Isnin, 31 Mei 2010

hujan yang turun lebih indah bila di kampung..

sebenarnya aku baru pulang dari kampung tadi di tuaran. oh ya tuaran ni lebih kurang setengah jam jugak la dari kota kinabalu. sebenarnya aku pulang tadi sebab pacik mali(adik mama) buat kenduri kesyukuran arini jadi kami pon pulang la sana tadi.

pemandangan dari beranda rumah nenek aku. memandangkan rumah yaya' (nenek aku la tu)
atas bukit jadi pemandangan dia ni macam ni la. dan yang tanah sikit2 kelihatan tu la laluan dari pintu pagar ke rumah yaya' . dan yang istimewanya pagi2 akan ada kabus sebab agak dekat dengan gunung kinabalu ;)

sebenarnya da lama kami tidak kumpul reramai macam ni . maklumlah masing2 kerja kan. jadi memang susah mau kumpul ramai2..kak atin pon semakin berisi sejak berbadan dua kebelakangan ni dan bertambah ayu..harap2 dia sentiasa sihat la memandangkan abang mie jauh di KL.

lepak2 sana arini tidak lama la sebab jalan mau pi kampung yaya' tu bengkang bengkok jadi bila malam agak bahaya sikit kalau mahu lalu. jadi jam6 jak kami pon pulang memandangkan hujan start suda renyai2 dan cuaca pon suda gelap.

jadi sekarang aku di rumah masih di hantui keboringan aku..adakah aku akan terus menghadap facebook tu jak?? yang penting sok aku mau blogwalking puas2..sekarang ni mahu rehat jak dulu..penat driving lam hujan lebat tadi..assalammualaikum...


cuti yang sungguh boring..

hari ni aku cuti lagi..
semalam pon cuti..
dua hari lepas pon cuti..
esok pon cuti..
jadi apa yang aku nak buat time cuti ni?
kepala aku suda terasa sengal yang amat sejak cuti ni..
urm satu-satunya kerja yang aku buat sekarang adalah menjadi driver mama dan kak c-la.
arini kak c-la pulang dari kem ABIM dia tu. harap2 dia ada plan mau jalan2 pi mana2..aku da bosan duduk rumah..sejak telinga aku ni da sembuh, alhamdulillah walaupun ambil masa yang lama jugak, aku da semakin semangat nak berjalan2..
yang palin penting, INGAT!! SIHAT sebelum SAKIT..bila da sakit semua pon da tak bermakna lagi ;)

kebelakangan ni aku da tukar angin. memandangkan time aku kecik2 dulu novel remaja macam sekarang yang PTS terbitkan tu belum ada, jadi sekarang aku bantai beli banyak2..bukan apa, sekali sekala boleh juga relakskan fikiran..hihi..

p/s: lega dengan keputusan exam ni..alhamdulillah, syukur ya Allah..teruja mahu masuk final year..dan semester terakhir menjalani latihan praktikal ;)

Isnin, 17 Mei 2010

cuaca cerah bukan takda hujan..

urm akhirnya aku masih bernafas juga di bumi ni..alhamdullillah setelah seminggu lebih tidak update blog ni aku harap kesihatan aku semakin pulih. semuanya bermula setelah salah satu deria telah dijangkiti kuman dan menyebabkan kesihatan aku berada pada tahap yang sangat merosot..urm ni klinik kedua yang aku pegi setelah hampir seminggu aku menahan sakit. sebelum tu aku suda pegi klinik lain tapi malangnya ubat yang klinik tu bagi tak berkesan (tak boleh mention kang kena saman lak aku..huhu)..dan ni la klinik kedua yang aku pegi..tadaa...

ubat yang dalam betul kecil tu jenis cecair la untuk external use dan yang dalam plastik kecik tu ubat penahan sakit. thanx la doktor ye sebab aku macam da okey2 gak sket. semuanya dengan izin Allah.

esok aku ada pre present sebelum presentation sebenar lusa di depan pengarah hospital. kalau dia ada masa dia ada datanglah lusa kalau tidak kena present juga depan ketua jabatan..aku memang debar dan perut macam sebu.

pertama kali mau bentang di luar kolej dan perasaan tu memang da bercampur gaul. arghhh...kalau la aku boleh sembunyi dalam gua. minggu ni juga minggu last praktikal sebab mulai minggu depan cuti semester akan bermula..yeayy...

