hari ni aku memang penat dan rasa mahu pengsan jak sekarang ni. dari awal pagi aku bangun sampai sekarang ni masih lagi belum rehat. bangun jak awal pagi terus mandi dan pergi hantar kak c-la pergi kursus dia di smk putatan. mujur aku sida iron baju awal2 dan terus pakai baju tu untuk pergi derma darah tadi.
masa on the way balik lepas hantar kak c-la tu aku baru perasan yang handphone aku low battery dan memang nazak betul la keadaan dia. time tu aku memang rasa mahu meraung jak sebab kalau balik pergi rumah memang tidak sempat lah mau cas handphone tu sebab ada sejam jak lagi sebelum kempen derma darah.
nasib baik aku dekat dengan rumah ina dan aku pon pi sana cas handphone tu. sambil2 tunggu2 handphone tu fully charge aku main la ngan isya anak buah ina dan tengok lawak magik si abang. haha..memang lucu lepak2 ngan dorang.
pastu pi kempen derma darah tapi tidak ramai donor. huahua..dalam jam2 aku pulang sebab ambil kak c-la balik dan aku tukar baju tuk 7k sutera harbour charity run tu. yeah kalau dengar suria fm memang tahu pasal charity run ni sebab ada kena uar-uar di radio tu sebagai radio rasmi. aku dalam kepala memang plan mau jumpa linda onn ngan stacy jak. lari tolak tepi. haha.
pastu bila sampai sana tadi aku terus cari elfhi dan king. elfhi ni kawan king. baru kenal tadi. huahua..pastu kami pon ready2 lari dan dari jauh aku nampak suda linda onn ngan othoe (dj suria pagi tuk siaran sabah) sibuk2 atas stage. time tu aku nda fikir suda mau lari. haha..tapi bila larian start king ngan elfhi lari aku pon lari la jugak. setengah jalan jak aku larat. king laju betul. aku ngan elfhi tinggal di belakang. si elfhi kasi abes larian tapi aku berhenti bila suda pusing pi tempat mula tu balik. dan ni la yang aku buat...
bergambar ngan linda onn atas pentas. linda memang cantik la. ayu jak. yang paling penting dia tidak sombong macam sesetengah artis baru. time aku sibuk-sibuk mau ambil gambar ni boleh-boleh pengarah hospital lalu depan aku.huahuahua..
pastu bila cuaca panas sikit linda pakai spek dan aku pon apalagi amek pic lagi. orang lain lari aku pula ambil2 gambar. haha..
pastu ada konsert. ramai juga artis dia tapi aku tidak ingat nama dorang. yang aku ingat dua persembahan last ada stacy dengan abang dia chaq. urm stacy memang selalu ada untuk majlis2 besar di kk ni.
okeh, tu jak la aku mau cerita. nanti update lagi. penat. aku rasa macam kaki mau tercabut jak. harap-harap da banyak la lemak yang terbakar. hihi..
2 doakan nina naik pangkat :):
linda tu macam nak tak nak je senyum bile berpic ngan ko lalalallalala
*jelesh
aku rasa dia da tahu aku kapel ngan fahrin la..lalalala...huahuahua...
Catat Ulasan