Sabtu, 24 September 2011

hari kedua di Kota Belud~

salam~

hari ni aku bangun pagi dengan perasaan gembira. haha.. mana tidaknya, walaupun tidur di rumah orang tapi kalau sudah dapat satu bilik yang lengkap dengan katil semua haruslah gembira kan. haha..yang penting, aku nyenyak tidur sepanjang malam. mata ni pun tahu jak jam berapa mau buka. bijak betul ;p seriously kami jarang bermalam di kampung. rasanya suda 4 tahun kami tidak bermalam di kampung ni.

bangun jak, cepat-cepat pergi rumah pengantin yang cuma sebelah pagar untuk ambik seterika. pastu bergegas iron baju. mana tidaknya, pagi ni aku ada misi penting dan kakak kata, misi penting ni mesti dilaksanakan sebelum orang ramai datang.

dan misi penting aku tu adalah..jeng jeng jengggggg......................


bergambar di pelamin. haha..sampai jak di rumah pelamin, aku dengan kakak terus menonog pergi pelamin. mujur pelamin dia di halaman rumah jak jadi tidak payahlah kami bersusah payah mahu naik atas lagi semata-mata untuk ambik gambar.

lepas jak ambik gambar, apa lagi makan time la.

posing dengan mama lepas makan. belakang yang warna hijau tu la rumah lama kami :) time ni orang belum ramai lagi. lepas jak ambik gambar, aku dengan kakak terus menyingsing lengan tolong cuci piring.

lama juga la kami cuci piring. sedar-sedar jam 1 petang suda. tapi memandangkan pengantin lelaki belum sampai, jadi lepak di atas rumah kejap. time tu la terjumpa si comel oyuyu ni. erk sebenarnya nama dia ayu tapi ntah kenapa time dia kecik panggil oyuyu macam comel lak :)


"oyuyu, nanti angah kawen jadi pengapit angah tau. tapi make sure time tu comel macam ni jugak ar. ekekeke ;p "

rumah lama dekat kampung ni memang lain sket design dia. aku pon heran mana bapa dapat idea untuk buat ruang bertingkat dalam rumah dia. dulu besi-besi coklat di belakang ni tempat aku praktis menjadi tarzan kota belud dulu. fuh, mujur sekarang sudah jadi budak ayu ;p

lepas tu, bila pengantin lelaki sampai tadi, ntah macam mana aku boleh terjebak jadi tukang pegang tirai pelamin pula. dan pastinya memang lah aku dapat duit tol. lalala..untung betul ;p macam biasalah, lepas sanding, pengantin sibuk posing-posing bagai di pelamin dan aku pula? sibuk angkat beg masuk kereta sebab mau balik. jadi, sekali lagi, waktu persandingan ni pon aku tiada gambar pengantin. haha..

time tengah salam-salam mahu balik tu, ijo' *dia ni adik pengantin perempuan dan sepupu aku yang paling rapat. seriously, zaman kanak-kanak kami dulu kami la konon ala-ala kembar. haha* muncul dengan idea bawa mama gambar di pelamin. haha. adakah dia pon teringin mau kawen? lalala...


eh,apasal tiba-tiba ada muka aku menyibuk ni? hahaha..sayang betul gambar ni tak cukup sorang. kalau tidak lagi meriah :)

lepas ambik gambar dengan mama, ijo' bawa aku lak ambik gambar. haha..

seriously time ambik gambar ni aku memang penat menahan gelak. mana tidaknya, time kami ambik gambar ni, orang masih ramai stay dekat khemah. lepas tu siap pandang-pandang semacam lagi. iyalah, bukan semua tetamu di majlis tu tahu kami ni sepupu sekali. sudahlah muka tidak seiras langsung. hopefully tiadalah yang salah sangka aku ni girlfriend dia. haha..lagipun aku dengan dia ni hukum dia muhrim, wuduk tidak batal pun. jadi, tidaklah aku segan sangat.

erkk tapi apsal aku nampak ganas jak dalam gambar ni?? hahaha..

