Ahad, 12 Disember 2010

jambatan gantung..ada berani? ;p

salam~

arini aku bangun awal sket. semangat la kononnya. dan2 la semangat. memandangkan suda lama tidak blood drive jadi hari ni aku dengan semangatnya pergi la blood drive..sebenarnya aku pergi hari ni pon sebab kampung tempat blood drive tu ada jambatan gantung jadi agak teruja di situ. haha.

kami bertolak dari hospital jam 10 pagi. well, hari ahad jadi mood bekerja semua orang pon berkurangan. haruslah waktu blood drive tu mula di anjakkan sedikit. haha. dalam 10.30 pagi sampai suda pekan tamparuli but since kami semua lapar jadi sesi mencari makanan pon bermula di pekan itu.

suda beli makanan baru gerak semula menuju kiulu. jam suda 11.30 pagi. haha..oh ya, kiulu memang terkenal dengan aktiviti water rafting sebab arus sungai dia yang deras dan berliku tu. sampai kampung tu jam 12 suda. angkat2 barang *okeh tipu, aku tak angkat barang pon* dan susun ambil masa setengah jam jugak lah.

derma darah hanya bermula jam 2 petang dan tamat jam 4 petang. sebenarnya yang derma dalam 22 orang jak tapi yang mahu tahu kumpulan darah dan periksa tekanan darah plak yang ramai. selalu kami tidak periksa kalau bukan penderma tapi kali ni periksa daripada tiada kerja duduk2 situ kan jadi buat jak la.


waktu pulang paling best. masa untuk bergambar. haha..walau cuaca panas tetap juga mau bergambar atas jambatan gantung.

yeahh..team ladies. erkk apsal bilangan staf sama dengan anak2 staf ni? adoi..haha ;p


close up sket. mujur aku nampak kurus. haha..tolong jangan pandang sampah klinikal di tangan kak june. hoho..

hah, tu jak la aku mau cerita. mau pergi kemas buku. hihi..

ps/:thanx for my new followers...tinggalkan link and i will visit u later okeh :)


Jumaat, 10 Disember 2010

jom main tag~

salam~

yeah aku sangat teruja. buka2 blog tiba2 nampak ada pesanan dari my nadd tersayang yang aku telah ditag. kenapa tersayang? okeh.


the rule is...

"once you have been tagged,
you are supposed to write a note with 25 random
things, facts or goal about you.
at the end, choose 25 people to be tagged.
you have tagged the person who tagged you.
If I tag you its because i want to know more about you."

jom kenal nina ~


1) Aku suka warna biru langit tu tapi aku tak faham kenapa blog aku bukan warna tu plak. Okeh fine.

2) Officially 22 next year. On 24 January..*terpaksa sambut birthday di kolej tahun ni. Demm ar. . menguji hati betul *

3) ♥ Currently in love with daktu ♥.

4) Love so much to read. Sampai tidak tahu mana mau letak novel2 di bilik.

5) Lately ni sangat rajin menonton wayang ;)

6) Menukar sekolah rendah sebanyak 2 kali dan menukar sekolah menengah 3 kali *erkk tapi aku bukan budak nakal..sobssobss*

7) Pernah kemalangan ngan Toyota hilux semasa bermain basikal. Urm time umur 9 tahun agaknya masa tu. Mujur aku tak cedera.

8) Kadang2 banyak cakap, kadang2 jadi pendiam la pula.

9) Now studing medical lab technology at Kolej Sains Kesihatan Bersekutu.

10) Minat KAER AZAMI sejak AF2 lagi.

11) Sensitif tapi baik hati. Haha..

12) Baru menghabiskan latihan praktikal selama setahun di hospital yang sama T_______T

13) Merasakan laptop DELL inspiron mini yang digunakan sekarang suda tidak menarik. Huahuahua..

14) Masih menggunakan handphone sony ericsson yang sama ;(

15) Suka pergi pantai bila hati tengah risau.

16) Tidak boleh berhadapan dengan buaya dan ular. Please tidak payah pelawa saya join kalau sekadar pergi ke taman buaya. Huhu..

17) Lessen memandu masih P. ntah bila mau abes ni.

18) Tidak tahan dengan cuaca sejuk.

19) family panggil angah, kawan2 dan lecturer panggil nina dan bos lak panggil suhaina.

20) Sangat takut pada hantu, rela tidur beramai2 di lantai semasa di uitm. Thanx nadd.

21) Tidak sukakan blackout sebab buat aku takut.

22) Jarang mau reply sms orang sebab malas mau taip mesej *pengecualian untuk sms daktu*

23) Sangat boros dan baru sahaja menghabiskan duit bapa sendiri.

24) Suka update status di twitter compared di facebook.

25) rabun tapi hanya mahu memakai spek mata bila menghadiri kuliah. LOL.
aku tidak tahu mau tag sapa selain nad. jadi tag jak diri sendiri okeh.

Rabu, 8 Disember 2010

hadiah dari korea :)

salam~

wahhh..terasa lama suda tidak update. sejak tamat latihan praktikal, malas suda mau update. al-maklumlah seharian duduk di rumah jak kan. tapi arini jadual lari sket. pagi2 lagi hantar kakak pi sekolah. dia kemas2 barang sket, amek soalan apa semua. lepas tu balik rumah..

petang pula tiba2 adik semangat mau pergi pantai. adoii..cuaca panas kan jadi semua orang pon setuju la mau pergi pantai arini. semua orang di sini adalah aku, mama, kakak dan adik. hoho..jalan dari rumah jam 4 petang sebab mood masih mengantuk2. biasalah petang kan. sampai di beach 15 minit kemudian. haha..

pastu duduk2 di pantai tengok adik mandi sambil makan ayam goreng yang dibawa. sejak dewasa ni *dewasa la sangat kan* aku jarang suda mandi laut. bukan apa, malas mau susah-susah tukar baju segala bila mau mandi. jadi penyelesaiannya adalah duduk di tepi pantai.


ni la muka budak yang tiada mood mahu mandi laut. apasal gambar ni buat aku nampak gemok?? haha..sekaligus driver of the day ;p

dan dua jam kemudian kami pon pulang ke rumah. tapi on the way pulang tu, jalan raya dari kingfisher menuju bandaraya jammed teruk sebab ada kemalangan yang melibatkan kancil dan van dari Brunei Darussalam. erkk kancil tu Malaysia punya. dan yang buat aku kagum dan berkata wahhh sebab di tepi jalan tu kelihatan kereta-kereta mewah bernombor pendaftaran negara Brunei. dorang cuba selesaikan masalah tu kot T___________T

tiap kali nampak kereta Brunei ni di KK mesti buat aku rendah diri dan rasa mau drive kereta jauh2 sket dari dorang. demm arh. hahaha..

paling penting, sekarang aku terasa yang aku ni la penganggur paling hebat di KK ni. oh no..bilakah kolej akan bermula? haha..tak sabar mau naik kapal lagi. yeahhhh...

p/s: tiba2 terasa mau ambik gambar pre-wedding di tepi pantai. haha..*pannggg lelaju nak gatal lak* erkk harus aku terbangkan aizul marcello untuk gambar terbaik. haha.. ntah bila la nak kawen ni. haha.