Selasa, 11 Januari 2011

terima kasih air asia :)

salam~


aku rasa aku suda kembali ke zaman tinggal di asrama semasa sekolah menengah dulu hari2 mengira bila mau cuti sekolah dan setiap masa mahu melihat kaledar. huahua..

selama aku belajar di sini ni, inilah kali pertama aku dapat pulang semasa chinese new year. bukannya apa, memandangkan majoriti masyarakat di sini kaum cina jadi bila sampai chinese new year tiket kapal terbang mesti naik mendadak. cuma kali ni aku bernasib baik kot. maka pulang lah aku ke rumah. haha.. teringat dulu aku beriya2 mau kumpul boarding pass tapi sekarang ntah mana suda boarding pass aku melayang. huahua..

cukup suda kot aku menjelajah di sini. dan yang lebih lucu, aku juga pulang untuk midsem sebulan kemudian. ya, alhamdulillah akhirnya akan lengkaplah tempoh 6 kali midsem aku pulang ke rumah. rekod ka apa aku ni. adoi..terima kasihh la tuk bapa yang keberatan berjauhan dengan anak dia hampir 3 tahun lepas sampai dia sanggup kata "kalau cuti seminggu kau pulang jak di rumah.." yeahh..itulah yang aku buat ni bapa. don't worry..haha..

sabtu bulan ni busy sket. sabtu minggu ni ada sukaneka untuk budak2 medic lab. baguslah sekurang-kurangnya tidak la aku keboringan berhujung minggu. sabtu depan lak ada kuliah gantian. adoi..

erkk mengantuk plak, kebetulan hujan lebat lak sekarang.tambah sejuk lak puncak borneo ni. salam~

promote ole2 yang diperolehi daripada kingsley kejap. yeahh..one from disneyland hong kong dan satu lagi dari Korea. hehe..


Sabtu, 8 Januari 2011

internet lembab macam siput sedut.

salam~

time aku taip entri ni memang boring tahap gaban. suda la boring gila. tidak sabar mau tunggu cuti sempena tahun baru cina. tahu kenapa? sebab mau naik kapal lagi dan pulang ke kampung halaman. yeahhh..

kalau di kolej ni memang aku malas betul mau update blog dan facebook. mana tidak, internet ni lebih lembab dari semua siput sedut yang ada di muka bumi ni. tidak sabar mau pulang rumah dan menggunakan streamyx sepuas hati.

junior di kolej sekarang damm berlagak. tapi tu bukan semua la. segelintir jak. pelik betul. dorang memang senang untuk dikenali sebab kerek nak mampus. adoii..kenapalah korang kurang ajar sangat ni? tiap2 ari kami dengar komplain pasal kamu.

rasa macam mau nasihat jak budak2 junior especially sabahan. yang dak sarawak tak payahlah nak nasihat sebab dorang pon ada senior dorang sendiri. kita hidup di rantauan ni pandai2 la jaga diri. jangan la kerek semacam dan tak payah nak cari pasal sindir2 senior semua. dorang tu at least da lama jadi penghuni kolej dan da tahu asam garam kolej. lagipun dorang tak tegur kamu yang kamu2 sibuk2 cari gaduh ni kenapa?

demm ar. rasa macam mau ignore jak junior. baru seminggu mula kuliah dah tunjuk perangai kerek sampai ada senior yang cakap takmau bagi nota kat junior. *abeslah* tau tak nota senior tu penting? malas la nak peduli korang. hormat2 la orang yang lebih tua especially pensyarah.

apsal aku emosi lak ni? haha..terasa matang lak sekarang. oh tidak..budak 22 tahun memang emosi lebih ke? haha.okeh..bye..

Isnin, 3 Januari 2011

happy new year everyone :)

Salam~

Ni sebenarnya cerita ari sabtu dan ahad tapi memandangkan kolej tiada internet jadi aku terpaksa tunggu arini untuk update blog.