Jumaat, 23 September 2011

majlis berinai ;)

salam~

hari jumaat kembali lagi. dan aku menaip entri dalam keadaan penat dan mengantuk. hari ni macam biasalah. hari jumaat maksudnya hari agak lapang tanpa sampel yang berlambak. aku pon tidak tahu kenapa tapi tiap kali jumaat mesti tabung darah ni sunyi sikit.

tapi, walaupun tabung darah aku tetap terasa penat. sebab habis jak kerja jam 5 tadi, aku terpaksa tunggu kak c-la habis sekolah jam 6 untuk ambik aku. lepas tu kak c-la pula sampai sekolah jam 6.30 petang. mana tidaknya, luyang ni tiap kali tengahari dan petang memang jammed. yang dekat pun jadi jauh.

lepas tu tadi baru sampai ums bapa suda called. malam ni sebenarnya majlis pernikahan sasa, salah seorang sepupu aku. bapa sasa ni adik bapa aku. jadi kami kira sepupu sekali. but since aku baru kerja dan cuti pula sudah tinggal sikit, jadi kami pun buat keputusan untuk balik kota belud lepas kerja. sampai rumah jak, bapa terus cakap malam ni kena bermalam di kota belud T_______T..apalagi bergegas bersihkan diri dan kemas pakaian.

memandangkan jam sudah menunjukkan jam 8 malam tadi time bertolak dari rumah, aku pun buat keputusan pakai jeans. yalah, kalau sudah jam 8 tu memang tidak sempatlah tengok majlis berinai dia.

sampai jak di rumah ni tadi, orang lengang suda. toleh kanan nampak muka sepupu. toleh mana-mana pun nampak sepupu yang lain pula. lepas tu ntah macam mana aku dengan kak c-la boleh terpandang almari lama di rumah ni. sebenarnya rumah ni rumah mama dengan bapa. tapi since kami sudah pindah kota kinabalu, family adik bapa ni la yang tinggal di sini. dan disinilah juga majlis akad nikah dan berinai tadi berlangsung.




terjumpa piala masa ikut pertandingan bercerita tahap 1 dulu. tidak sangka aku banyak piala. haha..piala-piala yang dibelakang tu pun kepunyaan aku juga.

yang paling seronok, kakak ada bawa laptop dan broadband. jadi sementara orang di bawah tu tengah sibuk karaoke, baiklah aku di atas ni update blog. haha..tapi mata suda mengantuk ni. baik aku tidur dulu. kenduri esok kena bangun awal lagi. salam~

p/s: memandangkan aku datang lambat, maka aku tiadalah gambar sepanjang majlis berinai. jangan tanya aku mana gambar pengantin lak. memang tiada. haha ;p

Jumaat, 16 September 2011

aku selalu lupa hari..

salam~

terasa lama betul tidak menulis di blog ni. kebelakangan ni aku sibuk sikit. ada masanya, aku tidak sedar pun hari tu hari apa. mana tidaknya, tiap kali aku masuk kerja mesti tengok tarikh di punch card dulu. kalau tidak memang aku tak tahu lah hari tu berapa haribulan. erkk, adakah aku ni tanda-tanda amnesia? T_________T

semakin dekat 18 oktober ni, semakin berdebar pula rasa. sebenarnya tarikh tu tarikh konvo aku. ni kena explain awal kang ada ingat aku kawen tunang lak. lalalala...

setakat ni, 80% persediaan untuk pergi Kuching tu suda siap. yalah, tuk konvo kali ni cuma aku dengan mama yang pergi jadi aku mestilah memastikan semuanya berjalan lancar. mama pula ni first time dia pergi Kuching jadi harap-haraplah semuanya akan menjadi kenangan terindah untuk dia.

memandangkan aku urus semuanya sendiri, terpaksalah aku sediakan check list. almaklumlah pelupa macam aku ni memang sah-sahlah ada yang tertinggal. huahuahua..

check list konvo @kuching, sarawak :

balas borang penyertaan konvo

bayar yuran konvo

booking flight tiket

booking hotel

transportation airport-hotel

booking kereta sewa

bayar deposit kereta sewa

minta cuti dengan bos..haha.

buat pas lawatan mama

booking studio tuk gambar konvo

ready untuk upacara konvo :)


haha.. nampaknya tinggal beberapa perkara lagi yang belum settle. tapi, ni perkara yang akan disettlekan awal bulan depan. aku sangat teruja untuk pergi kuching kali ni. iyalah, datang untuk holiday mestilah berbeza dibandingkan dengan memerah otak belajar. kuikuikui..tak sabarnya rasa.

harap-harap semua perancangan sepanjang berada di kuching akan berjalan lancar. amin :) I'm coming back, Kuchingggg.....

Jumaat, 9 September 2011

penatnya bekerja..

seriously tengah penat dan mengantuk. hari ni banyak tengok wad kardiak pindah angkat barang jak. erk tiba-tiba time tu aku macam terngiang-ngiang lagu ni. ntah kenapa. lalalala..

Diam-diam.. berpandangan..
Mata bertentang mata..
Malu-malu.. aku malu..
Kau buat begitu..

Jeling-jeling.. kau menjeling
Senyumanmu menggoda..
Lama-lama.. dalam diam
Aku jatuh cinta..

Beginikah rasanya
Sakit asmara..
Siang malam gelisah..
Ingin bersama..

