Rabu, 30 Jun 2010

biarlah orang nak kawen wehh..

okeh. ni entri rasional okeh. aku ulang lagi sekali, RASIONAL. aku bukan nak sebelah siapa-siapa tapi aku rasa aku patut cakap jugalah. macam biasalah, setiap kali rancangan realiti ni keluar kat tv, mesti ada pasangan yang dikaitkan bercinta. tak tahulah dorang betul-betul bercinta ka apa. biasalah jawapan artis ataupun itu hanya propaganda untuk menaikkan rating rancangan tu.

okeh macam ni. sebelum ni aku da tahu yanga da satu page ni dibuat untuk si polan dan si polan. dan ramailah orang yang join group tu (bukan susah pon, klik jak button like tu). okeh ni aku nda kisah sangatlah sebab dua2 tu pun rasanya masih single jadi nda kisahlah mau dikenen2 bagai kan. itu macam gurauan manja jak.

then, tiba2 arini aku perasan ada lagi satu fanpage yang mengaitkan polan tadi (perempuan la ni) ngan peserta lain. pulak da..aku nda kisah berapa banyak orang mahu dikaitkan dengan dia dan berapa banyak fanpage kapel2 ni mahu kena buat.

tapi, yang aku kesian ni lelaki tu da ada awek. fahamlah perasaan awek dia tu kan. aku tak kata tindakan depa2 ni semua salah. eh tiba2 ganti loghat pulak. iskk..tapi kita pertimbangkanlah bah perasaan orang kan.

aku pernah baca dalam satu buku tu, dia kata macam mana ni "setiap kali kita bergembira, maka ingatlah pada mereka yang menderita"..urm orang selalu cakap, kalau kita sayang seseorang tu kita akan biar dia bahagia kan. jadi itulah yang aku mahu cakap ni. sebagai peminat dia sepatutnya kita berilah sokongan kan dan biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri. cukuplah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka.

lebih baik kita doakann untuk kejayaan seni mereka la pula okeh. ni da sampai nak gaduh2 dah aku tengok. da la tu. *maaf pada sesiapa yang terasa. aku hanya meluahkan apa yang aku fikir jak*

Ahad, 27 Jun 2010

kenapa kau tak datang??

aku penat betul tadi. awal pagi jak aku ready bangun awal pegi beli breakfast. memang semangat lah aku pi beli nasi lemak ayam goreng pepagi (itulah kau makin gemuk nina oiii) adehh..

pastu, bila da breakfast bagai aku dengan kak c-la pon pegi reunion sekolah lama kami, SMK (A) Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu. memang excited la mau pegi reunion sebab dalam event di facebook dalam 16 orang la yang mau datang. skalik tengok, bila sampai tadi muka2 yang datang mesyuarat jugak la yang datang perjumpaan tu. erm kecuali dua kawan yusuf satu batch yang jadi ahli terbaru. aisehmennn..kemana hilangnya bekas-bekas pelajar yang lain itu.

memang kelakar la majlis tu sebab yang datang pon semua kawan2 dan majlis tadi lebih kepada perbincangan untuk majlis reunion besar-besaran ahad depan. seriously makanan tadi memang banyak tak padan dengan jumlah 10 orang yang datang. tapi yang bestnya ada kuih apam balik..itulah aku telan tadi. memandangkan makanan banyak jadi yang lain tu bagi adik-adik junior yang ada kelas prep. hehe..

lepas bosan bincang2 kemudian kitaorang pindah tempat perbincangan pergi U-Bowl, 1Borneo. haha..maksudnya kami pi main boling la. tapi yang pegi main ni cuma kak cumie, kak farah, kak elisha, kak c-la ngan abang waie. dan kak cumie jadi juara. tapi aku memang puas hati la sebab jatuhan kali ni banyak walau tak menang. haha..

pasal majlis reunion ni abes lambat aku tidak dapat keluar dengan geng2 karas sekolah menengah yang diketuai uni. sori geng..try next week ar..

ok penat suda aku. tangan pon letih angkat bola boling nombor 12 tadi..haha..nanti sambung lagi..ur kena tunggu kak elisha upload gambar di facebook la nampaknya..assalammualaikum..