Memandangkan aku tidak berapa sihat jadi mood untuk berblogwalking kurang sket..tapi aku akan cuba untuk berblogwalking sedaya upaya ;)

p/s: tidak sabar mau tengok diari AF malam ni ;p

Ahad, 9 Mei 2010

mama queen of my heart ~

mama, aku ingat lagi time kecil dulu aku memang nakal. tak payah cakaplah kan. lepas tu bila aku masuk 5 tahun aku ingat lagi mama hantar aku pegi tadika. dan aku sepanjang ari nanges kat tadika dan kesudahannya mama terpaksa tunggu aku kat situ sampai la blek. mama tunggu aku bukan seminggu dua tapi masuk dua tiga bulan jugak.

kemudian, bila aku kat sekolah menengah aku ingat lagi aku selalu call mama sambil menangis mau balik dan mama pon akan menangis sama bila dengar suara aku. bila aku mahu keluar dari asrama tu tuk masuk sekolah harian, mama yang bersusah payah urus semua hingga aku dapat berpindah sekolah.

masa aku dapat tawaran pegi kuching, aku tahu mama berat hati mau lepaskan aku. aku ingat lagi hari surat tawaran tu datang dan mama dimaklumkan aku kena pergi ke kuching, mama terus sembahyang dan aku tahu mama menangis :( walaupun aku da 19 tahun waktu tu.

memang kita dah lalui bermacam dugaan dan cabaran mama dan aku tahu mama pasti mampu melalui semua cabaran yang mendatang. terima kasih mama untuk terus bagi semangat dalam jatuh bangun kehidupan kami selama ini.


aku tahu aku memang anak mama yang paling nakal, paling banyak main2, paling degil, paling manja dan paling banyak merisaukan hati mama.. tapi aku mahu mama tahu mamalah mama yang paling terbaik di dunia. tanpa mama, akumungkin tidak berada di tahap sekarang. mama memang da banyak berkorban untuk aku sejak aku kecil sampai sekarang. terima kasih mama..thanx for everything single things..love u always ~

Rabu, 5 Mei 2010

kerana sekaki payung..

haha..tajuk aku sangat tidak boleh blah la plak. hihi. ni sebenarnya cerita tadi. tadi aku pergi kerja luar macam biasa. mobile. tapi harini tidak bawa kereta sendiri sebab malas *sigh* memang penat la sebab penderma darah memang sangat2 ramai dan aku rasa macam mau pengsan jak..hihi..thanx to the petro pipe (sabah) sdn bhd yang bagi super duper commitment untuk blood donation kali ni. diorang memang supportive.

dengan vera..wajah menahan kepanasan di kilang :)

ok, sekaki payung belum masuk lom story ar..haha..jadi bila dekat2 mobile tu tamat, langit memang gelap suda dan hujan start suda turun renyai2. tapi time tu belum gelap lagi tapi bila suda lalu UMS jak hujan memang lebat dan jalan sangat jammed. sampai hospital aku memang risau sebab aku parking di bahagian paling hujung dan sangat jauh (kenapalah parking staf diletakkan di situ *sigh*).

tengah aku risau tiba2 alarm di handphone aku berbunyi dan oh my godd rupanya task yang di handphone tu dan task tu tulis macam ni "ambil payung di bilik on kol"..haha..tahu apa maksudnya? barulah aku teringat yang aku ada tinggalkan payung di bilik on call dan asyik terlupa mau amek tiap kali aku pulang. alhamdulillah..rupanya ALLAH masih sayangkan aku. kalau tiada payung ni tadi pastilah aku akan kebasahan dan sangat2 basah la di hujan yang lebat itu.

