Khamis, 24 November 2011

an evening with besprenggg...

salam~

yeahh..ni adalah entri yang ditaip dalam keadaan mengantuk jadi kalau ada salah eja sila maafkan. haha..cerita ni bermula semalam bila aku dan liling dengan penuh semangatnya mau tengok filem twilight breaking dawn part 1 *ceh tajuk mahu penuh.haha*

kebetulan hari ni aku kerja syif pagi jam 7 sampai 3 petang. jadi abes kerja jam 3 tu terus balik rumah. sempat jugak lah jammed sebab sekarang kan tengah persidangan DUN Sabah ( laluan balik rumah aku tu memang kena lalu simpang DUN jadi tu yang buat jammed )

sampai rumah jam 3 plus plus cepat2 mandi, bersiap dan solat asar. pastu dalam jam 4 bergerak pergi rumah liling padahal jarak cuma 10 minit jak. haha..sampai 1borneo, terus pergi GSC ambik tiket yang direserved. ni liling yang booked. kalau harapkan aku memang hancurlah. lepas ambik tiket kami terus pergi mcD sebab aku lapar. uwarghh..

aku macm biasa lah makan chicken mcdeluxe classic. pastu sambil makan cit cat la kan. memandangkan jarang jumpa ni lah masa untuk catch up cerita masing2. termasuklah tanya " ko kapel dengan sapa sekarang?" haha..okeh, tu tipu. nda sentuh pon bab tu. haha..

lepas makan sedar2 jam sudah 5.30. naik panggung lah. tapi memandangkan belum boleh masuk, jadi kami lepak di rest&go gintell tu kejap. sempatlah urut-urut badan ni buat rasa segar sket. lepas tu, apa lagi masuk panggunglah layan edward..edward sangattt handsomeeeeeeeeeee..


sebelum masuk tengok filem sempat lagi posing dengan poster. ni bukti aku tengok filem ni okeh..hahaha...see, kami antara golongan yang teruja tengok tayangan pada hari pertama. filem ni memang okeh tambah-tambah lagi edward hensem tapi memandangkan panggung2 penuh, macam-macam bunyi bising yang kedengaran. termasuklah dari kanak-kanak. mujur masih sempat concentrate. tapi tu pon balik-balik tanya liling "dia mati ka ni?" haha..kesian liling terpaksa menjawab. mujurlah juga dia suda baca buku ni.

ntah berapa kali liling terpaksa dengar aku cakap edward ni ensem. erk tapi jacob pon hensem dalam filem ni. kelirunyaaaa *bajet terpaksa buat pilihan..hihi*

lepas habis tengok filem, kami turun bawah untuk makan tutti frutti. yeahhh tutti ni baru jak buka di kk. jadi mestilah kami ambik kesempatan lepak di situ juga.

ni la eskrem yogurt aku. terpaksa pakai mangkuk besar sebab mangkuk kecik dah habes. yang aku ambik ni perisa cappucino. memandangkan aku bukan penggemar manis, jadi aku cuma letak coklat chip dengan coklat rice jak. sampai sekarang masih terasa kesedapan coklat chip tu sedapnya..

erk, sebenarnya aku tak pandai pon pam-pam yogurt *eh betul ka istilah aku ni. arghh lantak..hoho* jadi liling yang tolong buat. yang kelakarnya, aiskrim aku dan liling dua-dua pon harga yang sama bila kena timbang. rm8 sumthing jak. murah kan? :)


sebelum memulakan suapan pertama. see? aku betul-betul makan yogurt aiskrim ni ar. bukan propa.. haha...

gambar kedua pemilik blog yang ntah apa-apa. tengah makan sempat lagi ambik gambar. full credit to my official photographer, cik liling. thanx beh. hihi..

lepas makan yogurt barulah kami gerak pulang dalam jam 8.30 malam jugak lah. seriously memang bestlah lepak dengan kawan lama. harap2 nanti dapat lepak lagi sebelum dia balik kampus. ..sekarang mau tidur. esok kena bangun awal sebab pergi bank bayar kereta. malasnya. tambah-tambah lagi bank tu di area yang sangat susah untuk dapat parking. hukhuk..assalammualaikum semua :)

p/s: beh, nanti keluar lagi, mau? bowling jom. haha ;p