Sabtu, 26 Jun 2010

bukan senang mahu senang..

haha..tidak dapat memikirkan tajuk lain jadi tajuk adalah seperti yang dilihat..hari ni memang hari yang sangat2 tounching bagi aku dan mama..

tadi ada majlis apa ntah, aku lupa nama. lebih kurang majlis kecemerlangan pelajar tapi ni daerah kota kinabalu punya. maknanya semua student yang dapat straight A's UPSR tu kena jemput hadir.

memandangkan adik di cyberjaya dan adalah sangat tidak logik untuk dia pulang rumah semata-mata untuk majlis tu, jadi aku dan mama menjadi wakil ~ ngehhh..perancangan asal mama yang akan naik stage ambik hadiah adik tapi bila sampai sana ibubapa hanya jadi pengiring dan adik beradik yang kena jadik wakil..jadi aku la naik.

waktu tayangan multimedia selepas ucapan perasmian tu memang sedih betul dan seriously I'm cried. bila dengar background music 'hanya di mercu' aku memang tersentuh gila sebab aku tahu bukan mudah untuk adik sampai di tahap sekarang. berjuang untuk menjadi antara yang terbaik ketika bersekolah rendah dulu aku tahu bukan mudah untuk adik.

ya, aku melihat bagaimana adik berubah dalam mengejar cita-cita dia. bagaimana kami berusaha mendorong dia menjadi yang terbaik..haruslah kerana dia anak bongsu :) . dan hari ini bila hari bersejarah dia di mana dia sepatutnya berdiri megah di pentas itu meraikan kejayaannya, yang ada hanyalah ungkapan nama untuk dirindui.

untuk adik, NURUL SHAEERA, kita sudah melalui banyak rintangan dan dugaan untuk memperolehi apa yang kau ada sekarang. jadi, apapun berlaku jangan patah semangat dan teruskan berusaha..Allah bersama hambanya yang sabar..

aku memang bosan jugak majlis tu tadi. Ya Allah ucapan panjang berderet. terpaksa aku menyelam tangkap gambar ikan di SE C902 ni..err macam-macam perangai ngan ragam budak form1 yang kelihatan dan budak2 MRSM memang la nampak menonjol dorang ramai sebab dorang pakai baju batik rasmi MRSM..

kalau adik ada memang pelik la sket. macam budak sesat pon ada kalau adik naik pentas ngan baju batik rasmi sekolah dia tu :) tapi, mestilah bangga dengan sekolah sendiri..

p/s: yang ko pi score bahasa jepun tu beria-ia kenapa adik? macam lah ada kawan ko mau cakap jepun di rumah..ngehh ~ teacher helena (my english teacher for primary 6) masih ingat angah walau suda 9 tahun meninggalkan bangku sekolah rendah..terharu ~ sempat tegur dan borak2 ngan dia tadi.

Selasa, 22 Jun 2010

jangan langgar aku.....

hari ni hari kedua sekolah suda. dan dua ari suda aku hanatr kak c-la pergi sekolah.. dan tadi tanpa disangka aku boleh terlibat dengan kemalangan bersama honda crv..adoii...

masa balik dari kk tu, macam biasa la jalan di highway sulaman kan. sampai jak di bulatan yayasan sabah, time kereta tengah jammed semua tiba2 aku perasan ada bunyi. tengok2 Honda CRV yang di lane sebelah tu sudah langgar pintu belakang aku.Ya Allah..

honestly memang aku rasa suhu kepala aku naik pegi atas suda.bacaan kritikal. sudahlah kereta tu penting dia pi langgar lagi. nasib baiklah penumpang CRV tu okeh2 sikit dan bagi isyarat supaya berhenti di tepi jalan.

lepas tu bincang punya bincang dorang pon setuju la bayar..da langgar aku kan. adoii..dan sekarang kereta tu masih di workshop. khamis baru siap. maknanya aku kena duduk rumah diam2 la ni dan bersabar..
memang ketara la kemek di bahagian pintu da la calar tu tak payah la ceritalah..adoi..pening aku bila teringat peristiwa tadi tu.

bertambahlah hari ni dalam sejarah aku bila aku terlibat dalam kemalangan ni. nasib baik jugak aku tidak mengalami apa-apa kecederaan. alhamdulillah.