Hari sabtu ( 1 januari 2010)

Ntah kenapa sejak malam tadi (31 disember 2010) mata ni tetap tidak mahu tidur. Takut, risau, nervous semua ada dalam kepala. Debar macam budak semester satu yang baru mau dating ke Sarawak buat pertama kali dan risau sebab lama tidak dapat jumpa daktu. Dalam risau2 macam tu sedar2 jam 1.30 pagi baru dapat tidur~

Jam 4.00 pagi terbangun sebab dapat call dari daktu. Dan pastu memang tidak dapat tidur da. Mula check semua barang yang mau bawa sebab flight jam 8 pagi kan jadi jam 6 mau gerak suda dari rumah.

Bapa bawa gerak betul2 jam 6 pagi dan sampai di airport jam 6.3o. sampai jak di airport tengok2 ada suda classmates queue up di kaunter check in. nervousnya jumpa dorang ni. Haha. Ada yang setahun suda tidak jumpa since sama2 praktikal. Time ni cool sikit. Tidak nanges pon time salam dorang mama. Well ;p


Dalam flight kena hidang nasi briyani apa ntah nama dia. Thanx to our coordinator sebab pilih menu tu time booking tiket untuk kami dulu. Cayalah sir..haha. kali ni flight yang sepatutnya sejam 25 minit tiba2 ambil masa sejam 15 minit jak. Demmm..orang sedih mau tinggalkan KK dia pula cepat2 sampai. Lupa mau bagitau. Flight ni semua steward diketuai oleh Mohd Izwan. Haha. Sampai jak airport terus ambil teksi balik kolej since barang2 banyak kan.

Sampai kolej punya main banyak kereta. Rupa2 nya junior pon mendaftar arini juga. jeles tengok ada junior yang kena hantar family sampai dalam bilik di hostel. Aku kena hantar sampai balai berlepas airport jak :"(

Lepas letak barang, kemas bilik, sapu2 sampah terus outing pi Bandar Kuching sebab mahu beli bantal baru since bantal yang ditinggalkan dalam stor telah dicuri.erkk lagik tak alas an aku outing aku tu? Huahua..outing punya outing sempat lagi lepak di waterfront tengok2 pemandangan senja di sungai walaupun hakikatnya aku dengan kingsz rindu suda mau pulang rumah. Sempat tengok Sarawak river cruise lalu dan teringin mau naik cruise tu candle light dinner ngan daktu satu ari nanti. Ehehe..

Mel belum datang kolej lagi jadi terpaksalah aku keseorangan di bilik. Malam ni adalah malam yang paling sedih aku pernah rasa di kolej T___T sepanjang malam mesej ngan azie dan daktu. Pastu azie tertidur kot. Mujur ada daktu. Sambil sms, airmata bercucuran. Oh rindu rumah sangat2 dan sememangnya malam pertama ni mesti jadi malam yang sangat sukar lebih2 lagi tanpa blog, facebook dan twitter..oh tidakkk…..suda la aku takut sorang2 di bilik dan hampir jam 1 pagi baru dapat melelapkan mata :(

Lupa mau cakap. Time outing tadi terserempak dengan junior lam bas dan budak2 tu sibuk cakap pasal kami senior sem6 dan ya ALLAH perasaan itu sangat menyeronokkan di saat mengatakan “saya sem6”..finally..cayalah nina. Haha..sem ni harap2 dapat score result yang bagus. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan ALLAH. Aminn..

Hari ahad ( 2 januari 2010)

8.12 am..ada satu sms masuk.. “angah,apa kw buat? :(” ..adoii..rupanya budak yang di cyberjaya ni lak yang mesej. Dan dengan sms yang bercucuran aku pon reply sms tu. Demm boleh tak jangan sms aku macam tu time emosi tidak stabil lagi ni? Macam empangan bakun pecah suda ni. Sori daktu, empangan mata ni da pecah. Tak boleh buat apa2.

Wahhh..panjangnya entri aku. Huahua..sori semua. Ekeke..ni kena cepat2 update sebab incik guard kolej sekarang ni even mau pergi medan selera di sebelah kolej pon kena tinggal kat matrik di pondok guard jadi aku pon malas mau lepak medan selera ni lama2. Mujur tempat ni jak yang ada menawarkan wifi. Huahua..sampai bertemu lagi. Doakan aku dapat menjalani semester terakhir ni dengan baik ek.
Salam~