Sabtu, 30 Julai 2011

lab warming :)

salam~ ni cerita semalam, 29 Julai 2011. jadi anggaplah kamu baca cerita ni semalam ar. huahua..

seriously aku berdebar hari ni. sebab semalam jirah kata arini aku kena buat maintanance untuk mesin siemens tu dan juga kena buat Quality Control. aku risau juga ni sama ada nota yang aku salin ni lengkap atau tidak. sebab kadang-kadang aku sendiri pun tidak faham apa yang aku salin ni T_T

sampai jak di lab, jirah ada sudah di pantry minum pagi dengan dorang kak etam. ya, dia sampai awal sebab dia kerja waktu pejabat yang start jam 7.30 pagi. aku mula jam 8.00 pagi tapi malangnya aku selalu sampai awal.

bila jam 7.30 jak, orang yang shift pagi mula handover tugas. mula-mula pagi-pagi ni kena bersihkan bench di lab la. buang sisa-sisa klinikal, buat calibration untuk mesin urin dan make sure semua peralatan disposable yang diperlukan ada. lepas tu, aku mula buat daily maintance di mesin siemens. memang terasa nervous dia sebab mesin tu memang penting di makmal untuk buat ujian-ujian utama macam ujian fungsi hati, profil ginjal, tahap kolesterol, paras glukosa even untuk enzim kardiak juga. ada lagi lah fungsi-fungsi dia yang lain juga. lepas buat daily maintance, kena tengok mana-mana reagen yang suda abes untuk tambah. untuk mesin siemens ni, reagen utama dia yang perlu dipastikan sentiasa ada ABS la.

lepas make sure daily maintance, aku kena buat QC lagi pula. dan alhamdulillah, semua nilai QC masuk dalam range jadi maknanya boleh buat ujian. lepas tu jirah suruh aku run semua test biochem yang kena request arini. oh ya, kalau ada sesiapa yang request ujian biochem arini bolehlah tengok sign dan cop nama aku di bawah result tu. teehee...

lepas tu jam 11 ada meeting staf patologi. ni meeting pertama aku dan yang paling mengejutkan adalah salah satu agenda meeting tu adalah memperkenalkan staf baru. sudahlah aku tidak bersedia. haha.. mujur keluar juga suara. lepas mesyuarat, ya ni la acara paling ditunggu-tunggu hari ni. makan time.

jamuan ni menurut kata dorang jirah adalah untuk staf-staf yang akan berpindah dan telah berpindah iaitu BJ, fizah dan hellary. tapi lepas sesi penyampaian hadiah untuk dorang, tiba-tiba aku dan Ah Yee *Ah Yee ni staf Queen Elizabeth 1 yang kena pindah sini untuk menggantikan BJ* kena panggil potong kek..memang terkejut dan terharu sangat time ni. mana tidaknya, apsal kami pula yang kena potong kek..rupa-rupanya....

tengah cover perasaan terharu yang amat :) bersama Ah Yee. kelihatan peti sejuk yang besar pun mau interframe juga..apakah T_________T

eh, gambar kek tidak kelihatan pula kan. okeh, ni pula gambar kek,

rupanya di kek ni ada tertulis welcome dan farewell. jadi, memandangkan kami ahli baru yang datang ke sini jadi kamilah kunun dapat penghormatan untuk potong kek. memang terharu yang amat. mujur airmata tidak keluar.

bila tengok kek ni memang terasa meriah betul. paling lawak, gambar borang yang bertimbun dan monitor mesin. ya, totally keadaan kerja di lab.. haha..krim coklat ni memang super duper sedap. sampai aku rasa mau makan, makan dan makan lagi. memang sangat sedap. pasni mau order lagi dengan ayu la. oh, ayu ni one of labmate aku. dia la yang bertanggungjawab urus kek ni.

lepas makan makan dan rehat memandangkan hari ni jumaat, aku dan Nelson pun pergi ICU dan CCU untuk buat Quality Control mesin ABG yang ada di sana. tapi malangnya dua2 pun rosak jadi kami pun stay di lab jak la run test sampai jam 5 petang..

perghh macam yo yo o jak aku bercerita. dan inilah yang terjadi semalam. aku busy kan? busy kan? oh no..please cakap aku busy..haha..okehlah tu jak cerita menarik aku buat masa ni. tunggu next week pula kalau aku ada cerita lain lagi ar. assalammualaikum :) thanx for reading..

selamat menyambut ramdhan yang penuh dengan keberkatan ^_^

Rabu, 27 Julai 2011

da start kerja..

salam..

alhamdulillah. masuk arini suda 8 hari bekerja dengan kementerian. seriously memang tidak sangka akan kerja secepat ni. macam baru dapat surat tawaran SPA tiba-tiba suda lapor diri di hospital. aku kerja area Kota Kinabalu ni juga. so far memang selesa la kerja di sini. lagipun di lab ni ramai senior time di kolej dulu. jadi ada masanya memang terasa macam di kolej juga.

semalam, ikut Nelson lawat setiap wad untuk buat Quality Control untuk mesin glukosa. ni memang adatlah sebab aku kan staf baru jadi kena tau macam mana mau handle mesin-mesin yang ada di hospital ni. terasa gembira jugaklah hati lawat wad-wad ni walaupun penat sket. benda pertama kali kan memang excited.

