Sabtu, 25 Ogos 2012

aku suka dia ♥



ehemm. kembali bersiaran di 25hb. ya. memandangkan penyakit malas kian menular maka new entri pastinya hanya akan muncul pada setiap 25 hb. kalau ada di tarikh lain tu kira bonus la tu. haha. seriously sekarang aku sangat sangat sibuk. dengan persediaan yang hanya beberapa bulan lagi ni, dengan makmal yang semakin sibuk, fuhh rasa macam tidak larat jak.

tapi yang paling penting mujur ada incik umair tercinta. haha. *muntah hijau*.. sebenarnya hari ni aku kerja. ya, aku bekerja macam hari -hari biasa. tiada yang berbeza. lepas tu tadi terdengar satu lagi ni di radio. terus rasa hati berbung-bunga. ngehhh...sebab tiba-tiba terasa lagu ni macam untuk aku dengan incik umair pula. okey agak perasan perah santan di situ.

Perkenalan kami memang macam lagu ni la. mula dengan tengok dari jauh jak. jarang kot tegur. walau bekas belajar di kolej yang sama dulu, tapi masing-masing buat hal sendiri time tu. sekadar berbalas senyuman di jalanan tu biasalah =) Lepas tu time sudah kerja pun ambil masa juga la mau bertegur. Paling penting, ambil masa rahsiakan hubungan dari kawan-kawan. hahaha.

Masa mula-mula bercinta, tiap kali berjumpa mesti blushing sebab tengah berahsia kan. hihihi. Lepas tu memang tabahlah dengar usikan kawan-kawan sebab tiap kali berjumpa mesti memerah. tapi sekarang memang tiada lah suda mau blushing blushing. kontrol kontrol ayu pun tiada. sempoi  jak semua. hihihi.

Jadi, untuk incik mair ehem ehemmm..nah lagu ni untuk anda. happy anniversary, insyaAllah bakal kekasih halal :)

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

p/s: tadi dapat hadiah yang istimewa sebab draft kad jemputan dah siap :)

 

Selasa, 7 Ogos 2012

wedding preparation..

 

fuh. lama betul tak update blog. mujur aku tidak update tahun depan jak terus. kuikuikui. okey berhenti melalut. macam tajuk entri kali ni *batuk* maka kali ini marilah bercerita persediaan perkahwinan cik nina. miahaha..

bila borak borak dengan kak nana di twitter tadi aku perasan yang wedding aku cuma tinggal beberapa bulan jak lagi. bulan ok. seriously mula rasa panik, senak perut, tak ada selera makan memikirkan benda-benda yang tak settle lagi.  sebenarnya banyak benda yang dah settle tapi still ada juga yang belum settle dan belum buat booking pun lagi. mari kita tengok :
  • cincin kahwin done
  • mekap untuk 3 acara done
  • jurugambar done
  • pelamin done
  • baju pengantin *still confuse mau pakai baju dari jurumekap atau kakak buat pelamin*
  • pelamin bajau
  • dewan majlis :) done
  • tq tag done *ni tempah dari vendor kad kahwin sebab malas. huahua*
  • guest book done
  • welcome board done
  • hantaran almost done so dah settle
  • bunting done *dapat free sebab amek kad jemputan promosi hari tu. haha*
  • kad jemputan *baru peringkat draft*
  • kenduri kahwin done *rewang*
  • doorgift belum fikir lagi
  • honeymoon done
  • baju nikah almost done
  • karaoke / live band *belum decide lagi. bapa kan suda last minute.lalalala*
ok fine. aku sudah tidak boleh fikir lagi. rasa mau tidurlah sekarang. mengantuk. nanti aku fikir lagi apa yang patut. hahaha. oh, maybe aku tidak upload kad jemputan di blog. tapi jangan risau. those yang rapat tu akan terima kad jemputan ok. jangan risau :) selamat berpuasa.