Jumaat, 25 Mei 2012

happy monthsary dear ;)


Ehemmm.. yeahh.. 25 datang lagi. Tarikh yang paling disukai dalam calendar. Well, its our monthsary. Happy monthsary mair :)

Walaupun tiap-tiap bulan ucapan macam sama jak, still kena ucap lagi. Kot kot terlupa. Jadi haruslah diingatkan selalu. Terima kasih sebab menerima, menyayangi, merindui dan mencintai apa adanya. Terima kasih selalu berada disisi ketika susah dan senang, setia memberi sokongan moral dan kata-kata semangat. Setia untuk melihat jatuh bangun seorang kanak-kanak Ribena. Eh. Hahaha.

Well, terima kasih sebab tabah layan orang yang kuat merajuk dan kuat sentap. Kejap kejap merajuk. Haha. Terima kasih untuk rasa bahagia yang kita kongsi bersama. Yang penting kita bahagia kan? :) Sori sebab kadang-kadang busy terlambat reply sms. Seriously itu bukan disengajakan. Sedar sedar suda lambat reply sms. Suda di lab tu line selalu teda. Sadis betul T______T 

Terima kasih sebab selalu cuba menunaikan wishlist.  Walaupun kadang-kadang yang dalam wishlist tu ntah apa-apa. Selalu berusaha cari peluang untuk berborak dicelah-celah kesibukan. Terima kasih juga sebab selalu jadi “abang” yang baik, bertanggungjawab dan mengambil berat  :’) hopefully kamu tahu yang selalu ada rasa rindu bila kamu jauh. Jaga kesihatan. Kawal stress *by the way, aritu kan suda pergi kursus pengurusan stress ;p*. jangan kerja kuat sangat. Jangan fikir yang bukan bukan. love you too :p

Jangan lupa 2 dan 3 jun ar. Kita mau pergi majlis kahwin tu kan? Maybe kita terlepas la ni majlis nikah tu tapi majlis berinai dengan majlis bersanding tidak. Ehemm. 

p/s:  macam terasa mau beli cd Sammy simorangkir. Nanti kita cari ar. Hihi.

Sabtu, 19 Mei 2012

bukan kisah dongeng ~

  
miahaha..bersiaran kembali dari makmal tercinta. memandangkan boring, adalah lebih baik merepek di blog dari melayan perut yang lapar T_T Entri ni ditaip dalam keadaan mengantuk. mana tidaknya, sekarang jadual padat mengalahkan ketua kampung sebelah..

bermula dari hari kursus terakhir intan, pulang rumah tidur sejam terus bergegas balik tuaran tercinta *sekarang sudah tidak berapa cinta..haha*.. balik dari tuaran pula sempat bersihkan diri dan buat apa yang patut terus bergegas pergi lab pula.

dan sekarang, kisah aku ni masih berlarutan. balik dari kerja awal pagi tadi aku tidak sempat tidur pun. mama sibuk bawa anak perempuan dia yang paling susah mo jumpa ni borak. dan akibatnya? aku masuk kerja petang ni tanpa rehat..sungguh rasa hebat disitu sampai rasa mau guling-guling di lorong belakang hospital ni sambil nyanyi kuch kuch hota hai. haha.

by the way tadi mair beli majalah kesukaan aku. eh mesti ditekankan disitu majalah kesukaan. haha. untung betul kena bayar time beli majalah. almaklumlah majalah pengantin tu kan mahal. haha. eh tapi tak berapa kisah juga la mahal sket sebab kita beli tuk kegunaan bersama kan mair? miahahaha ;p

mair bayarkan lunch tadi juga..oh sungguh baik hati incik kesayangan ni *padahal memang dia yang bayar selalu pun* bagus juga la latihan. nanti kang kan kena sara jaga orang. jadi lebih baik latihan dari sekarang. lalalalala.. lepas tu mair tolong bayarkan parking kereta aku juga tadi sebab aku takda duit kecik. kang kalau bagi duit terlebih besar orang cakap menunjuk la plak walaupun hakikatnya besarlah sangat duit tu nina. hahaha :P

lepas tu tadi time tengah mesin running mair call.ohh macam biasalah aku mengadu lapar. tipikal nina yang kononnya diet. haha. lepas tu mair cakap,
nanti kalau lapar bagitau ar

hahaha..terus rasa mair la lelaki paling sweet. kahkahkah. pedulilah dengan orang lain dia serius. yang penting dengan aku dia sweet.

ok, karangan untuk hari ni suda terlebih panjang. now masa untuk running QC mesin dan ajar junior buat reaction..aww tetiba feeling senior mengajar dah. haha. assalammualaikum..