Ahad, 20 Jun 2010

dia bukan nurse ;)

aku malas betul arini. dari semalam aku dok godek2 blog yang jual tudung di internet ni cari tudung bawal kaler maroon. tapi sampai sekarang hasilnya hampeh. adoii. ada pon yang aku jumpa tidak menepati citarasa aku lak.

isk ni la masalah ni. memandangkan aku da final year semester ni jadi secara langsungnya semester ni aku kena pakai tudung maroon la pulak. kolej aku punya sistem tu lain sikit. eh bukan kolej aku jak tapi rasanya semua kolej sains kesihatan bersekutu di Malaysia ni kot..

memandangkan pakai uniform jadi setiap tahun tu ada warna tudung dia sendiri. contoh tahun satu pakai kaler hijau, tahun dua pakai kaler biru dan tahun tiga pakai kaler maroon..dan sekarang aku pening memikirkan di mana kah tudung marron idaman kalbu aku ni?? ohhhh..

*esok sekolah buka semula..hihi..lepas hantar kak c-la esok bolehlah round2 centre point. muahaha. kak c-la kata mahu tengok karate kid..cepatlah wehh..

Jumaat, 18 Jun 2010

menganggur owh menganggur..

aisehmenn..da 18 haribulan rupanya. maknanya da 18 ari aku menganggur. menganggur dalam erti kata lain yang aku sebenarnya tengah bercuti. dulu time kerja aku dok pikir cuti tapi sekarang bila da cuti aku dok kira bila nak kerja lak. manusia manusia..urmm...

bila fikir balik memang sesuatu yang giler unbelieveable aku tak buat apa2 dalam tempoh cuti kali ni. dan tiada sehari pon aku mengikuti blood donation ataupon menjenguk makmal..bukan merajuk ke hapa dengan makmal tapi darjah mim alip lam sin aku berada di tahap yang tertinggi.


sengih bila takda kerja.haha. takda kerja = bergambarlah gamaknya.

cuti aku hanya tinggal seminggu lagi. pastu lepas ni mula lah kerja balik dan ini adalah semester terakhir aku melakukan praktikal di situ. memang teruja yang amat walaupon dalam hati berdebar2 yang amat memikirkan di manala aku akan dihantar bekerja lepas ni.

lepas praktikal kena balik kolej lagi untuk final sem dan bila balik kolej maksudnya aku tak boleh buka blog selalu..oh mennn...bilakah line internet di kolej aku ni akan baik..uwarghhhhhh...bila fikir pasal line internet di kolej yang nazak tu memang aku rasa nak gelak sekuat2 hati..adoi..
untuk final sem nanti aku nak tour kuching tu puas2 sebab bila da habis tidak tahu bila aku akan kembali ke sana lagi. yang pasti aku akan merindui kuching yang banyak menyimpan kenangan ;)

Rabu, 16 Jun 2010

terharu :)


aku sangat2 terharu bila buka jak tadi tiba2 aku dapat mesej di shoutbox dari minie. aku sangat2 terharu okeh dan tak sangka betul akan dapat award ni.

jadi, 7 orang yang akan dapat award ni:
gyena armani

Selasa, 15 Jun 2010

khas untuk lolly luvfareda ..

haha..aku dengan ini nak cakap, khas untuk lolly..usah sedih tidak bertemu dengan fahrin ahmad kerana dia selalu mengingati kamu..hehe..(walaupon aku yang suruh dia sign ni)..siler bangga ek miss lolly dan tidur lena malam ni kerana fahrin telah menulis "fareda love fahrin ahmad"..nah, tengok la puas2..hehe..for my gudfriend..tada...



with love,

Ahad, 13 Jun 2010

a moment with fahrin Ahmad..

bangun pagi ni aku rasa macam mimpi lak semalam. haha..semalam adalah hari yang paling super duper best dalam hidup aku. okeh cerita dia macam ni.

hari jumaat aku cepat2 mesej liling sebab aku tahu memang dia jak yang akan buat kerja sewel ngan aku. huahuahua.. naseb baik dia okeh..pas set2 plan apa semua esok dengan semangat kami pon pi sana. sebenarnya di shell tu ada pertandingan shell fuelsave untuk malaysia timur. hehe..

tapi aku lambat sampai sebab hantar kak c-la pi bandar kejap. kalau tidak lagik banyak gambarngan fahrin agaknya. dan hasilnya..tadaaaaaaaaaaaaa..............

honestly cakap fahrin ni memang super duper macho dan sopan. bila tengok muka dia dekat2 cair ohh..dia cakap macho jak kena dengar. haha..sempat jugak borak ngan dia tapi tak lama sebab ramai orang nak amek gambar.

