Ahad, 12 Disember 2010

jambatan gantung..ada berani? ;p

salam~

arini aku bangun awal sket. semangat la kononnya. dan2 la semangat. memandangkan suda lama tidak blood drive jadi hari ni aku dengan semangatnya pergi la blood drive..sebenarnya aku pergi hari ni pon sebab kampung tempat blood drive tu ada jambatan gantung jadi agak teruja di situ. haha.

kami bertolak dari hospital jam 10 pagi. well, hari ahad jadi mood bekerja semua orang pon berkurangan. haruslah waktu blood drive tu mula di anjakkan sedikit. haha. dalam 10.30 pagi sampai suda pekan tamparuli but since kami semua lapar jadi sesi mencari makanan pon bermula di pekan itu.

suda beli makanan baru gerak semula menuju kiulu. jam suda 11.30 pagi. haha..oh ya, kiulu memang terkenal dengan aktiviti water rafting sebab arus sungai dia yang deras dan berliku tu. sampai kampung tu jam 12 suda. angkat2 barang *okeh tipu, aku tak angkat barang pon* dan susun ambil masa setengah jam jugak lah.

derma darah hanya bermula jam 2 petang dan tamat jam 4 petang. sebenarnya yang derma dalam 22 orang jak tapi yang mahu tahu kumpulan darah dan periksa tekanan darah plak yang ramai. selalu kami tidak periksa kalau bukan penderma tapi kali ni periksa daripada tiada kerja duduk2 situ kan jadi buat jak la.


waktu pulang paling best. masa untuk bergambar. haha..walau cuaca panas tetap juga mau bergambar atas jambatan gantung.

yeahh..team ladies. erkk apsal bilangan staf sama dengan anak2 staf ni? adoi..haha ;p


close up sket. mujur aku nampak kurus. haha..tolong jangan pandang sampah klinikal di tangan kak june. hoho..

hah, tu jak la aku mau cerita. mau pergi kemas buku. hihi..

ps/:thanx for my new followers...tinggalkan link and i will visit u later okeh :)


Jumaat, 10 Disember 2010

jom main tag~

salam~

yeah aku sangat teruja. buka2 blog tiba2 nampak ada pesanan dari my nadd tersayang yang aku telah ditag. kenapa tersayang? okeh.


the rule is...

"once you have been tagged,
you are supposed to write a note with 25 random
things, facts or goal about you.
at the end, choose 25 people to be tagged.
you have tagged the person who tagged you.
If I tag you its because i want to know more about you."

jom kenal nina ~


1) Aku suka warna biru langit tu tapi aku tak faham kenapa blog aku bukan warna tu plak. Okeh fine.

2) Officially 22 next year. On 24 January..*terpaksa sambut birthday di kolej tahun ni. Demm ar. . menguji hati betul *

3) ♥ Currently in love with daktu ♥.

4) Love so much to read. Sampai tidak tahu mana mau letak novel2 di bilik.

5) Lately ni sangat rajin menonton wayang ;)

6) Menukar sekolah rendah sebanyak 2 kali dan menukar sekolah menengah 3 kali *erkk tapi aku bukan budak nakal..sobssobss*

7) Pernah kemalangan ngan Toyota hilux semasa bermain basikal. Urm time umur 9 tahun agaknya masa tu. Mujur aku tak cedera.

8) Kadang2 banyak cakap, kadang2 jadi pendiam la pula.

9) Now studing medical lab technology at Kolej Sains Kesihatan Bersekutu.

10) Minat KAER AZAMI sejak AF2 lagi.

11) Sensitif tapi baik hati. Haha..

12) Baru menghabiskan latihan praktikal selama setahun di hospital yang sama T_______T

13) Merasakan laptop DELL inspiron mini yang digunakan sekarang suda tidak menarik. Huahuahua..

14) Masih menggunakan handphone sony ericsson yang sama ;(

15) Suka pergi pantai bila hati tengah risau.

16) Tidak boleh berhadapan dengan buaya dan ular. Please tidak payah pelawa saya join kalau sekadar pergi ke taman buaya. Huhu..

17) Lessen memandu masih P. ntah bila mau abes ni.

18) Tidak tahan dengan cuaca sejuk.

19) family panggil angah, kawan2 dan lecturer panggil nina dan bos lak panggil suhaina.

20) Sangat takut pada hantu, rela tidur beramai2 di lantai semasa di uitm. Thanx nadd.

21) Tidak sukakan blackout sebab buat aku takut.

22) Jarang mau reply sms orang sebab malas mau taip mesej *pengecualian untuk sms daktu*

23) Sangat boros dan baru sahaja menghabiskan duit bapa sendiri.

24) Suka update status di twitter compared di facebook.

25) rabun tapi hanya mahu memakai spek mata bila menghadiri kuliah. LOL.
aku tidak tahu mau tag sapa selain nad. jadi tag jak diri sendiri okeh.

Rabu, 8 Disember 2010

hadiah dari korea :)

salam~

wahhh..terasa lama suda tidak update. sejak tamat latihan praktikal, malas suda mau update. al-maklumlah seharian duduk di rumah jak kan. tapi arini jadual lari sket. pagi2 lagi hantar kakak pi sekolah. dia kemas2 barang sket, amek soalan apa semua. lepas tu balik rumah..

petang pula tiba2 adik semangat mau pergi pantai. adoii..cuaca panas kan jadi semua orang pon setuju la mau pergi pantai arini. semua orang di sini adalah aku, mama, kakak dan adik. hoho..jalan dari rumah jam 4 petang sebab mood masih mengantuk2. biasalah petang kan. sampai di beach 15 minit kemudian. haha..

pastu duduk2 di pantai tengok adik mandi sambil makan ayam goreng yang dibawa. sejak dewasa ni *dewasa la sangat kan* aku jarang suda mandi laut. bukan apa, malas mau susah-susah tukar baju segala bila mau mandi. jadi penyelesaiannya adalah duduk di tepi pantai.


ni la muka budak yang tiada mood mahu mandi laut. apasal gambar ni buat aku nampak gemok?? haha..sekaligus driver of the day ;p

dan dua jam kemudian kami pon pulang ke rumah. tapi on the way pulang tu, jalan raya dari kingfisher menuju bandaraya jammed teruk sebab ada kemalangan yang melibatkan kancil dan van dari Brunei Darussalam. erkk kancil tu Malaysia punya. dan yang buat aku kagum dan berkata wahhh sebab di tepi jalan tu kelihatan kereta-kereta mewah bernombor pendaftaran negara Brunei. dorang cuba selesaikan masalah tu kot T___________T

tiap kali nampak kereta Brunei ni di KK mesti buat aku rendah diri dan rasa mau drive kereta jauh2 sket dari dorang. demm arh. hahaha..

paling penting, sekarang aku terasa yang aku ni la penganggur paling hebat di KK ni. oh no..bilakah kolej akan bermula? haha..tak sabar mau naik kapal lagi. yeahhhh...

p/s: tiba2 terasa mau ambik gambar pre-wedding di tepi pantai. haha..*pannggg lelaju nak gatal lak* erkk harus aku terbangkan aizul marcello untuk gambar terbaik. haha.. ntah bila la nak kawen ni. haha.

Isnin, 29 November 2010

tips pelajar cemerlang :)

salam~

arini semangat sikit mau tulis entri sebab tiba2 teringat pasal benda ni. memandangkan aku akan pulang ke kolej kembali, maka dengan senang hatinya aku mau bagitau kenapa masa untuk kembali ke kolej dan meninggalkan hospital sangat menyedihkan.