Khamis, 17 Mei 2012

esok last day kursus ;)

sedar tidak sedar. suda 3 hari aku berkursus di INTAN dan esok adalah hari terakhir aku. perghh lega. ni bermakna bulan mei suda semakin ke penghujung. minggu depan insyaALLAH pergi papar attend kawen ayu. so far hadiah pon suda beli untuk ayu. fuhh lega :)

dua minggu lagi majlis paling mendebarkan. urmm setelah 3 tahun bersara dari jadi pengapit orang. kali ni kena jadi pengapit lagi. nervous. perasaan bercampur baur. maklumlah sejak menginjak dewasa ni. baju pun suda complete. maybe tinggal cari tudung lagi sebab mama tidak suruh guna pashmina. so akan cari new tudung bawal for that day. anyway, thanx to bakal pengantin, kak eiin sebab sponsor baju tuk pengapit dia ni :) semoga kekal ke akhir hayat hendaknya.

aku mahu upload gambar tu tadi tapi mengantuk la pula. mata tidak larat mau buka. jadi niat aku tu terpaksa dilupakan. lagipun nanti tidak suprise lah 3 jun. haha. jumpa lagi. assalammualaikum =)

p/s: jangan tanya bila giliran pengapit dia pula upgrade jadi pengantin. tiada jawapan. hahaha.

Rabu, 16 Mei 2012

selamat hari guru :)


ni entri yang asal ada jak haha. masuk hari ni sudah dua hari aku kursus di INTAN. perghh masih ada 2 hari lagi untuk dilalui. dan bermakna dua hari lagi tanpa mair :( huaaa...

kursus ni memanglah best tapi aku suda mula rindukan makmal. rindu untuk tengok darah orang, rindu untuk borak borak dengan geng doktor, dan paling penting rindu mau jumpa mair. setelah setahun meninggalkan kolej, memang tiap-tiap hari aku rasa mau tidur jak. tapi haruslah sabar. kursus ni penting. inilah bayaran untuk ditempuhi sebagai penjawat awam.

gambar time kursus banyak tapi malangnya semua di nikon dslr shah tu. sudahla tu, gambar aku semua yang kandid. ok fine T___T yang muda memang selalu terbuli. lalalala.. tunggulah bila dia upload nanti bolehlah share. seriously jeles betul dengan dorang yang duduk hostel INTAN tu. mana tidaknya, bilik tu standard macam bilik hotel. terbaik. lepas ni kalau apply lagi kursus aku mesti minta penginapan sekali. haha.

by the way, sempena hari guru hari ni, mau ucap selamat hari gurulah juga untuk adik beradik aku yang menjadi cikgu, ustazah suseela dan cikgu suhaini, bakal adik ipar *ehemm* cahaya cta, mak usu cikgu julinah, kakak-kakak sepupu cikgu hanimah di tuaran, cikgu mieda di putatan, teacher fahrini di semporna, abang sepupu cikgu rizal di kudat, adik-adik sepupu yang bakal bergelar cikgu, insyaALLAH teacher amalina, cikgu athirah dan cikgu azrin,  semoga kalian terus berjaya dalam menjadi seorang guru. sayang kamu semua :)

dan teristimewa untuk semua yang pernah mengajar :

Tadika Jheains Kg Taun Gusi, Kota Belud 1994-1995
SK Taun Gusi, Kota Belud 1996-1999
SK Tobobon, Kota Kinabalu 1999-2001
SMK (A) Inanam, Kota Kinabalu 2002-2003
SMK Tobobon, Kota Kinabalu 2004-2005
SMK Bandaraya Kota Kinabalu 2006
Pra Sains november 2007-april 2008 Universiti Teknologi Mara, Kota Kinabalu
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching, Sarawak Julai 2008-Jun 2011