Fahrin Ahmad memang best..hahakz..tak sia2 excited pi jumpa dia.


Khamis, 10 Jun 2010

dear yayah besh..


okehh..kalau sesiapa yang selalu lepak kedai buku mesti perasan ada jual siri 'dear yayah" kan? dan walaupun umur aku da 20 sumthing *sigh* aku masih gak baca buku macam ni. mau buat macam mana time aku dulu tiada.

hah, lepas baca "dear yayah 2" , aku terus addict ngan buku ni. dan tadi kak c-la terus buat tawaran yang sungguh menarik dan kami plan mau pergi kedai buku kejap lagi.
aku mesti beli buku tu sebab macam da ketagih pulak.

korang pernah tak rasa ketagih ngan buku macam yang aku alami ni? jom share di sini ;)haha..ok gotta go, mau beli buku tu..assalammualaikum..

Selasa, 8 Jun 2010

marah bilang sayang..

time korang baca entri ni, sebenarnya aku tengah struggle (chewah ayat bukan main) melawan virus selesema yang telah menyerang aku ni. seriously cakap selesema aku ni memang teruk sampai aku pon rasa tidak larat dan mahu tidur jak sekarang.

oh ya, malam tadi aku da tengok lagenda budak setan. memang best filem tu tapi buat aku rasa tak sanggup lak nak bercinta (pulak da nina). lagu soundtrack dia memang sedap. dan gara2 panggung yang damn cold tu buat aku selesema arini. padan muka sapa? muka aku jugakk...huhu..

okeh ni entri versi speed kereta bimer..make it short kata matsaleh..sampai ketemu lagii..daaa...
assalammualaikum..

Ahad, 6 Jun 2010

tunang, kawen dan cukur jambul..

haha..okeh..entri ni aku saja jak start dengan gelak sebab perut aku rasa sebu sudah sekarang ni. manakan tidak sejak semalam dan arini da dua ari aku ulang alik pegi tuaran dengan mama. memang banyak betul undangan dua ari ni. situlah orang cukur jambul, sanalah jugak majlis bertunang dan sana jugak kenduri kendara. yang herannya semua majlis tu dalam kampung yang sama.

mujurlah aku pegi majlis kawen tu arini. kalau tidak memang seriously aku tidak larat mahu makan. iyalah kat mana nak sumbat semua makanan tu lak kan..huhu..
sekarang seriuosly rasa macam tak sihat. dah la panas. macam mahu selesema pula.

kk sekarang macam dalam peralihan musim.. asal pagi jak panas memang tak payah cakaplah dan bila petang mesti hujan. da la kk tu jalan jammed nak mampos. adoii..bila la masalah tu akan settle aku pon tak tahu. rasa macam mahu jak naik shuttle bas tuk pelancong tu jalan2 baru best..

urm mahu tidur luk kejap. recover tenaga balik. penat drive..ekeke..assalammualaikum..

p/s : mau tengok lagenda budak setan..dengar cerita ramai yang kata best..urmm..

Jumaat, 4 Jun 2010

jom lawat kota kinabalu..

assalammualaikumm..urm memandangkan malam ni aku mengantuk dan mood kureng tuk mengupdatekan blog jadi jom aku bawa jalan-jalan di Kota Kinabalu. kita jalan2 di KK sajalah okehh ;) hihi..jum jum..
ni adalah pemandangan kalau tiba2 berdiri di jeti di tepi bandaraya..nampak pulau di kejauhan dan yang paling penting nampak tak bot laju tu? hehe..

dan yang paling unik di KK adalah di tepi pasar besar KK ni banyak bot-bot nelayan yang berlabuh dan menanti masa untuk turun ke laut.

okeh bila jalan sket lagi nampak lah tempat ala2 pentas ni yang menghadap sunset..romantik la kononnya dan memang banyak lah orang bergambar. aku pon heran jugaklah dan setakat ni aku belum pernah lagi gambar kat sini (ayat jeles tak dapat gambar kat situ..haha) yang aku pasti tempat ni tipa petang asalkan tak hujan memang sentiasa ada pengunjung.