1. bila di kolej, nak pergi mana2 pun terpaksa naik bas atau teksi sebab kereta takda. sobsob. tapi kalau di rumah, minyak kereta jak la mau tahu. haha :)

2. bila di hospital, tension jak cepat2 claim off pulang rumah. hilang stress. tapi kalau di kolej stres hah hadapilah sorang2. paling koman pon terbongkang lah sorang2 di bilik.

3. bila di rumah tak ada istilah pokai sebab talian hayat PAMA selalu digunakan. haha..

4. cepat jak cuci baju di rumah sebab mesin basuh kan ada. automatic lak tu. tapi kalau di kolej? yang ado~~

5. tak payah la susah payah mau cari kedai makan kalau di rumah ni sebab kedai makan anywhere. tapi kalau di kolej, kedai makan banyak tapi masakan melayu urm cari sendiri okeh.

6. 5 minit jak sampai da hypermall bila praktikal ni. sebab dekat ngan rumah kan. urm shopping complex paling dekat dengan kolej ambil masa lebih setengah jam untuk sampai.

7. rumah ada streamyx yang best tahap gaban walau kadang2 problem. jangan harap streamyx di kolej!!!

8. tiap kali ada sale mesti dapat barang free tak payah keluar duit sebab kakak atau mama akan belanja. kalau kolej jangan haraplah. haha..

9. tidak payah mau beratur atau tunggu giliran bila mau mandi. ko mandi la sorang-sorang sampai pengsan pon takpa. tapi kalau buat begitu di kolej siap. haha..mesti ada yang menunggu dengan bengang depan shower.

urm ni jak aku dapat fikir sekarang. haha. nantilah fikir lagi. 4 hari lagi mau berada di hospita. gud nyte :)


Jumaat, 26 November 2010

insyaALLAH :)

salam~


alhamdulillah :) arini sebenarnya ari yang paling debaran sekali. tapi dalam debaran tu pon boleh pula lambat bangun arini. okeh sampai lab tepat2 jam 8. huahuahua. memang risau la selagi belum dapat result. sampai lab jak memang perasaan panik tu bertambah. mula-mula call sir wan tanya result. tapi malangnya result tiada dengan sir wan.

lepas tu dalam jam 11 call sir harold lak. sebab sebagai penyelaras semester memang dia akan ada result. punyalah susah call sir. asyik engaged jak. tapi alhamdulillah dapat cakap dengan sir walau kena bebel juga la sebab ganti number handphone. *erkkk..two is better than one sir. that same goes to handphone number* huahua..

dan keputusannya, aku LULUS SEMESTER 5 dan LAYAK NAIK SEMESTER. seriously time sir bagitau memang airmata bercucuran. alhamdulillah segala perit jerih yang aku lalui berbaloi juga akhirnya. dan dengan adanya result ini bermakna aku suda tamat menjalani latihan praktikal secara rasminya. syukur alhamdulillah..

dan kalau korang perasan, "about me" tu da bertukar.
ni la about me yang baru. boleh fokus apa yang da berubah. hahaha...

ni about me yang lama.hihi..

terima kasih yang tidak terhingga buat semua patologi HWKKS yang tidak jemu2 mengajar dan memberi teguran terutama kak sal, kak lynda, kak liza, cip dan semua la. juga team mobile yang selalu menceriakan ari2 boring di HWKKS kak saerah, kak mia, sir walter, kak jen dan of course mami.

kawan2 kolej terutama kingsz yang selalu ada untuk bagi sokongan dan dorongan dan terutama daktu yang selalu ada untuk aku. thanx for ur understanding :)
okeh, tiba2 mood sedih. bye~



Rabu, 24 November 2010

handphone baru please :'(

salam~

arini aku kerja dua jam jak. pastu claim off. ntah kenapa tiada mood mau kerja arini. kebetulan kakak ngan adik plan mau pergi beli handphone arini. handphone adik tu teruk betul suda. tidak dapat on. jadi biasalah anak bongsu jadi apa lagi beli baru lahh..*erkk aku form3 baru dapat handphone sendiri. erk lupa aku masuk asrama jugak. huhu*

pastu, time on the way pergi KK tu singgah Kingfisher kejap. singgah hospital sebenarnya. pastu pergi pustaka aslam. haha..manja2 ngan kakak sket pastu dapat novel baru. yeahh..

lepas dari kingfisher terus pergi centre point beli handphone tuk adik. jalan2 dan akhirnya jumpa la handphone yang sesuai untuk adik. dan aku rasa macam alaaa mau ganti handphone juga la. tapi tidak logiklah belum sampai setahun da tukar handphone lagik. come on nina. ko ingat duit macam daun gugur ka apa. sobsob.

erkk daktu buat aku sedih. dia call semata-mata mau tanya pasal pendrive jak? itu jak? okeh fine~ erk apasal mata aku macam basah ni..demm...

mood sekarang..balik2 dengar lagu ni jak. hukhuk..

"For the Rest of My Life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the Rest of My Life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you"

* masa tinggal lebih kurang sebulan untuk kembali ke kuching. urm i'm gonna miss KK so much and u, dear..


bukan kasihku :)

salam~

yeahh tiba2 aku rajin update blog. huahua. padahal tiada benda mau buat ni bha. urm sebenarnya aku cuma mahu cerita time jadi pembantu pengawas peperiksaan aritu jak. haha..sampai arini kalau aku ingat aku memang mau ketawa. macam nda percaya jak aku lak yang jaga student2 tu exam. universiti mana? of course la U sebelah rumah ni *tak bleh cakap lelebih kang kena saman..haha*

aku jaga exam untuk seminggu jak. sebab pastu resign. honestly cakap aku memang rasa penat betul sampai macam mau patah tulang2 ni semua *okeh, tu tipu..haha* mana nda penat kalau sebelum jam 6.50 pagi mesti suda punch card. petang pula paling awal pun boleh pulang jam 5.30 petang.

macam2 gaya student ada sampai aku pon malas mau cakap. haha..again, da sign akta simpan rahsia jadi terpaksa la aku menahan dari cakap. haha..last day aku di sana aku memang ambil gambar banyak2 kasi puas hati. haha. sampai bos pon da tegur tanya last day ka suda. haha..


pemandangan setiap pagi di tempat parking bangunan canselori. setiap kali sebelum pi pejabat mesti tengok pemandangan ni dulu dan yeahh can u see my hospital there? haha :)

bahagian perkhidmatan akademik. ya, boleh saya bantu? haha :P

kertas peperiksaan terakhir aku jaga. bersama dayang my bespren sejak sekolah rendah.. * erkk mau juga fadzli masuk bha. orang bukan mau bawa dia. huahua *



senyuman kelegaan mau pulang rumah. ya, see the nametag?? erkk da tahu ke universiti mana? haha..

dayang, nisah, rein, dayah, leha, jammie jangan kamu tekanan bha. haha. orang buat lawak sket juga berabes kamu ketawa. teda pon aku suruh kamu ketawa. haha. dan fadzli mau juga kira berapa perkataan okeh aku. sungguh membangkitkan kemarahan juga la. hihi..

ya, terima kasih pada kawan2 kerja yang rajin betul sms dan ckp " we miss u nina" haha.. i miss u all too. huahua..next time kalau mau outing sama2 tu bagitau awal2 bha. ni sudah siap makan baru mau cakap. nda ikhlas betul..haha.

