha..penyelia tu baik okeh. aku memang lega betul time tu. da la risau jadual MUET belum tahu bila.

then lepas bagi dia salinan penyata pendaftaran aku tu dia pon bagiau aku akan amek ujian speaking 18 oktober. maknanya isnin depan. aku sangat nervous okehh..belum mula study apa2 pon ni. mau start praktis cakap english ni mulai esok..

aku sangat takut sekarang. harap2 semuanya okeh..pray for me..go nina, you can do it :)