arini banyak rilek jak di lab. sampel tidak banyak juga. sempatlah tengok pacik marjin yang admitted di wad. pacik marjin ni saudara sebelah bapa dan salah seorang anak dia, kak zaimah memang rapat dengan kami sebab dia sekelas dengan kak c-la time sekolah dulu.

basically rutin aku macam itu-itu jak. balik kerja memang penat. baru terasa lebih menghargai duit. mana tidaknya, tau sudah kesusahan cari duit tu..sebenarnya banyak lagi mau cerita. tapi tunggu hujung minggu la. sekarang ni macam penat betul mau menaip. nanti sambung lagi.

assalammualaikum..

Sabtu, 9 Julai 2011

aku benci medical check up~

salam~

hari ahad lepas AJ mesej bagitau di website SPA suda boleh click untuk jawab surat terima tawaran. time AJ mesej tu sebenarnya belum sampai rumah pun. masih lagi on the way balik dari kampung, Tuaran. sampai rumah jak memang kelam kabut la on streamyx buka laptop dengan gaya yang bajet mesti jawab tawaran masa tu jugak. hoho..

pastu, rabu dapat panggilan dari SPA cawangan sabah bagitau ada surat tawaran di pejabat dorang. so, kena pergi sana untuk ambil surat tawaran perlantikan tetap..teehhee..memang excited la pergi amek surat ni sebab ingatkan boleh tahu sudah bila start posting tapi rupanya bukan dia bagitau pun posting bila tapi dia cuma bagitau gaji berapa.

dan sekarang apa yang perlu aku buat adalah melakukan medical check up. sebenarnya aku memang malas buat medical check up. mana tidaknya, dalam tempoh 4 tahun sejak aku habis SPM ni ntah berapa banyak da medical check up aku buat. standard la jadi paramedik ni bila ada infeksi jak memang immediately aemua akan kena suruh buat check up kot-kot kena jangkitan.

semalam aku pegi Klinik Luyang tapi malangnya Luyang pula tak mahu terima kami, budak-budak yang baru mau posting ni buat medical check up atas alasan terlalu banyak result yang belum diambil. jadi diaorang hanya buat medical check up untuk those yang kerja di Kota Kinabalu sahaja. demm ar...so isnin mau pegi Tuaran lak buat medical check up. seriously ni la usaha terakhir aku. kalau Tuaran pun tak mau terima budak baru buat medical check up, "sori SPA saya tak dapatlah ikut arahan awak"..sudahlah aku memang jarang pergi dapat khidmat kerajaan..nasib baik dia cakap mau pengesahan dari pegawai perubatan kerajaan kalau tidak memang aku lebih rela buat medical check up di Poliklinik Permai ni jak. dekat jak dengan rumah.

beberapa minggu lagi akan posting. boleh nanges ka ar kalau kerja time bulan puasa? sudahlah bulan pertama kerja lagi tu. cobaannn..harap-harap aku tidak kena buli la dengan patient. haha..kalau posting ni nanti, kami la batch umur paling muda dalam makmal. hoyeahh..

apakah gambar ni?? wakaka..aku tidak tahu apa matlamat aku dengan incik donovan bergambar macam ni. haha..(disclaimer:dia bukan boyfriend saya, dia senior saya) ekekeke..

p/s: selamat menjadi ahli keluarga kementerian kesihatan malaysia, nina ;) ..

Sabtu, 2 Julai 2011

konvo KSKB Kuching 2011

salam~

beberapa harini aku busy survey sana survey sini hotel di bandar Kuching sebab aritu bila buka fanpage group tiba-tiba AJ Joshua cakap yang konvokesyen kolej akan dibuat di Kuching. Aku apalagi. memang sangat-sangat excited sebab mama belum pernah sampai Kuching jadi ingat mau bawa mama round-round Kuching.

tapi ntah sapa cakap time induksi aritu yang konvokesyen akan diadakan di Bintulu. seriously memang down lah sebab aku cuma pernah pergi Bintulu sekali. so, macam mana mau jadi tour guide mama kalau aku pon pernah pergi sekali jak kan?

so, bila AJ da bagitau aku memang si kudung dapat cincin la. cehh.tiba-tiba masuk peribahasa lak. haha..tapi time tu curious la walau busy bagai nak rak google hotel. jadi penyelesaian adalah inbox Pengetua kolej aku. maksudnya Ketua Program Lab Tech ni la. sebab before ni dia yang busy meeting convo jadi mestilah dia tahu kan? malangnya dia tak reply inbox aku tapi,

dia pergi komen di wall post classmate aku lak T.T adoi la madam ni ( gambar dikaburkan untuk tujuan keselamatan..ekeke...)

see, maknanya convo akan diadakan di Kuching..hoorayyy..mari jerit ramai-ramai dengan gembira..jadi, malam ni mahu pergi tengok filem sekali lagi dengan mama..hihi..

p/s: tahniah untuk Imam Muda Hassan. semoga menjadi ikon belia yang baik. Alhamdulillah :)