Khamis, 11 November 2010

contest miss lolly birthday =)

yeahh..siler lihat jam di sudut kanan laptop masing2 sebelum start baca entri khas untuk lolly ni okeh..haha.. eh kejap, untuk mengelakkan korang keliru hah ni aku nak memperkenalkan birthday girl untuk esok..tadaa...


cantik tak dia? siler cakap cantik cepattt sebab dia buat contest okeh. haha..

esok adalah hari lahir miss lolly ni ek. atau dalam bahasa lain dia arr esok lah hari pertama dia buka mata melihat dunia. ecehh..jadi sempena hari lahir my sayang ni, aku cuma nak cakap:

babe, selamat hari lahir yang ke 23 okeh. terima kasih sebab selalu ada untuk aku selama ni dan ko selalu dengar walau aku merepek ntah apa2 kekadang :")
terima kasih juga sebab ko rajin benar bertanyakan khabar dan walau kita tak pernah jumpa tapi ko memang sentiasa dekat di hati..ececehh..

aku harap kau akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan semoga ALLAH akan mempermudahkan semua urusan kau bukan setakat tahun ni saja malah tahun2 yang mendatang..insyaALLAH. dan aku mendoakan semoga ALLAH mengurniakan suami yang soleh, budiman, sopan santun macam Fahrin Ahmad *hahaha nak juga bagi masuk kat situ* dan lelaki yang menyayangi kau hingga ke akhir hayat okeh..dan paling PENTING, semoga ALLAH memelihara persahabatan kita. hihi..

meh aku nyanyi untuk kau okehh..
"ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan cik lolly fareda
ALLAH selamatkan kamu.."
=")

erkk ko nak hadiah rupanya..maka dengan seratus hengget yang hanya mampu aku bayangkan ni..haha..nak ko ameklah hadiah ni..ni je yang aku dapat fikir bagi kau. haha..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

alamakk..gambar gelang kristal ni tak berapa nak jelas la plak. almaklumlah gambar bukan diambil menggunakan DSLR maka kualiti agak kurang di situ. gelang kristal ni actually kaler putih dan agak shining2 bila terkena sumber cahaya *ala2 sains gitu* haha..

amacam hebat tak? haha..okeh aku da join tau contest ko ni. khas untuk ko. harap2 ko berpuas hati okeh. hihi..

urm bagi sapa2 yang mau join contest lolly ni, cepat cepat pergi blog dia okeh. untuk join contest bleh klik sini . cepat2 sebab contest ni akan tutup seok jam 11.59 malam okeh. maknanya bila umur lolly 23 tahun satu hari korang da tak boleh join sebab contest ni da tamat. haha..

p/s: yangg..hadiah lambat sket aku hantar okehh..haha..da jadi belated baru hantar hadiah kat kau. hihi..

Rabu, 3 November 2010

goodbye praktikallll!!!!!!!!!!!

salam..
ya, mari menari ala2 latin kejap. haha..alhamdulillah secara rasminya hari ini adalah hari terakhir aku menduduki exam. haha. ayat memang tak boleh blah padahal exam cuma dua ari jak. compared ngan paper2 semalam, aku rasa macam mau meraung2 bila duduk exam histologi tadi. adoii..damn susah.

selepas tamatnya exam ni maknanya tamatlah tempoh praktikal aku di HWKKS ni..yeahh yippa yippa alhamdulillah. dua hari yang lepas semasa sir wan datang untuk bagi taklimat untuk exam, sir wan suda bawa tiket untuk pulang ke kolej semula. again say thanks to Kementerian Kesihatan Malaysia kerana memberikan saya hotseat. wakaka..

tidak sabar untuk bergelar final sem ni. sebaik saja result dikeluarkan maka officially la aku akan jadi dak final sem. wakaka..harus bangga walaupun migrain bagai nak rak.

tidak sabar untuk balik ke kolej tapi berat hati lak untuk tinggalkan daktu. cehh dan2 mood nak jadi jiwang lak. haha..ari last exam baru daktu nak cakap good luck. cis. haha..ari2 sebelum tu sms biasa2 jak. dan aku pon dengan semangatnya lah konon menjawab exam. siap tayang ngan kingsz lagi sms good luck aku tu. excited ka apa punya budak. huahuahua..

ni gambar ngan pensyarah dan pengetua kolej aku (baju purple) yang baru tiba dari kuching. beg yang lecturer lelaki aku pakai tu la mengandungi soalan exam. hahaha... thanx to daktu yang tercinta yang tolong ambil picture ni dengan cantiknya..ekekeke *terperasan lagikk*

buat yang lawat blog ni, thanx ar kawan2. once aku da sihat nanti aku akan lawat korang ar. dont worry..hihi..

p/s: time aku taip entri ni, aku tengah selesema. doakan aku cepat sembuh ek. dan good luck kepada HWKKS sempena penilaian ISO. chaiyok guys :)

Jumaat, 22 Oktober 2010

tensionn..

salam..
aku penat sikit arini. biasalah PPK di lab (dolu2 orang panggial atendan hospital) tidak datang kerja pulak. jadi harusnya aku la menjadi PPK hari ni dan menerima semua spesimen yang masuk ke makmal. dan ohh no spesimen itu datang tanpa henti okeh. dan aku rasa macam artis yang menandatangan buku peminat bila sign borang penerima spesimen tu *stop angan2 nina.haha*

ya, hari ni mood aku tak baik sket. aku cuma fikirkan tentang satu lagi lab report yang aku mesti siapkan minggu ni juga. aku penat ni. kereta lak meragam. da dua ari aku tak memandu ke hospital. oh kereta, aku taulah yang proton da keluarkan inspira baru tu tapi takkan ko merajuk la kot dengan kelahiran kembar ko tu? iskk..tak faham aku. huahuahua..

next week insyaALLAH mau attend charity dinner untuk sekolah kak c-la. aku pon tak faham dinner tu nak pungut sumbangan tuk apa tapi memandangkan dia kata charity maka aku pon pergi jak la.

dan paling penting, 10 HARI LAGI FINAL EXAM. aku rasa macam mau pengsan dulu kejap. semester ni cuma duduk 4 paper jak instead of 7 paper macam kelazimannya. dan dari 4 paper tu, 2 ada kajian kes. ya ALLAH..aku harap aku boleh jawablah. aku bab2 kajian kes ni memang boleh menyebabkan migrain betul la.

okeh nanti esok2 aku update entri lagi :)
*entri ni ditaip oleh dengan hati yang agak membara oleh orang yang bekerja setengah hari..

Jumaat, 15 Oktober 2010

rasa macam mau tidur :'(

salam~
aku pon tak faham apasal entri aku lately ni macam sedih2 jak..ehh wake up nina. dont be sad unreasonable. huhu..dalam dua hari lagi aku akan duduk exam speaking muet. tapi still tak prepare lagi..

hari ni last day aku di central lab. mood? demm happy sebab tidak payah naik bukit 200 meter tiap2 pagi dan petang..okeh aku ulang 200 meter okeh..bak kata abang cherry nda sempat la mau kurus sebab da kena balik lab biasa.hihi..

tadi sepanjang hari duduk terima spesimen jak. pastu bila petang dengar abang asyairi bagi tutorial. paling tidak boleh blah bila abang cherry mengadu dia kena panggil sir oleh student. eh hello abang cherry, abang tu da jadi staf la. jangan mau angan2 macam di kolej lagi ar. haha..

dan yang paling bermakna arini bila pengumuman dalam bajet 2011 apabila gaji minima kakitangan kerajaan tahun depan. tidak sabar mau ditauliahkan jadi paramedik next year. mesti mau study hard ni supaya lulus exam final year ni..semoga ALLAH memudahkan segalanya..aminnn :)

sekarang asyik dengar lagu ni jak..urmm rindu :)
"sayang aku tahu
kita tak banyak bicara
kau jauh disana
ku menyimpan tanya..
sayang aku tahu
kita tak banyak bertemu
namun hanya kamu
yang ada di hati"

p/s: cukai handphone da dihapuskan. urmm mau beli handphone baru la :)