kejadian ni buat aku sedar yang setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dan ALLAH sentiasa memberikan yang terbaik buat umatNya..aku da tahu perkara ni sebelum ni tapi time tu aku masih bersedih dan menangis bile kecewa. tapi lepas ni hadapi semuanya dengan redha. InsyALLAH.

ngan budak2 PTPL yang menjalani minggu terkhir praktikal di HWKKS bersama kami :)

jadi kesimpulannya payung avon merah tu memang sangat berjasa la untuk aku dan menyelamatkan hari aku dari menjadi teruk..okeh mangantuk pula sekarang. aku tidur dulu..assalammualaikum..

Ahad, 2 Mei 2010

hooperz memang best.

haha..arini aku buat gempak sket buat entri dua sekaligus (ayat perasan da start la plak)..haha..arini hidup aku memang extremely best sampai aku tak bleh komen apa da memang besh la babe.

aku bangun pagi jak (dengan mood yang sangat malas okeh sebab aku kena bekerja) aku excited sket la sebab ntah kenapa. kemudian aku pon ready2 la. masa on da way pegi sekolah tu aku gelabah juga kejap sebab sepanjang perjalanan tu kawasan kilang jak. takut dalam hati nda payah cakap la.walaupun baru dua minit time tu tapi aku memang takutlah. bila nampak bumbung sekolah tu jak aku memang lega. urm sekolah ni jemput kami sempena ulangtahun ke 1o penubuhannya sebab itulah kami datang.

sampai jak di sekolah tu aku jadi staf pertama yang sampai la. dorang yang lain belum sampai lagi. jadi aku tengok acara perasmian kejap. lepas perasmian tu macam biasalah. sama jak macam sekolah kamu dulu. mesti ada persembahan kan. dan apa yang buat aku bangga dan sengih2 panjang sebab budak2 ni perform dikir barat. aku bukan apa. sebab kami bukan berasal dari negeri dikir barat ni jadi bila dorang ada usaha mau buat mesti la aku support kan. hehe..ni la gambar bebudak tu..dorang combine dikir barat dan ada tarian sket2 tapi aku paling suka tengok budak baju purple yang berdiri ni.hihi..

lepas dorang buat persembahan tu kumpulan ritz la plak nyanyi. seriously aku memang tak kenal pon kumpulan nasyid ni. mungkin artis tempatan. takpa mula dari bawah kan.

ni la kumpulan nasyid ritz..eh aku tak sure spelling nama kumpulan ni macam mana..sorry ek abang2 kalau silap.

tengah aku berpanas2 tu ntah macam mana aku terfikir mau jenguk gate sekolah dan aku nampak la staf2 yang lain sampai dan kami pon mula mengemas. agak kelam kabut juga la sebab kami nda ramai jadi memang sibuk la. tengah kami sibuk2 tu ada pertandingan karaoke. bilik tempat kami untuk derma darah tu sebenarnya sebelah pentas utama jadi memang kami boleh tengok la pertandingan bintang kecil tu (no wonderlah setiap tahun ada jak budak sabah yang join af..isk..).
dalam banyak2 budak tu aku sempat amek gambar budak ni jak sebab time ni tiada suda donor. urm dia nyanyi lagu high school musical kalo tidak silap..urm kecik2 da pandai pakai mekap..aku segan pula pasal nda pandai pakai mekap..haha..itu belum cukup excited lagi. ntah macam mana bila aku lepak ngan puteri di bilik sebelah tiba2 ada pengumuman cabutan bertuah. dan yang lucu plus paniknya bila nombor yang kena panggil tu puteri punya nombor yang ada di tangan aku (aku pon tak tahu kenapa puteri takmau cabutan bertuah dia tu). haha..time tu aku memang rasa blank dan terus lah kunu naik pentas sambil dok pikir betul ka number tu. dan yang lawaknya puteri setia juga ikut di belakang aku. haha..turun jak dari pentas rupa2 nya semua staf pon da sedar apa yang berlaku dan sister maria kecewa nda sempat ambil gambar (dia memang suka ambil gambar). memang kenangan manis betul la.

