assalammualaikum..
siler bersabar dengan tajuk entri aku kali ni ar. haha.. ni sebenarnya cerita semalam tapi memandangkan semalam aku mengantuk yang amat jadi cerita ni aku simpan la sampai hari ni. cerita dia macam ni. lepas pergi kenduri cukur jambul anak along di tuaran petang semalam tu, aku dengan mama pon pi la sekolah kak c-la amek dia yang ada kelas ganti. nak di jadikan ceritam aku singgah korea kejap sebab tengah musim bunga. hah, ni gambar masa kat korea.
korea la sangat padahal tepi sekolah kak c-la jak pun..haha..di tengah-tengah pembahagi jalan lagi tu.
lepas aku pegi jepun, on da way balik tiba-tiba dapat call dari encik sulaiman (my bapa la tu) bagitau yang ada dinner kat 1borneo dan kena ada kat sana dalam jam 7. whatttt???? jam da menunjukkan 5.30 petang dan tengok lah baju aku. sangatlah tidak boleh untuk pergi dinner bha. apa lagi kami bertiga pon terus pulang dan tidak sempat lagi mau singgah mana-mana. mana di kepala asyik fikir baju belum iron lagi dan risau juga kalau jalan jammed. dan bagai yang dijangka depan 1borneo tu memang jammed okeh dan bapa yang telah berada di sana tidak henti2 call..aiyoyo..mujur rumah dengan tempat tu dekat jak.
nasib baik aku ada sedia baju tuk dinner kalau tidak memang nayalah mana aku mau cari baju dalam masa setengah jam kan. dan yang pasti bapa ni memang suka bagitau saat-saat akhir, tak berubah-ubah..haha..aku, mama dan kak c-la pon rushing pi convention hall tu kan da dapat juga la sampai on time walau jenuh juga aku sikit mau cari parking. adalah aku awal beberapa saat dari vvip dia tu yang sengaja datang awal dari jadual..see, dedikasi okeh the exco. hihi.
bila sampai jak terus posing depan benda ni. aku pon heran apsal aku suka betul mau gambar dengan benda ni. hihi..
bila da masuk dewan tu aku pon melilau jugak la mata sebab banyak betul meja kat situ..oh lupa mau cakap. ni adalah dinner KESUREP iaitu kelab sukan dan rekreasi perumahan di company bapa aku, dorang ni memang aktif buat aktiviti dan kalau pasal nak pi melancong atau sukan aku rasa dorang ni la paling rajin. *aku pegi bawa diri jak semalam. thanx pada incik sulaiman yang bayar tuk aku ngan dorang mama..next dinner kalau ada lagi jangan lupa bayar juga tuk aku.hahaha* duduk jak di meja pa lagi. aku pon start la amek gambar. dan photographernya? opkos la kak c-la yang jadi mangsa.haha..
aku macam perempuan jawa yang terakhir la kononnya..haha..kontrol ayu pula sekejap..
suda la malam pastu aircond dalam dewan tu memang terasa betul sejuk sampai aku pon rasa macam tidak larat. minum pon boleh kira la sebab aku malas mau pi toilet walaupun pintu tu sebelah meja kami jak. sebelum majlis start aku sempat lagi pindah seat. haha..saja jak mau duduk sebelah red carpet tu. senang sikit mau tengok pentas. hah, ni seat baru aku..
masuk gak pacik penyambut tetamu kat belakang aku tu rupanya..aiyo, sungguh interprem la pacik..hihi..
ni la menu yang aku makan. ada yang aku suka dan ada yang aku tak berapa nak makan. aku ni kadang2 memang tekak dan selera melayu la. kalau makanan yang moden2 ni memang ada masa tidak lalu jugak.
aku duduk di tengah2 antara mama dan bapa. terasa saya sungguh anak kesayangan diri ini. haha *kak c-la dengan nurul tidak payah la susah mau jeles ar.haha..*oh ya, tema dinner semalam adalah futuristik jadi memanglah kebanyakan officemate bapa ni siap pakai topi bagai. termasuklah juga bapa.hihi. macam2 fesyen yang boleh kena tengok malam tadi tapi aku tak kuasa okeh mau join2 tema ni segala. asalkan aku da ikut kod etika pakaian dia yang formal tu kira okey la kan? hihi..