kekadang ikan ni pon jadi mangsa kena panjat tuk bergambar..haha..replika kuda ni banyak di sepanjang anjung ala2 jeti ni ;)
ni la shopping complex paling popular di sabah sebelum ni,centre point. sebab sebelum ni 1borneo belum dibina kan jadi semua pergi di sini la. di CP ni semua ada. panggung, boling, butik2 fesyen, makanan dan semua la. CP ni memang agak luas jugak dan terdapat kolej swasta dan pejabat yang menyewa di bangunan ni. selalunya pelancong memang datang sini gak la cari2 souvenir..urm kedai2 di CP ni sampai tingkat 5 jak. yang atas2 tu kebanyakannya pejabat suda.
ni satu lagi tempat membeli belah di KK. nama dia erm wisma merdeka. tempat ni dibuka awal sebelum CP lagik..kira dia macam senior la..hihi..wisma ni terletak bersebelahan dengan Hyatt Hotel Kota Kinabalu (tempat penginapan untuk anak kapal MAS..haha) . chop chop..adehh..

ni gambar apa pulak ni? hehe..tetiba aku amek gambar brand2 ni pulak kan..hah. ni aku nak cerita ni. ni gambar melancong versi malam. tadi melancong waktu siang.
tadaaaaaaaaaaaa...........inilah jawapannya..
eh silap lak amek gambar. memperkenalkan 1borneo hypermall atau nama samaran dia 1B. urm shopping complex pon ada nama samaran suda sekarang..haha..1B ni walaupon hanya ada beberapa tingkat saja tapi luas dia makoii aku pon tak sudah2 asyik sesat. memandangkan 1B ni terletak di pinggir bandar jadi bas shuttle di sediakan dari warisan square (bangunan depan centre point tu)pegi 1B ni.
apa yang dia jual tidak payah la aku cakaplah kan. sebahagian dia hah tu la yang kena display di iklan tu. ekeke..kalau jalan2 di sini poket jak lah mau tebal. ni tempat untuk anda yang mementingkan gaya dan kualiti. tapi kalau mau tengok wayang pon boleh sebab sini ada GSC..jadi, sinilah aku sebenarnya..di panggung jak okeh..


apa yang istimewa di 1B ni adalah banyak pilihan hotel di sini pada harga yang berpatutan.. antara hotel dia tu ada novotel, courtyard, tune. yang melengkung kaler kuning tu la pintu masuk utama 1B. okeh enough about 1B. Jom kita jalan pi tempat lain lagi.

hah, ni adalah shopping complex yang terbaru di KK ni iaitu Suria Sabah. see, masih ada lagi hiasan tuk pesta kaamatan tu. hikhik. di sini pon ada GSC gak tapi banyak lagi kedai yang belum bukak. yang istimewa dan utama di sini adalah METROJAYA. oh ya yang buat aku rasa best jugak sebab sini ada branch nasi lemak antarabangsa di KL tu. Suria ni betul2 tepi laut tapi jangan cuba terjun lam laut okeh. tak akan berjaya..haha..

pemandangan KK pada waktu malam. still same ngan tempat lain. tak adalah beza sangat. tapi yang pasti KK ni lebih cepat sunyi la berbanding bandar2 besar yang lain sebab waktu perniagaan kat sini agak singkat jugaklah.
dan yang ni adalah pasar kraftangan atau dahulunya dipanggil juga Pasar Filipina. sejak semakin dikenali ni dia da tukar nama jadi pasar kraftangan. di sinilah pusat bagi semua pencinta2 mutiara terutama wanita untuk beli semua perhiasan yang berasaskan mutiara macam rantai, gelang dan butang. sini memang banyak pilihan. selain mutiara, barang2 perhiasan yang lain pon ada.
biasanya tempat ni memang selalu sibuk dengan pengunjung la terutama pelancong yang mahu beli souvenir. dan di sini tawar menawar memang berlaku dengan pesat ;)
yang paling istimewa di KK ni yang kena kira macam mercu tanda dia la kan adalah maskot ikan ni yang ada di tepi Hyatt Hotel. di belakang bangunan Wisma Merdeka yang tadi tu la. okeh ni gambar malam.


hah, ni pula gambar waktu siang. ni la ikan tu. so beware di tengah KK ada todak. haha..tapi ingat itu cuma patung okeh..
urm aku rsa ni jak la dulu untuk malam ni. siapa2 yang mau datang KK tu jomlah datang jalan2..leh pegi Nexus Resort skalik dan banyak lagi tempat pelancongan yang telah dikomersialkan. KK pon da semakin maju sekarang. ok assalammualaikum ;)