Selasa, 12 Oktober 2010

muet oh muet..

salam~
diam tak diam hari selasa suda. yeahh selasa suda..apa yang istimewa selasa ni? nahh..aku cuti lahh.ko ada? haha..aku memang super duper gembira ni sebab cuti. penat betul aku rasa. hidu bau xylene dengan absolute alcohol di lab tu lagilah. buat aku rasa macam mau pengsan jak adoii.

selasa yang aku sangkakan boleh buat aku bangun lambat rupanya tidak juga. huhu..lepas solat subuh, macam biasalah tidur balik. nda kerja kan? apalagi..tau2 kak c-la kasi bangun jam 6.30 pagi dan minta hantar pegi sekolah. aisehh..ingatkan abes suda dia jaga budak PMR. ada lagi pulak. dengan muka baru bangun tu dan pakai tracksuit sama tshirt jak aku pon pegi hantar kakak. sempoi kan? haha..

lepas tu sampai rumah dalam jam 8.30 pagi suda. mau dekat2 jam 9. biasalah jammed kan orang pergi kerja. aku jak yang tidak kerja ;) rasa sangat bahagia okeh bila tiba2 ada cuti di tengah2 hari bekerja..*tuk abang ashyairi sorilah saya cuti arini okehh bang..sila bincang2 esok ;) haha..*

mula2 kakak suruh ambil jam 10.30 sebab ikut jadual time tu la budak2 abes exam tapi sekali tengok dalam jam 9.50 kakak mesej cakap dia on da way pi kk suda. tidak payah ambik dia di sekolah sebab jumpa di kk jak. oh noo..suda la aku belum mandi pastu aku mau pergi pejabat pelajaran lagi urus muet. mau tahu kenapa? aku dapat slip pendaftaran tapi bila check online teda pulak. punyalah sedih kan? haha..

mula2 pergi PPD tu pegawai dia plak teda. mujur ada pacik pegawai yang lain tolong bagi phone number pegawai yang lagi satu. jadi bincang melalui telefon jak? hebat kan? huahuahua.. pastu pegawai tu suruh pegawai unit peperiksaan sana wisma muis. aku pon pergilah sama mama..mama mengantuk2 suda ni temankan aku.

pastu sampai di unit peperiksaan tu nasib baik staf di kaunter tu tidak sombong. lepas tu, dia suruh jumpa penyelia peperiksaan plak. okeh korang boleh kira berapa orang pegawai aku jumpa arini. haha..penyelia tu baik okeh. aku memang lega betul time tu. da la risau jadual MUET belum tahu bila.

then lepas bagi dia salinan penyata pendaftaran aku tu dia pon bagiau aku akan amek ujian speaking 18 oktober. maknanya isnin depan. aku sangat nervous okehh..belum mula study apa2 pon ni. mau start praktis cakap english ni mulai esok..

aku sangat takut sekarang. harap2 semuanya okeh..pray for me..go nina, you can do it :)

medic lab technologist in the making..

salam..
yeahh..tajuk entri aku kali ni memang super duper tidak boleh blah. okeh okeh ni entri sebnarnya khas untuk jawab pertanyaan annelida . anyway, thanx for following okeh :)

medical laboratory technologist atau dalam bahasa Malaysianya adalah Juruteknologi Makmal Perubatan yang korang boleh jumpa di makmal2 hospital ataupun sesetengah klinik2 kerajaan. klinik swasta pun ada juga dan kalau korang perasan, sekarang ni dah ada banyak makmal swasta yang dibuka contohnya clinipath tu *terpromo lak di situ. haha*..

okeh, MLT ni adalah golongan yang bertanggungjawab untuk menjalankan sebarang ujian sama ada ujian pengesanan ataupun ujian lanjutan untuk membolehkan doktor melakukan diagnosis penyakit pesakit. MLT ni lah yang akan menjalankan ujian dari sesukar2 ujian alat pengesanan dadah sampailah ujian yang mudah macam ujian pengesanan kehamilan..hihi..

okeh, di sesetengah tempat, selain berada di makmal MLT ni juga bertanggungjawab unuk memerhati sesetengah mesin yang terdapat di dalam wad dan melakukan laporan. macam mesin ABG yang digunakan untuk mengesan artery blood gas tu, biasanya setiap wad ada dan tugas MLT adalah untuk melihat keadaan mesin tersebut dan membersihkannya *biasalah kalau guna sampel darah tu mesti ada kesan darah terpercik atau melekat =) *.

selain itu, MLT ni juga korang akan jumpa bila ada blood donation ek..eh tapi jangan salah sangka lak. biasanya dalam satu team yang buat blood donation tu bukan setakat MLT jak tapi ada nurses ngan doktor gak. tapi kalau nak tahu mana satu MLT, pergi jak bahagian periksa kumpulan darah. hah tu memang MLT conquer la tu..haha..

MLT ni memang orang jarang jumpa sebab di makmal jak kan. takda MLT jalan2 di wad melainkan bila adanya prosedur MLT buat begitu macam tuk sesetengah cases. tu memang MLT akan kelihatan la. tapi sedih bila ada orang tanya, "kerja apa?" pastu mestilah jawab MLT kan..tapi kami jarang la sebut MLT tu. haha..its sound very formal. sometimes we just say "lab". but then people will stared at you and asking "lab?" ohh no..eh tetiba terspeaking london lak..memang ramai yang masih tidak tahu MLT ni dan menganggap kami ni nurse.sobsob..

eh menjawab soalan ka suda entri ni? kalau ada lagi mahu tahu tu tanya jak ar.. =)

Khamis, 7 Oktober 2010

jamuan raya lagi??

salam..

aku tidak tahulah kenapa lately ni aku rasa macam kurang ada mood sket. tapi aku enjoy dengan hidup aku sekarang. haha..oh ya, untuk minggu ni dan minggu depan aku berada di central lab untuk buat praktikal di makmal patologi anatomi.

biasalah, macam 'houseman officer' tu, kami yang lab ni pun ada masanya kena travel dari satu hospital pergi hospital lain untuk praktikal. kerja aku sekarang ni senang jak. haha..walau macam boring tapi aku gembira dengan lawak-lawak staf :) tapi, kena hati-hatilah kalau mau komunikasi dengan pathologist dia sebab pathologist2 dia ada yang dari luar negara. maunya aku bukak kamus gak ni karang.haha..

aku tidak tahu apa yang aku rasa sekarang. kenapa lah hati aku ni? aku di makmal patologi anatomi ni. karang nda pasal2 hati aku ni aku buat biopsi juga la karang.huh ~ walau di lubuk hati aku macam ada rasa terkilan sikit tapi ada benda lain yang buat aku gembira.

erk aku rasa macam mau nyanyi jak sekarang..jom nyanyi dengan aku..
"malam ini ku sendiri..
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah sudah

Tuhan kirimkan lah aku
kekasih yang baik hati..
yang mencintai aku
apa adanya..."
"lihat langit di atas sana
tersenyum melihat tingkah kita
selalu ada peristiwa
yang membawa pertengkaran..

maksudku hanya ingin yang baik
untuk kita berdua dalam bercinta
baiknya aku buruknya aku
terimalah aku apa adanya

pastikan kau dengan aku
jangan ada cinta lain
tak pernah aku terlintas
niatku untuk berpaling"

erk apasal ngan aku ni? huhu..esok jamuan raya dekat lab. oh no..makan lagi la jawabnya. aku mesti diet ni. mesti..tapi tidak perlu diet betul sekarang. ada benda lain yang buat aku kurus lebih cepat dari diet. huhu T____________T

P/S: macam mau stay a bit longer dekat central lab. mau tenangkan hati sendiri dan bila yakin dah betul-betul strong baru balik dekat lab.