puteri ni anak nurse yang kerja kat unit derma darah sama2 aku dan ni la hadiah cabutan bertuah yang dia dapat..raket badminton ~

tapi itu belum cukup hepi lagi. tiba2 aku tengok handphone ada sms ni.."na, jam berapa ko blek?-mama-" rupa2 nya mama mau bawa jalan. mula2 plan mau pegi bandar kemudian plan punya plan mau tengolk wayang la plak. aku okey jak la lebih2 kak c-la belanja. dan mama memang excited mau tengok hooperz.

aku apa lagi ambil dorang mama dan jalan la pi tengok. orang punyalah ramai tengok wayang arini sampai kami terpaksa jalan di menyelit2 jak ni di celah orang. iisk.

sempat posing ngan barang2 IKEA sebelum tengok wayang. aku gambar tepi2 jak nanti ada lak yang boring. belikan aku kerusi ni weh. haha..

eh kembali kepada tajuk di atas. hooperz memang best dan lawak. mula2 aku risau juga wayang ni kot2 macam boring ka apa benda tapi memang lawak la hooperz. semua ada dalam ni. suka, duk, sedih, benci. aku pon risau juga tadi kot2 aku menangis dalam panggung tu sebab dia memang menyentuh perasaan jugak la. dan yang penting aku dan penonton lain gelak reramai tengok cerita ni. memang lucu la. dan aku rasa mau tengok lagi.

kalau mau bagi rating untuk hooperz ni dari 5 bintang aku bagi dia 4 BINTANG. haha. memang nda rugi la tengok. pasni aku fikir sapa lagi yang aku mau bawa tengok ni balik. oh ya, aku da macam teruja betul mau makan popcorn GSC tu tau..oh men. aku boleh kasi abes 2 large popcorn..huhu.

sebelum aku lupa..lately ni aku obses la pula mau membeli baju kerja ~ aisehmen..memang excited. adakah aku telah menjadi wanita yang gemar shopping?? oh tidak !!!!! aku pon tidak faham kenapa aku suka betul amu shopping baju kebelakangan ni.isk...dan semua baju itu untuk bekerja..

p/s: harusnya cikgu aku bangga bila tengok entri aku ni. panjang sampai entah apa2..patutlah A time spm hahaha :)

derma darah.

gambar ni dari abang google..terima kasih abang googlee....

okeh..untuk memandangkan aku da cakap nak tulis pasal derma darah untuk next entri jadi jom ketahui siapa yang boleh menjadi penderma darah..check it out guys :)

syarat2 fizikal :
*berat badan melebihi 45 kg
*tekanan darah sistolik 110-140mmHg, diastolik 70-90 mmHg
*sihat
*kadar nadi (pulse) di antara 50-100 denyut seminit
*berumur 18 hingga 60 tahun
*kekerapan menderma 3 bulan sekali
*tidak hamil atau menstrual period
*tidak mempunyai sebarang penyakit
*kandungan hemoglobin tidak kurang 12.5 gm/dl bagi perempuan dan 13.5 gm/dl bagi lelaki

okeh..settle pasal syarat fizikal. sekarang aku nak cakap pasal darah tu plak. pernah tak korang fikir dalam darah yang kena pungut tu ada apa? (selain pengawet darah la..haha) okeh okeh jum aku terangkan.

okeh now korang pernah dengar tak pasal whole blood? ala, kalau korang derma darah mesti korang pernah dengar kan atau kalau menjalani pemindahan darah tu mesti ada nurse atau doktor sebut2 kan. okeh jum kita tengok apa itu whole blood..

