Ahad, 9 Mei 2010

mama queen of my heart ~

mama, aku ingat lagi time kecil dulu aku memang nakal. tak payah cakaplah kan. lepas tu bila aku masuk 5 tahun aku ingat lagi mama hantar aku pegi tadika. dan aku sepanjang ari nanges kat tadika dan kesudahannya mama terpaksa tunggu aku kat situ sampai la blek. mama tunggu aku bukan seminggu dua tapi masuk dua tiga bulan jugak.

kemudian, bila aku kat sekolah menengah aku ingat lagi aku selalu call mama sambil menangis mau balik dan mama pon akan menangis sama bila dengar suara aku. bila aku mahu keluar dari asrama tu tuk masuk sekolah harian, mama yang bersusah payah urus semua hingga aku dapat berpindah sekolah.

masa aku dapat tawaran pegi kuching, aku tahu mama berat hati mau lepaskan aku. aku ingat lagi hari surat tawaran tu datang dan mama dimaklumkan aku kena pergi ke kuching, mama terus sembahyang dan aku tahu mama menangis :( walaupun aku da 19 tahun waktu tu.

memang kita dah lalui bermacam dugaan dan cabaran mama dan aku tahu mama pasti mampu melalui semua cabaran yang mendatang. terima kasih mama untuk terus bagi semangat dalam jatuh bangun kehidupan kami selama ini.


aku tahu aku memang anak mama yang paling nakal, paling banyak main2, paling degil, paling manja dan paling banyak merisaukan hati mama.. tapi aku mahu mama tahu mamalah mama yang paling terbaik di dunia. tanpa mama, akumungkin tidak berada di tahap sekarang. mama memang da banyak berkorban untuk aku sejak aku kecil sampai sekarang. terima kasih mama..thanx for everything single things..love u always ~

3 doakan nina naik pangkat :):

Kosong berkata...

terok gak ko tme kecik ye keh2

Hafiz Yusof berkata...

selamat menyambut hari ibu buat ibu kamu

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

mama mama mama

camat ari ibu =P