Ahad, 3 Oktober 2010

raya di hospital ;)

salam..

ni sebenarnya cerita jumaat yang lepas tapi memandangkan aku agak busy *busy la sangat..hoho*jadi baru hari ni aku dapat upload gambar di laptop ni. jumaat yang lepas hospital tempat aku praktikal ni buat majlis sambutan hari raya tuk semua la. kakitangan , patient dan keluarga patient tu skalik. jadi, inilah masanya melaram dengan baju raya.
memandangkan aku malas mau cari baju tuk final dinner next sem di kolej tu maka satu baju raya tu kena disembunyikan dulu.haha..jadi terpaksa beraya ngan baju ni lagi..sobsob..haha..
sebelum acara start baik aku posing dulu di dewan persidangan ni..haha..thanx tu kak liza yang sporting macam aku ;p

pastu masuk la lab kejap. update result patient bagai. check spesimen yang kena despatch pegi central lab semua. pastu tiba2 kak latifah masuk dan minta tolong potong lodeh. suddenly aku jadi ala2 dak jawa terakhir lak potong2 lodeh kat pantry.hihi.

da siap potong lodeh tu, aku terus pergi bahagian gerai-gerai di depan tu sambil jenguk. dan kak latifah bawa berita gembira lagi. aku kena minta jaga gerai sate.haha happy weh. gerai paling top ni dan pasti aku glamor skalik *gila glamor betul la..huhu*

tapi sebelum mula menyusun sate posing dulu. kang muka comot tak best.haha..

tapi sesuai jak tempat posing ni betul2 di depan papan penamaan semula hospital haha..gambar ni dengan matron anita dan kak suhaila. *suddenly dunia dipenuhi wanita yang lebih matang*

pastu mula sibuk menyusun sate ke dalam beg plastik untuk diagihkan before dapat call dari kak saerah. rupanya takda kak saerah takda kereta dan dia tidak tahu macam mana mau pegi hospital.da la dia masak kuah kacang tuk gerai lab lalu aku cepat2 lari2 lagi turun bawah mau pegi parking..gila sengal. nak juga lari da la pakai heels..eh lupa mau cerita. rumah kak saerah di bawah bukit hospital tu jak..hahaha..first drive pakai heels..

pastu bila naik blek mau settle suda sate tu kena packed. jadi aku tolong sikit2 jak. tapi sambil pack tu sempat lagi gambar.with matron anita again

makanan memang banyak yang sedap. da la gerai banyak. abes jahanam diet aku. haha..mencik betul. orang memang ramai la.masing2 ngan baju raya dan sate kami dalam masa setengah jam da abes. hihi..

okehlah tu jak cerita raya aku, dan ni la antara kenangan terbaik memandangkan aku cuma praktikal. thanx to warga HWKKS :)

Khamis, 30 September 2010

selamat tinggal assignment ;)

salam...

entri kali ni aku taip sambil tersenyum gembira ala2 muka comel depan notebook sendiri.haha..teka kenapa? yeah ada kaitan dengan tajuk aku ni la. alhamdulillah segala pujian bagi ALLAH S.W.T. Sebenarnya tiada ayat yang boleh aku gambarkan untuk bagitau betapa gembiranya aku assignment aku semua da disiapkan untuk tempoh pengajian diploma aku ni. erk aku rasa mau ulang. ya SUDA DISIAPKAN SEPENUHNYA. haha..


memandangkan ini tahun akhir, jadi ini adalah semester terakhir yang ada assignment sebab untuk semester terakhir nanti buat laporan kajian kes jak di dalam makmal. jadi tanpa disangka aku telah berjaya menyiapkan semuanya. fuh..lega selega-leganya. aku tidak sangka aku akhirnya berjaya memandangkan aku tiada mood pon mau buat sebelum ni..haha *gila malas punya budak..grrr*


okeh okeh abes cerita pasal assignment aku yang da siap tu. maknanya aku da boleh senang lenang la ni. hihi..kang kalau aku terus cerita pasal assignment ni ada lak yang jeles.lalalala....
tadi sebenarnya ada sambutan hari raya di makmal dan majlis perpisahan untuk kak sal. tapi aku tidak sempat ambil apa-apa gambar makanan sebab bila da siap susun jak tetamu da mula datang.


mula-mula jamuan tu memang plan untuk warga patologi tapi since makanan da banyak betul, bos pun dengan baik hatinya jemput doktor-doktor yang menumpang mesyuarat di makmal kami tu dan juga staf-staf di unit pentadbiran yang merupakan jiran kami tu. haha..dorang mami pun ada juga..hihi..nda ada cerita ngan mami tadi. mami banyak senyum jak tengok gelagat kam sibuk gambar2. mami macam mau bawa cakap tadi tapi aku segan la..lagipon hati rindu. jadi tidak boleh tengok mami lama2 nanti tambah rindu..hihi.. macam-macam makanan ada tadi. antara menu dia udang sambal petai, kuah lodeh, ketupat, kari ayam, kuetiaw seafood, ayam panggang, ayam kfc dan pasta..erk memandangkan aku tak pandai makan pasta, aku tak tahu tu pon pasta. mujur kak lynda bagitau *sigh*.


tima-time mami tengah makan tu aku pon bantai amek gambar ngan kak lynda. haha..kami memang gila bergambar juga sket ;p oh ya, ada juga gambar ngan kak sal tadi time bagi present kat dia tapi gambar tu di kamera dia. tunggu kak sal upload baru leh amek :) memang terasa kehilangan bila kak sal tiada lagi di makmal. macam baru jak semalam kami berjumpa buat kali pertama dan kak sal bagi tunjuk ajar dia yang pertama..oh menn. mula rasa sedih. jadi masa untuk layan gambar la..


with kak lynda tersayang..senyum nda berapa menjadi sebab ada mami di depan..haha..




gambar time mobile besar-besaran di centre point dengan baju korporat jabatan..*kak sal yang pakai tudung hijau*

memandangkan assignment aku suda siap jadi malam ni mau merayau-rayau di blog orang la.haha..hati sangat lega sekarang..urm mau buat lab report la kejap lagi *tiba2 jadi dak rajin..haha*

p/s: esok jamuan raya hospital. hiasan memang gempak suda tu tadi. so mesti pakai baju raya yang gempak la juga ni esok nampaknya :P

Isnin, 27 September 2010

esok cuti umum ~

tajuk entri memang tak boleh blah. aku cakap sini awal2..itu TIPU. kang tak pasal2 aku kena saman sebar maklumat palsu.haha.

aku penat arini. orang cakap, monday blues isnin kan? blues la sangat aku. haha. sampai jak di lab pepagi aku da kena update result hujung minggu lepas dari central lab. pastu dalam keadaan mamai2 pepagi *mamai la sangat..haha* tunggu sampel dari dewan bedah lak. biasalah hospital buat biopsi bagai kan.

lepas tu sambung tengok slaid pap smear yang telah didiagnosis lak. okeh aku sangat pening. itu tidak boleh tipu la. suda la aku sorang2 di lab tadi dan bila aku tengok pap smear tu macam makanan pon ada suda.*erk dan2 sel orang jadi makanan lak*

okeh okeh. dan ini pengakuan BERANI MATI lak.aku mau siapkan dua assignment malam ni dan doakan aku berjaya okeh..

psstt:rasanya buat assignment bertemankan air mata lagi best..lalala..