Sabtu, 12 Mei 2012

how I meet my so call mr right ;)

 

 haha.. akhirnya. suda lama plan mau buat entri ni tapi sebab selalu sibuk maka selalu tiada kesempatan *mata juling atas*.

sebenarnya segan kalau mau ingat kisah aku dengan mair ni. haha. sebab sebab ala aku yang perasan kewujudan dia dulu. miahaha.. rasanya first time aku jumpa mair dalam bulan ogos. tengah bulan puasa. macam biasalah aku tengah buat QC untuk mesin di jabatan dia. tapi dia tak perasan pun aku. aku time tu pandang sekali terus terfikir "laaa...mamat senior kat kolej juga". time ni aku bajet kecewa lah sebab apsal semua pon senior di kolej ni weh? tidak cukup time di kolej sampai dah kerja pun muka sama juga. macam mana aku nak jatuh cinta? hahaha..*ketuk kepala sendiri*

lepas tu, seriously memang take time kami bertegur sapa sebab masing-masing pun serius. aku ingat lagi bila dia pergi komen album profil picture aku. ayat serius tidak boleh blah,
serius time aku nampak komen ni gelak kuat-kuat. fine. layan aku macam aku pun geng dia juga. haha. 

lepas tu, bila lab dah pindah aras, aku pon dah habis tempoh rotation di makmal tu tiba-tiba kami pun mula start bertegur sapa dan borak. mungkin sebab time tu aku start buat oncall suda. well, oncall adalah masa untuk tidak perlu menjadi formal. mula-mula tu kawan biasa-biasa jak sehinggalah kematian rakan sekerja dia, stephen. *I miss u, steph :( * to be honest, stephen ni memang orang pertama di jabatan mair ni yang aku rapat. memang kamceng. boleh geng.

jadi bila dia tiada tu memang rasa sangat kehilangan. dari situ lah aku dengan mair menjadi semakin rapat. sebab kami selalu borak pasal steph hingga tanpa sedar mula rasa something bila lama tidak nampak mair : p sampai satu tahap aku terfikir dalam hati "apa agaknya terjadi kalau aku bercinta dengan mair?" haha. curious juga kadang-kadang macam mana aku boleh terfikir benda gitu. lepas tu entah macam mana kami mula jarang terserempak sampai aku rasa yang benda yanga ku fikir tu mustahil. entah-entah mair tu ada awek.

sehinggalah satu hari tu di tahun 2012, haha. aku di kaunter makmal. dan time tu ada benda yang kami curious di lab. entah macam mana time tu aku pergi jumpa mair dan tanya dia. oh dia sangat gentleman time ni layan pertanyaan aku yang entah apa-apa tu walaupun dia sangat-sangat busy time tu *aku dah start berdebar bercakap dengan dia time ni*.

jadi petang tu memandangkan dia suda membantu aku pun sms lah. actually aku sms ucap terima kasih jak pun. ntah kenapa dia reply sms kerek semacam. tapi dari cara dia reply tu boleh nampak yang dia malu tapi mahu bersms dengan aku. kahkahkah :p ntah macam mana hubungan tu mula berlanjutan hingga ke peringkat yang seterusnya. mungkin sebab nampak dia bersungguh-sungguh mahu bawa hubungan tu ke peringkat yang lebih serius dan bukan sekadar cinta monyet.

dan Alhamdulillah, hubungan kami ni masih bertahan sampai ke hari ni. masih di tahap bahagia. sebab dia pun sangat-sangat mengambil berat dan rajin melayan aku yang entah apa-apa kenkadang ni. contoh macam bila aku sms dia tadi,

me: mau mkn mcd :(

mair: nt mlm kt singgah syg atau telefon
see, respon yang sangat menggembirakan walaupun hanya benda kecil. tapi apa kejadahnya mau makan sama-sama malam ni syif kami tidak sama T___T doakan kami terus meniti kebahagiaan dalam hubungan ni. till jannah, InsyaALLAH. love u, mair :-*

p/s : ada orang cakap, kalauu kita sayang seseorang tu, kita kena lepaskan dia pergi. kalau dia kembali maknanya dia memang milik kita. jadi aku anggap dulu tu aku dah pernah lepas mair dan sekarang dia milik aku la kan? miahahaha.