-dipungut dari penderma : mengandungi sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma.
-dibiarkan seketika di suhu bilik -untuk proses viable phagocyte berlaku
-isipadu darah :200-300ml
:400-450 ml(biasa)
dan dicampur dengan antibekuan
-darah dipungut ke dalam single bag, double bag atau triple bag (jadi kalau korang derma darah pasni boleh tanya MLT on duty tu beg apa yang dia guna..hihi :)
-kegunaan-pendarahan berterusan(bleeding), persediaan untuk surgeri, pemindahan darah kes New Natal Jaundice (bayi yang kena penyakit kuning).ni bahagian untuk pemeriksaan hemoglobin dan pemeriksaan kumpulan darah penderma..

jadi, aku rasa cukuplah dulu informasi aku untuk kali ni..kalau anda menepati mana2 kriteria di atas, tolonglah menderma darah untuk menyelamatkan nyawa. setitis darah mampu menyelamatkan nyawa :) kalau ada apa2 soalan pasal pendermaan darah ni bolehlah tanya ek..insyaALLAH mana yang boleh aku jawab tu akan aku jawab..jumpa lagi..hihi..

Sabtu, 1 Mei 2010

jom bermainn...

cis..bukan main lagi tajuk entri aku ni..haha..sebenarnya memang ni la yang ada dalam kepala aku sekarang. semalam macam biasa aku pegi jugaklah hospital dengan penuh terujanya. lepas tu sampai di hospital dan2 aku termenung sorang2 sebab buku amali da settle, buku log da settle, buku catatan pon da settle..oh men....bila semua da settle apa yang aku nak buat?

akhirnya aku pon termenung di bilik mesyuarat menyudahkan kerja2 lain. tengok2 pemandangan pon iya jugak. bila kebosanan da tahap bahaya, aku buka gam2 yang masih melekat di dinding..huahuahua..jadi, setelah ditambah, ditolak,didarab dan dibahagi aku pon amek keputusan untuk kerja half day jak lahh..haha..kenapalah kurang doktor yang trace result semalam? da la spesimen kurang *versi berleter bila kat lab takda kerja* oh ya, aku lupa. jumaat lak semalam. no wonder la..huh..

selalunya bila boring petang2 aku dan dua geng blood bank iaitu abang anas dan don mula la cerita ntah lawak pe benda dan mula cakap pasal macam2 jenis makanan ntah apa2 dan mula cakap pasal mainan time budak2 dulu. mulalah kami plan mau main kejar2 la, ayam dengan harimau la pas kerja tapi sebenarnya tak pernah pon kami main pastu... cuma semalam dorang agak busy dan abang anas pon macam moody sket..takkan gaduh dengan tunang lak?

sempat posing di depan bilik pendermaan darah sebelum balik..aku masih berteka teki tangan sapalah kat poster ni ek?? *sampai hati kementerian tak amek aku jadi model untuk tangan ni..sobsob (pleaselah nina..episod perasan da bermula..hahaha)..

yang lawaknya bila da nak balik lagi, kami lepak2 dekat pintu keluar lab kejap. biasalah dok perhati lif mana yang lengang..time baek punya lepak tu tetiba bos aka ketua jabatan menyebabkan kitaorang kelam kabut blah padahal time tu memang lunch hour pon. bos sampai tanya2 lagi kehairanan kenapa kami kelam kabut. sebenarnya bukan ada apa2 pon. cuma segan nak bersoal jawab kat sana.

bila turun kat bawah tu aku jumpa kereta abang anas parking kat sebelah aku. hah ni lagi sorang. memang fanatik nightmare betul la dia. kereta dia penuh dengan kartun tu. oh lupa lak. abang anas ni senior aku kat kolej tapi sekarang da lama jadi staf kat lab jugak. dan dia adalah kawan aku tuk usik2 orang. abeslah kalo dia nampak aku posing ngan kereta dia ni..haha..


hari ni adalah satu2 nya hari cuti aku untuk hari ni memandangkan esok aku kena bekerja..huhu..mujurlah esok aku bukan kat lab..kami blood donation lagi sok..urm memang wajib la blood donation ni. jadi sekarang aku mau rehatkan badan dan minda. haha..nanti next entri aku explain pasal derma darah okeh..
assalammualaikum...