Ahad, 19 September 2010

oh tidakk...kerja lagi??

salam..

aku tidak tahu kenapa tapi aku mesti buat entri ni jugak. haha *gelak kejam* aku rindu la weh. rindu...adoi..rindu ngan lolly. haha..okeh okeh selain lolly, aku rindu daktu sebenarnya. rindu sangat2. rasa macam mau sms dengan dia 24/7. huhu *tidak logik okeh nina*

okeh lupakan soal itu kejap. esok mula kerja semula. boleh tak aku tambah cuti lagi? uwarghh...rasa macam malas sungguh mau memulakan praktikal kembali setelah dua minggu bercuti. tapi tidak mengapa. memandangkan aku telah bekerja sehingga jam 10 malam semalam, makanya aku mau cuti sehari la pasni.

aku da terasa da penat walau belum start lagi. kembali berhadapan dengan doktor, nurse dan patient ohh aku belum sedia mentally lagi. malasnya bila memikirkan mau menghadap komputer dan slide sel-sel manusia esok. *terasa mau ber-facebooking saja esok..hoho* oh tidak. nanti makan gaji buta lak aku ;p

esok jamuan raya di makmal juga. arghh sedih lak aku rasa mau pegi jamuan raya dengan memakai labcoat. haha..tengah tunggu kak sal mengupload gambar2 semalam jugak dari kamera dia. almaklumlah pertama kali membuat baju korporat makmal itu (walaupon belum jadi staf makmal tu, tapi kami dapat juga baju korporat tu..yihaa). okeh2 aku da penat menaip. perut pon da bunyik2 lapar. adoi jahanam diet sebelum puasa. macam mana ni. isk?

adik pon da balik asrama kat cyberjaya. tambah sunyilah rumah dan takda orang nak berfacebooking sampai lewat malam bila dia da balik asrama. dan kepulangan dia menyebabkan aku terpaksa cakap gudbye my digicam. mesti nak gila bergambar dekat sekolah la tu ;p huhu..

boleh ka aku mau mood jiwang kejap? yihii..

" Apakah salah jika aku menyinta...Apakah salah jika engkau ternyata.....Pilihan hati....Belahan jiwaku ini.. =)"

p/s: assignment ada satu lagi belom siap dan dua buku laporan yang kena hantar esok belum siap lagi..erkk cover buku laporan juga belum ada.adoi nina T______T mesti siapkan malam ni.

Ahad, 5 September 2010

jom pi kl..

haha..aku rasa nak gelak2 sekarang. mana tidaknya. orang lain semua dok balik kampung yang aku lak dok menyibuk di kl ni awatnya? haha..lucu betul bila naik flight pi kl ngan orang yang balik kampung.

semalam aku memang penat betul bila sampai kl. belum sempat lagi mau jalan2. aku cuma sempat ronda2 bazar masjid jamek ni jak dan yang lawaknya aku ngan dorang mama meredah hujan di pasar malam. haha..damn excited. orang ramai betul la kat kl ni. mujur malam tadi hujan kalo tidak sure susah mau lalu pasar malam.

hari ni mau pegi taman pertanian shah alam dan midvalley. yihaa...inilah masanya untuk shopping. haha..abeslah duit mengalir bagaikan air. aku mau menikmati cuti kali ni dengan sepuas-puasnya..dan terima kasih kepada hotel yang mempunyai wifi ini.haha..

*aku tak tahu kenapa hati merasa terluka betul sekarang. should i give up right now? why the feeling comes again? after years i dont feel it and i now i feels it again. terima kasih kepada dia yang telah mengabaikan aku. sorry dont blame it on me.

Ahad, 29 Ogos 2010

pengsan pengsan..

entri versi lepas sahur. aku jenguk2 shoutbox tadi dan baru perasan yang aku da lama tidak blogwalking. sori babe, busy sket. lepas puasa karang aku jenguk blog korang satu-satu ek. jangan risau and thanx for visit k..:)

aku rasa macam pengsan jak sekarang ni. okeh okeh masuk arini bermakna minggu ni aku lengkap kerja 7 hari seminggu *kerjalah sangat padahal praktikal..huahuahua* 5 hari berada di makmal dan dua hari menjayakan kempen derma darah dan sekarang aku rasa mata aku da berpinar-pinar.

seriously aku memang tidak boleh la mau pegi any blood donation time bulan2 puasa ni. penat tahap nda ingat. macam semalam punya blood donation tu aiyo. sampai kak jen siap tegur muka aku pucat semacam time mobile tu. well, sejak berpraktikal dan insyaAllah bakal bekerja di hospital ni aku rasa tahap keimunan aku suda semakin rendah dan sekarang aku memang mudah jatuh sakit..silap sikit pon da jatuh sakit.

hari ni aku mau pergi kiulu. urm masuk kampung untuk blood donation. tidak tahu pon anjuran siapa ni tapi harap2 ada donor la. kalau tiada donor apa lagi, terjun la sungai kiulu tu main mandi manda..haha..okeh penat mau taip. hihi..

p/s:can't wait go to Kuala Lumpur next week..

Ahad, 15 Ogos 2010

bazar ramadhan Indah Permai memang terbaikk....

urm alhamdulillah masuk arini ari kelima suda mau puasa. macam-macam perasaan sekarang. sayu memikirkan ramadhan yang datang hanya setahun sekali dan dalam masa yang sama teruja mau menyambut hari raya. tapi bukan itu yang aku mau cerita sekarang.

semalam, aku teringin la mau makan nasi tomato.jadi aku pon ngan penuh excitednya pergi la pasar ramadhan IP tu, nda tahu napa mesti pergilah pasar ramadhan tu. tiap2 tahun pon mesti mau pergi. jangan tanya kenangan puasa tahun lepas memandangkan aku hanya balik ke rumah pada petang sehari sebelum raya. memang sadis la. suda la di kolej tu tiada bazar ramadhan.

okeh okeh balik pada cerita bazar IP. bila sampai jak tengok ya ALLAH berderet bha kereta di tepi jalan. parking memang nda payah cakap la. susah betul ni mau cari. tapi ndapa demi mu nasi tomato..haha..

sampai jak di tapak jualan bazar tu orang punyalah main ramai..sampai mau jalan pon susah. macam kesesakan lalu lintas ni. sudalah sesak, aku tetap mau cari pacik martabak yang aku selalu beli tu. nasib baik aku jumpa dan haruslah pacik tu bangga ngan aku yang sudi mencari dia. haha..

hari ni mau pi sana la lagi walaupun sesak. mau makan nasi tomato lagi. aku memang addict sket ngan nasi tomato bila bulan puasa ni..tuk kawan-kawan blogger, selamat berpuasa okehh..

p/s: masih ada assignment blood bank dan sitologi yang belum siap dan isnin ni tutor dari kolej datang lab untuk monitor..oh mennn....tiada mood mo buat assignment time bulan puasa ni.