posing dulu dengan bapa dan tema futuristiknya tu sebelum makan..*tak tahu futuristik tang mana dorang ni..jangan tanya aku wokeh..*
memandangkan kami 4 orang sekeluarga yang pegi, maka kami ada 4 tiket bertuah. dan kak c-la sangat berharap yang salah satu tiket tu akan bertuah supaya dia boleh naik ke pentas dengan baju dia tu. haha.. dan tanpa disangka2 salah satu nombor tu memang bertuah dan aku memang tak perasan hinggalah bila kakak aku tiba2 tepuk tangan. sebab excited punya pasal,semua kami yang di meja tu pon ikut tepuk tangan. haha..
ni la hamper yang kak c-la dapat. tinggi dia hampir mencecah pinggang aku..huhu..
dalam jam 9.30 gitu marsha af3 pon keluar tuk buat persembahan. first song dia yang terbaik. kemudian dia duet ngan uncle george kiew tuk lagu endless love.. cayalah uncle..bravo. pasni leh la nyanyi tuk next next dinner. lagu ketiga dia aku lupa la tapi yang pasti english song juga la.
lepas marsha nyanyi, felix lak take over pentas. aku memang excited jumpa felix. walaupun ni da second time. mama pon memang teruja. peminat fanatik katakan. haha. lagu pertama felix aku lupa apa tajuk dia. then dia nyanyi single terbaru dia "aku juga iya". lagu ni memang sedap kena dengar dan aku pon da start mencari2 cd felix ni. then lepas tu felix duet lak ngan marsha tuk lagu aku dan dirimu. oh ya, emcee malam tu adalah DJ Othoe, suriafm punya dj tuk siaran sabah tu tapi tak sempat mau amek gambar dengan dia sebab dia nampak macam sibuk. memang lawak la othoe ni dan dia berjaya buat acara tu macam santai jak.
lepas felix nyanyi tu dia keluar la ke lobi. sebenarnya dia mau merokok time tu. tapi, dia tak putus2 dikunjungi peminat dan dia memang sanagt2 ramah dengann peminat dia. buat semua peminat yang pernah mengundi felix af3 tu aku rasa korang takkan kecewa bila bertemu dengan felix sebab felix akan memberikan anda yang terbaik sebagai seorang artis kepada peminat. dan aku sangga bangga tengok felix ni masih merendah diri.
walaupun felix tidak lah popular mana tapi bagi aku asalkan dikenali di tempat sendiri dan ada fans yang setia, its more better. dan kami sempat gak bergambar. lets check it out. hihi..
gaya formal aku dan felix..hihi. nervous jugak mau amek gambar ngan artis time dinner gini.
gaya slumber ya ya babe..peace no war. gambar ni bukan rapat okeh. no lentok2 kepala kat bahu bagai. tapi sebab dia berdiri kat belakang aku tu yang nampak macam bahu kami rapat tapi sebenarnya tidak ek. harap maklum. haha.
pas amek gambar dengan felix tu aku memang sangat puas hati dan aku rasa sungguh berbaloi pergi dinner ni walaupun terpaksa rushing tadi dan memang berbaloi la bayar *macam la aku guna duit aku..adoi nina nina* kebetulan acara pon da habis jadi aku, mama ngan kak c-la pon mau pulang. acara penutup dia adalah vvip tu menyanyi. haha..memang best la. tak sangka. kitaorang pulang asing2 ngan bapa memandangkan dia AJK dan kitaorang pon datang asing2 takkan mau kasi tinggal kereta lagi satu kan. dan sebelum pulang, gambar terakhir tuk semalam
dua wanita penting dalam hidup incik sulaiman..hihi...pose babe..tu yang penting..
sebab aku tak pandai guna ada satu application tu jadi gambar aku ni satu2 la. memang nampak banyak lak kan..hihi. bersabarlah tengok muka aku yang ala2 comot tu okeh.
assalammualaikum...
Download Subverting the Family Romance - PDF - EPUB - KINDLE - TXT Free
6 tahun yang lalu
3 doakan nina naik pangkat :):
best bergambar :)
p0mpuan jawa terakher ?
Kehkehe.
nape pic tecik sgt neh ?
ardinihumaira: da lama tak pegi dinner one family macam ni..tu yang excited bergambar..
lolly : haha..pompuan jawa la yangg..kalo melayu cam tak ngam lak sebab aku bukan melayu.
hah, ni da beso sket pic..aku risau beso2 ni kang ada lak muntah tengok muka aku jek..hihi..
Catat Ulasan