Ku tunggu, ku menanti
Kata cintamu..
Biar senang dihati
Ku disampingmu

Jangan-jangan kau berpura
Sembunyikan hatimu..
Bukan-bukan ku tak tahu
Debar didadamu..

Kita saling sama cinta
Tetapi malu-malu
Diam-diam jadi rindu
Rinduku padamu

Dulu malu tapi mahu
Kini baruku tahu
Diam-diam jatuh cinta
Bersama akhirnya

Diam-diam.. berpandangan..
Mata bertentang mata..
Malu-malu.. aku malu..

walimatul urus suhaina :)

salam~

ceh. tajuk tu macam gempak jak. sebenarnya tiada kaitan dengan aku pun. hahaha. tu sebenarnya cerita jirah. tadi time di makmal, jirah bagi kad kahwin dia dengan comel. seriously comel. siap ada gambar lagi. ni la first time aku dapat kad kahwin yang tertera nama aku sendiri. haha..tapi, jirah kahwin di tenom so tidak dapat pergi sebab jalan pergi tenom kena naik bukit kimanis yang curam dan agak bahaya tuk driver macam aku. sorry jirah :'( tapi hadiah tetap ada okeh. haha ;p

lepas tu bila tengahari aku dengan jirah buat lawak antarabangsa. walaupun sudah makan nasi ayam dengan cip, aku tetap join jirah order pizza. erkkk adakah saya begitu tamak haloba? T_T Jadi kami pun dengan penuh beriya-iya call la pizza hut Damai tu yang ntah berapa langkah jak sebenarnya dari hospital ni. kami order 3 personal pizza. hawaian tuna, hawaian chicken dan satu lagi masala apa ntah nama dia tu aku lupa plak. agak hawaian di situ ar dua pekerja makmal ni. huahua..

tapi, gambar hawaian tuna tidak sebab ambil sebab suda habis. eh sebenarnya kami beli piza tu bukan untuk kami jak tapi untuk makan dengan semua staf lain di lab la. sharing is loving kan? jadi, tidak payahlah membayangkan aku dengan jirah makan tiga kotak personal pizza tu berdua jak :))


dua potong yang tertinggal time aku balik da. adakah ni hawaian chicken?? atau masala?? sesungguhnya aku pun keliru tengok pizza ni.



ni pun sama. tekalah sendiri. aku pun tidak dapat mau pastikan pizza apa ni sebab yang ni aku takda makan. kenyang dow. makan sepotong pun dah cukup lebih-lebih lagi bila aku dah makan nasi ayam.

pastu, bila balik rumah tiba-tiba ada parcel atas katil.

yeahhh...rupanya novel yang aku order hari tu dah sampai. tadi novel dari company jemari seni yang sampai. semalam pula novel-novel dari kakinovel. bagusnya servis dorang. order isnin then rabu atau khamis suda sampai. aku apalagi, memang teruja la. tapi jumaat still kerja jadi tunggu sabtu ahad la baru marathon novel ni. lagipun minggu ni jak aku free. next week sampai hujung bulan aku standby oncall.

novel yang paling atas jak dari jemari seni. see, plastik pembalut pun belum buka lagi. haha..dua novel tu dari kakinovel. baju pengantin mak andam tu aku dah habis baca tadi. seriously best. yang 2x5 tu kena tunggu turnlah sebab sekarang mama tengah baca T_____T

nampaknya lepas ni areila sahimi ni pon akan masuk list penulis kesayangan aku juga la. novel dia memang best. setakat ni alhamdulillah lengkap suda koleksi novel dia.

jadi sekarang masa untuk iron baju kerja lagi lepas tu mandi dan bersiap pergi kerja sebab ini sudah masuk hari jumaat. horray. hari ni juga hari terakhir aku rotation di jabatan patologi. next week aku di tabung darah..oh no!!! aku malas sket bab-bab darah orang ni *caittt ko nina padahal memang ko kena bayar tuk matchkan darah orang pun*

nampaknya ni jaklah karangan bergambar aku untuk hari ni. mudah-mudahan hari ni ada cerita best di makmal. erkk 'someone ' suda pindah tempat kerja. nampaknya aku akan mula merindui dia dan lepas ni payahlah mau jumpa dia. sudahlah waktu kerja tidak sama..erkk kalau bercakap pasal someone special tak semestinya boyfriend kan..mungkinnnnnnnn teman tapi mesra? atau teman diam-diam jatuh cinta *tiba-tiba mood lagu ramlah ram* lalalalala...

sampai nanti~ assalammualaikum....

p/s: ni entri first via laptop sendiri. akhirnya. tidak payahlah pinjam laptop kakak lagi setelah cik dell rosak.