Ahad, 8 Ogos 2010

two is better than one..

urmm ni cerita semalam tapi memandangkan aku tidak sempat mo update blog terpaksalah aku update blog arini..okeh okeh jom anggap cerita ni diupdate semalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
arini macam biasalah aku kerja juga sebab ari sabtu kan. alasan kerja? tiada staf untuk mobile.huahua..mula2 aku memang malas mo pergi mobile ni. sudahlah aku jak sorang staf pastu daktu lagi tiada. tambah mengharukan bila kereta lagi kena pakai. takkan aku mau jalan kaki lak pegi hospital. last2 minit memang aku tidak mau pegi suda tapi bila bagitau daktu terus cakap takpa nanti dia tolong ambil. yang lawaknya bila aku da kata ya dia siap offer mau hantar pi kerja lak.

haha..jadi dia lak hantar aku. rasa macam menyusahkan dia lak. awal pagi tiba2 kakak suruh hantar dia pegi sekolah. lepas hantar kakak, balik rumah sebab mau mandi dan ready2 pergi kerja. pastu dalam jam 7.30 daktu pon datang. memang lawak betul la sebab first time aku jumpa dia awal pagi. aku memang ketawa sepanjang perjalanan. lucu kan bila jumpa dia.

lepas tu sampai hospital busy lagi sedia barang tuk mobile. angkat2 kotak semua. dalam jam 8 baru jalan pi sekolah menengah tu program prostar. aktiviti di sekolah tu tidak payah la cerita la. tiada sambutan pon sampai aku banyak termenung jak sana. suda tu buat kerja amal check blood grouping budak2..haha..

sejam sebelum balik tu aku da start sms dengan daktu. haha..sepanjang jalan dok sms. pastu bila sampai hospital naik lab kejap sebab kena hantar laptop bos. pastu ntah berapa banyak call daktu buat semata-mata nak kasitau dia da ada kat hospital.

balik dari hospital dia pi cari part motor dia sebab ada part motor dia yang rosak. aritu kan dia jatuh motor urmmm tak pasal2 aku berleter. tapi malangnya sepanjang masa aku tunggu di kereta jak. menunggu dia ni.

suda settle cari part motor dia tu pastu kami menjejaki 7eleven lagi sebab dia mau minum slurpee..adoii..memang aku rasa lawak betul. nasib baik dia yang driving jadi tidak dapatlah aku membebel.haha..eh aku memang tidak pernah driving pon kalau dengan dia.

pastu bila da dapat slurpee idaman kalbu dia tu apalagi cari makan lagi sebab aku lapar..grr lapar..sempat lagi la kami jalan2 kejap. tapi kalau orang nampak kami memang nampak pelik sikit sebab nampak macam bergaduh jak ni. tapi sebenarnya tidak. welll...itulah kami. haha..

suda gitu dia pon hantar aku pulang. hantar sampai depan pagar rumah la. itu sudah pasit. suda tu mau balik bergaduh lagi jugak. tapi malam ni tidak dapat ym macam biasa. suda tu aku tertidur lagi. kesian dia. sudalah dia kena diarrhea semalam pastu bila mengadu aku lak da tidur. aku memang rasa bersalah betul sebab kalau aku sakit dia memang berjaga sepanjang malam layan aku sms..ohh terasa kekejaman aku disitu..

*untuk daktu, sori banyak2 tak sangka tertidur semalam. ilysm okeh ;)

Ahad, 1 Ogos 2010

warna kehidupan cerah kelam riang..

akhirnya..aku abes suda sebulan praktikal di hematologi. feeling mestilah teruja walaupun sedih juga la mau meninggalkan hemato. best juga sana ni..haha.

aku penat betul lately ni. macam banyak ari ni kerja. mujurlah certain day aku kerja ada daktu temankan. yeah memanglah dia nda tolong apa-apa tapi bila dia ada di sebelah tu pon memadai suda dia.haha *ayat angau betul la*.

laporan lab report sikit lagi mau siap suda. aku nda sabar mau kasi siap lab report dan hantar ke kolej. baru puas hati sket. kadang2 aku penat juga praktikal. kelam kabut ni. running test sampai kadang2 aku hilang mood.

pastu isk banyak la benda jadi. nasib baik ada daktu yang menceriakan hari2 aku walaupon aku rasa dia pon macam malas jak juga ngan aku ni.lala..aku da tengok soccer apprentice, inception ngan salt..aku rasa macam aku tak faham jak. haha..aku suka tengok soccer apprentice sebab ada lagu one republic lam tu. haha..

urm mau ym la dulu. kalau lambat karang banyak la buzz daktu. haha..

Isnin, 26 Julai 2010

unstable mood..

lately ni mood aku aku unstable sket. semuanya gara2 daktu. pening dow. arini aku tak kerja. memandangkan aku da terlalu penat praktikal maka dengan ini aku mengumumkan hari ni aku cuti. sakit kepala + mau demam ~

lab suda buat baju korporat yang baru. aku memang super duper excited sebab kalau ada mobile atau apa2 event pasni bolehlah aku pakai baju korporat tu jak. kan senangkan. paling penting baju korporat tu mau kena pakai time mobile besar-besaran bulan september nanti. harap-harap aku dapat pergilah time tu.

aku baru siap satu assignment ni hari ni. so another 3 to go. haha..sakit kepala aku terus kalau aku teringat yang aku masih ada 3 assignment untuk dilakukan. tidak boleh blah dengan tajuk assignment tu. haha..

aku juga sekarang tidak sabar betul mau pegi holiday ni. yeahh..ari2 dok kira kalendar sambil cakap cepat la september. banyak wishlist ni. lagipon kalau pi kali ni tidak tahu bila mau datang lagi.

kalau cerita pasal daktu aku memang kerap kena buli. uwarghh..mentang2 la aku tak banyak cakap aku asyik kena jak..takpa tunggu aku da start cakap nanti. habislah dia terkena. hihi..

Khamis, 22 Julai 2010

tunggang langgang sedunia ~

arini memang la ari yang paling celaru lam hidup aku. rasa mau nanges pon iya jugak. haha..adoii..penat betul la jadi MLT macam ni. haha.. tadi sampai jak hospital terus packing barang2 tuk mobile..tidak sempat pon tengok keadaan sekeliling.

pastu jalan pi ILP KK. Baru la perasan yang handphone rupanya tidak dicas penuh..adoii..nina nina..apalah careless sangat ko ni *erkk..sampai ILP rupanya sir walter ngan geng2 bila sampai lagi. cuma kak saerah ngan kak aisyah jak yang sudah ada..cis..buat penat jak aku tekan minyak drive tadi (harap2 daktu tak baca la ni..haha).

lama betul lepas setting barang dan setelah aku bergayut ngan dia selama ntah berapa puluh minit tu barulah ada student yang datang menderma..tu pon yang datang melihat lebih ramai dari menderma. walawehh..tapi bukan itu yang jadi masalah ni.

lepas balik dari cafe, baru aku perasan yang di handphone ada satu sms dan satu misscall..of course la dari daktu. dan yang lebih menyedihkan, bateri handphone lak mati..seriously kalau tak fikir aku tengah kerja memang aku da balik rumah tuk cas handphone aku. haha..

tapi akhirnya aku tetap tunggu dua jam sebelum boleh balik..eh bukankah penantian itu suatu penyiksaan? haha..sebelum balik rumah pi balik hospital lagi dulu hantar dorang ni. dari hospital baru pulang rumah. sampai rumah sempat lagi tidur kejap tadi. memang penat la.penat badan dan penat perasaan. haha...

time aku taip entri ni baru aku perasan yang malam ni malam jumaat dan aku sorang2 jak di rumah..haha..rasanya aku macam pegun jak la depan notebook dan tidak mampu ke mana-mana..nina memang penakut..huwaa...

