Khamis, 15 Oktober 2009

abes pon exam..

Alhamdulillah aku da abes exam praktikal tadi dengan mikrob sebagai paper paling last. Pening kepala aku guna mikroskop sepanjang exam minggu ni. Seb bek belum juling..hoho..ok lagi ni kot. Dalam lebih kurang dua minggu lagi plak peperiksaan sumatif akan menjelang. Dat final exam should start 31 october..arghh tak ada ayat yang boleh menunjukkan betapa berdebarnya aku sekarang ni. Harap2 aku boleh menjawab semuanya dengan baik..insyaALLAH..facebook aku pon da makin terabai. Dak kelas aku ni selalu tegur fb aku tu tak di update. Aku busy la weh. Adeh, takda masa nak update selalu.

lepas exam tadi terus pi makmal mikrob. sedia agar lak. aku busy sket. setelah main2 sepanjang sem ni maka haruslah aku berusaha gigih menjelang final exam. dan aku buat XLD media. ni lah dia..tadaa...


ni la XLD media tu. fungsi? untuk pengkulturan koloni bakteria. kena guna lam makmal mikrob.




Walaupun aku macam tak happy lately ni tapi sebenarnya aku gembira juga. Sebab? Tetiba aku jadi baik dengan sorang kawan aku ni. Kami da kenal lama sebenarnya sejak form4 lagi. Sebenarnya kami memang baik pun tapi hubungan kami ni ada pasang surut dan on off dia. Kalau bukan dia yang hilang, aku lak yang hilang. Biasalah kalau kawan2 jauh2 ni kan. Kadang2 dia teruja kot sana atau jumpa kawan baru ka terus lost contact. Manalah bha aku tahu kan. Apa yang baiknya dia ialah dia selalu jadi pendengar (walaupun aku rasa sepatutnya pembaca la kan sebab dia baca sms tu) dan aku macam biasalah tukang membebel jak. Apa yang tak baik? Hah, dia TAK AKAN sms aku dulu kalau aku tak sms dia.hahaha.sungguh marah jugalah.

Tapi hakikatnya kami memang kawan yang baik kot. Cuma sekarang ni tiba2 aku rasa aku tidak patut la ganggu dia tu selalu. Mesti dia ada life dia sendiri sana macam aku disini la juga. Entah2 dia rajin reply tu mau jaga hati aku jak. Jadi, tidak mau la sms dia dulu lagi. Tunggu dia start sms aku dulu baru aku reply. Tapi kalau dia tidak sms juga? Hahaha..apa boleh buat. Lagipun dia pon mau praktikal juga macam aku next sem..eh dia tau ka aku cakap pasal dia ni ar?haha..lantaklah labuu…


p/s:::walaupun Liverpool selalu jak kalah lately ni tapi Gerrard tetap yang terbaik di hati aku. akulah penyokong Liverpool yang setia. you’ll never walk alone. ceh, puji diri sendiri lak .huahua. tidak sabar mau tunggu world cup mula..go England go England (sokong sebab ada Gerrard tapi Lampard pon hensem..huahuahua)..eh kalau ada Malaysia masuk one day aku mesti sokong Malaysia gak.


***sapa2 yang belum ambik suntikan H1N1 tu betterlah amek sebagai langkah2 berjaga. Time aku amek khamis lepas eh kena suruh amek sebenarnya dan2 selesema tapi kejap jak la. pastu da ok. prevent is better than cure, ok..walaubagaimanapun “kami sedia membantu” ^_^

0 doakan nina naik pangkat :):