Jumaat, 16 Julai 2010

jom masuk bilik bedah..

hari ni hari yang agak sibuk di lab. dalam tidak sedar ni minggu kedua suda di makmal hematologi. bermakna aku ada dua minggu lagi untuk dihabiskan di makmal hematologi ni. setelah berbulan-bulan aku tidak terlibat dengan pengambilan dan penyediaan bone marrow akhirnya hari ni aku kembali ke bilik bedah.

tadi aku memang nervous la. first sebab aku tidak suka mau tengok orang terlantar sakit tidak berdaya. sangat menyentuh perasaan. kedua aku tension sikit bila kerja terlampau tekanan ni. pastu bila kena bagitau lagi prosedur akan dilakukan di bilik bedah lagi la aku nervous :(

masuk jak bilik bedah mula-mula tu kena lalui bilik persediaan dulu. masuk bilik khas amek baju kaler biru yang macam dalam tv tu (tidak dapat upload gambar aku ngan baju tu di blog atas sebab-sebab tertentu). kemudian ada almari besar la di tepi simpan baju yang asal. pastu pakai selipar khas yang kena sedia. eh tu bukan selipar. kasut bertutup. punya main banyak di rak. macam-macam saiz. itu memang steril la. aku yakin. suda siap pakai uniform biru tu pakai cap la pulak lagi.

suda jak lengkap semuanya baru masuk bilik bedah yang sebenarnya. di situ ada suda la beberapa doktor yang tunggu kami lebih awal. mujurlah patient ni da dibius lebih awal jadi tidak la aku terasa..lately ni juga aku rasa aku da lebih strong compared dulu2. hati da lebih kuat dan tabah. maklumlah kerja gini ni.

lepas selesai proses tu semua aku ngan kak lizah terus la naik lab dan proceed ngan proses seterusnya sebab sampel-sempel ni dihantar di makmal rujukan. lagipun hari ni aku buat banyak test sendiri. jadi memang puas hati juga la. masih banyak ujian yang dilakukan secara manual jadi memang yang banyak aku belajar. tapi semakin banyak yang aku belajar bermakna semakin banyak la aku tidak tahu..hihi..

okeh mahu tidur sekarang. esok pagi mahu oncall lagi sebab ada kempen derma darah. ahad pon sama. nampaknya minggu ni pack sket. nasib baik tiada boipren kalau tidak mesti dia da cabut lari. isk nauzubillah..beratnya mata..memang mengantuk la. assalammualaikum..

Khamis, 15 Julai 2010

terima kasih fahrinn :)

aku sepatutnya cakap pasal benda ni semalam tapi memandangkan aku damn tired semalam *kunun la nina* jadi aku cerita malam ni la.

balik dari kerja jak mama bagitau ada parcel dari KL. aku memang teruja la sebab memang aku tunggu pon parcel ni. bila aku sampai rumah jak tengok nama pengirim kak dahlia ahmad aku memang excited. kak dahlia ni sebenarnya ketua fans fahrin ahmad..boleh cari dia di facebook.

okeh, aku ngan teruja buka bungkusan tu dan hasilnya..tadaa ~


baju khas untuk fans fahrin yang dipakai time marathon KL 2010. sebelah kiri ni ni bahagian depan dan sebelah kanan ni bahagian belakang. tengok tulisan gold tu ada urop FA kan..lala..okeh jom tengok gambar fahrin bila pakai baju ni..


gambar ni ehsan dari fanpage fahrin..see fahrin sungguh bergaya dengan baju ni kan..sasa gitu..ekeke..baju ni aku beli rm30 dari kak dahlia. terima kasih untuk kak dahlia yang sudi melayan permintaan aku..hihi.. sebenarnya jualan baju ni akan disalurkan ke charity Malaysian Aids Council :)

okeh itu jak la aku mau tulis. mau tidur sambil peluk2 baju ni..hihi..

Selasa, 13 Julai 2010

award BFF :)

ni award dari muli. jadi marilah kita mengenali rakan sendiri..ekeke..



What's your best friends' name? (Top 5!)
1. nurazia masdan
2.sharon John
3.usniyanti usman
4.zulaikha yusof
5.siti shazwane samsudi
When is their birthday? (Be honest! Dont check their FB!)
1.4 disember 1989
2.8 mac 1989
3.29 april 1989
4.26 julai 1989
5.31 mei 1989

How long have you been friends?
1.almost 21 years..since baby until now.
2 dan 3. suda 5 tahun.
4.wahh da 4 tahun ikah :)
5.3 years

Do you love them?
absolutely yes!!!!!
Does this person love you?
I dont think so. haha..of course.

Would you die for them?
nope..haha..

Do you think they would die for you?
also nope.

Could you live without them?
ya, but my life is incomplete.

Why do they mean a lot to you?
tawa, airmata tangisan gembira suka dan duka mereka selalu ada :)
What would you do if this person said they never wanted to talk to u again?
ask her what my mistake.

Do you trust them?
yeahh...

What is their favorite colour?
1. erk biru kot..ampun zii..haha..
2 dan 3: dorang suka pink terutama uni.
4.black and white..
5. hah ni lagi satu hantu pink sampai cap pon pink..huahua..

Do you love them or are you IN love with them?
Yes, I did.

Do you guys talk a lot on the phone?
nope, we just hangout together.

What do you love about them?
keterbukaan dorang dalam cerita apa saja. haha.

If you could tell them anything in this world, what would you say?
you all are the best friends that I ever have. hope this friendship remains forever.

How often is this person on your mind?
always.

Have they ever made you cry?
yes..cry because they funny joke or when we having problem.

Have they been mad at you?
yup.

Have you ever felt like giving up on your friendship with them?
no.

Have you ever talked behind this person's back?
maybe.
Have they ever talked about you behind your back?
haha..yup.
If you stopped being friends, would either of you try to be friends again?
yeah, thats for sure.

Could you imagine how your life would be with him/her?
its incomplete and feeling empty.

Are you their best friend?
of course.

Where did you guys meet?
1.our grandma's house
2 and 3.4 sains smk tebobon
4.5 sains smk tebobon
5.6 rendah inovatif smk bandaraya. hihi..

What do they do that always manages to make you smile?
bila kumpul ramai2..kadang2 berlaku secara spontan. contohnya bila kami tengah makan. ada jak benda lucu.

What is your greatest memory with this person?
1.bila sama2 belajar di uitm kota kinabalu.
2.bila kami sama-sama lepak2 lepas spm.
3.bila duduk berdua sama-sama dalam kelas sepanjang tingkatan 4 dan 5.
4.bila pergi pantai tanjung aru 6 orang.
5.bila main boling nda pandai2 strike.haha..
Will they always be there for you?
yeahh..I know they will.

Do they complete you?
yup :)

On a scale of 1-10 now much does your friendship with this person mean to u?
10.

Would they ever tell anyone your deepest, darkest secrets?
nope, because no anyone knows.

Would you cry at their funeral?
of course la. if I still alive at that moments.

How much does this person mean to you?
a lot.

Do you think you will be best friends forever?
hope so. mudah-mudahan :)
masih lagi penat buat derma darah di plaza wawasan tadi. adoii..

Ahad, 11 Julai 2010

apasal diet susah sangat ni..

salam..
aisehmen..sejak aku cuti semester yang lalu ni, berat badan aku da naik tanpa disangka-sangka..Ya ALLAH..risau juga la sebab kerja macam aku ni perlu cergas-cergas sikit kan.

honestly speaking, aku rasa kaki aku sekarang macam da tak mampu nak tampung berat badan aku. mana tidaknya bila aku berdiri jak lama-lama mesti tumit kaki aku ni sakit. kesian lutut aku ni mau tampung berat badan aku. kak Beth pon tegur suda aku. kak emiy pon da cakap aku da berisi. bila aku tengok gambar aku ngan Linda Onn aku macam mau pengsan pon ada..oh tidak..chubbynya aku..

tapi macam mana aku mau diet kalau mama asyik masak-masak sedap jak. hihi..lain la kalau di kolej. kalau sana tidak turun pi cafe tidaklah makan.. suda la tu aku sekarang ni bila penat jak kerja mesti makan. patutlah dorang kak aini cakap bila da jadi staff mesti kuat makan..

aku mesti diet. by hook or by crook. haha..okeh nina, u can do it..chaiyok chaiyok..okeh diet bermula ~

p/s: tadi beli durian di pasar malam tapi durian tu tidak manis betul. tapi tidak apa asalkan ada..haha..