Sabtu, 25 Julai 2009

hari yang memenatkan..


assalammualaikum..

aku penat betul arini. semalam tidak cukup tidur. lepas abes kelas terus pegi padang sebab ada perlawanan tarik tali antara semester untuk budak course aku. terima kasih buat mr wan dan madam Hazliana yang join team batch kami. dan akhirnya, kami mendapat tempat kedua. hehe..memang penat betul aku menyokong semalam. lepas tu ada plak sesi poco2 dan senam robik..adei..yang gempak dan hampeh.

dan hari ni, aku drive tadi. memang letih sebab drive agak jauh. lagipun cuaca panas. cuma yang lawaknya, dalam aku memandu boleh pula jumpa dengan jijan, king, daus dan ben.

sebagai manusia, aku sayang padamu..aku suka betul kata2 ni yang aku dapat dalam salah satu novel yang aku baca..

Isnin, 20 Julai 2009

hari ni dan semalam???

Lama betul aku tidak menulis di sini. Bukan apa, kebelakangan ni jadual agak padat sikit. Banyak benda yang aku kena bereskan. Memandangkan aku lama tidak menulis jadi entri ni agak panjang lah juga. Sapa yang mahu baca boleh baca dan siapa yang boring tak perlu baca.masyeh. Entri aku kali ni pasal hujung minggu aku yang baru lepas ni. Let’s check it out..

Ini adalah cerita hari jumaat. Jadi, tolong bayangkan hari jumaat la ek ^_^

Hari ni kelas abes awal. Jam 4 lagi kelas da abes. So, banyak sket masa untuk rehat. Aku memang penat betul minggu ni. Memang terasa yang aku ni terkejar-kejar masa. Pegi kelas yang waktu malam tu lagilah. Aku macam mahu tidur jak. Memang tidak larat betul. Tambah2 pula kelas tu sejuk betul. Sudahlah gitu then suasana kelas yang bising tu aku rasa susah betul mau fokus. Nasib baik subjek yang senang dan hanya elektif tapi aku perlu juga belajar la. Memang setiap kali ada kelas malam memang aku mahu tidur dan esok nya aku akan demam. Jadi, maksudnya aku balik2 demam. Kejap sembuh dan kejap demam. Adeii memang keimunan yang teruk sudah badan aku ni.

Lepas abes kelas tadi, macam biasalah rilek2 kejap. Hari ni santai sket. Tidak perlu kelam kabut sebab malam tiada kelas dan ramai budak yang balik rumah. Hujung minggu kan. Ntah kenapa aku rasa hati aku berdebar2 macam aku rindukan seseorang tapi masalahnya aku tidak tahu siapa yang aku rindu. Then tidak lama kemudian..jeng jeng jeng..hehe..mama pun sms. Jadi maksudnya mesti mama yang rindukan aku ni (baca : kak c-la dengan nurul jangan jeles wokeyy..hehehe).. suda sekian lama aku meninggalkan rumah untuk hidup di kejauhan ni tapi aku tetap rindukan rumah. Dan setiap hari tugas aku adalah menghitung bilakah aku akan pulang ke rumah. Aku rasa aku macam tidak bolehlah tinggal jauh dari rumah. Rasa sedih jak dan ada sayu2 gak la sket.

Aku berfikir jak sejak tadi. Hari ni aku jadi pemikir la pula. Kadang-kadang susah betul mahu jangka hidup ni. Kita mesti tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari-hari akan mendatang kan? Benda yang paling susah mo predict bila melibatkan soal hati dan perasaan. Apa yang terjadi sekarang ni? Aku pun keliru dengan apa yang tengah berlaku sekeliling aku ni. Jadi aku tunggu dan lihat jak lah sekarang ni. Kalau suda jodoh tidak ke mana kan? Aku harap biarlah semua berjalan dengan baik dan mengikut arus. (baca : ayat2 tadi adalah untuk seseorang yang tidak tahu pon nama aku err aku sebenarnya tak pasti dia tahu ka tidak dan kami cuma pandang2 dari jauh..hikhik .

Berapa lama masa yang kita ambil untuk jatuh cinta pada seseorang? Sesaat? Sehari? Sebulan? Setahun? Sebenarnya terpulang. Kadang-kadang yang kita sudah kenal bertahun2 tu pon belum tentu sesuai dengan kita. Ada masa kita baru kenal beberapa waktu jak tapi hati sudah mula rasa debaran. Dan debaran ini akan membawa kepada perkenalan yang akhirnya menyaksikan percintaan dua hati. Adeiii aku jadi jiwang la pula. Buat masa ni aku belum boleh cerita apa2 lagi. Nothing happen. Aku masih sibuk dengan study aku. Bagi aku sekarang ni walau apapun berlaku study tetap jadi priority. Aku mahu buktikan pada mama dan bapa yang semua yang mereka berikan pada ku tidak akan sia2. Hehe..

Lately ni juga aku rasa macam mahu bersenam lah . Aku risau tengok badan aku sekarang ni. Haiya…aku macam makin sihat jak.. Jadi aku mesti kurangkan lah tahap ke’sihat’an aku ni sebelum baju raya aku nanti tinggal kenangan jak.huahua..
Ok, tamat cerita jumaat. Then kita pergi keesokan harinya plak. Hari sabtu 18 julai 2009.
Aku baru abes bengkel tadi. Huwargh..aku memang ngantuk betul tadi sampai aku rasa macam mau tertidur-tidur. Sejak kebelakangan ni, aku tidak dapat suda mahu tidur balik lepas subuh. Bangun subuh jak terus ready siap2 pi kelas. Nasib baik kelas aku yang hari sabtu ni akan berakhir tidak lama lagi. Dan aku harap aku akan lulus dalam peperiksaan JPJ tu. Terima kasih buat bapa yang sudi menanggung segala-galanya (baca : untuk kak c-la..nampaknya aku yang anak kesayangan bapa sekarang. Hoho..siler blajar menjahit dengan cekap dan tolong jahit uniform saya ek. Masyehh..uniform baru yang aku dapat ni macam pendek sket buat aku unconfortable la kak. Nanti aku email gambar di yahoo kau)

Ada satu perkara baru yang aku perasan tiap kali aku pi kelas ni. Dan tadi merupakan kelas berjam2 aku yang terakhir. Lepas ni kejap jak suda. Tiap kali pi kelas aku mesti dapat kawan baru. Dan kali ni kawan baru aku tu berasal dari kawasan yang dekat2 jugalah dengan tempat aku belajar. Kakak tu pun pakai tudung dan muda lagi urm sebaya kak c-la. Aku panggil dia kak R sebab tak perasan sapa nama dia. Tak sempat tanya pun. Mujur ada di kalau tak aku mesti boring. Tapi kami tak borak panjang sebab walaupun aku faham bahasa tempatan yang dia gunakan tu tapi aku tak jawab soalan dia guna bahasa tu. Tu yang payah sket mau borak panjang2.

Tidak lama lagi bulan ramadhan al Mubarak akan menjelang. Masyaallah..aku sememang nya merindui kedatangan bulan ni. Semoga kita semua akan mendapat manfaat. Tiap kali ramadhan jak mesti feeling aku lain macam. Terasa sayu jak. Terasa betapa kerdilnya aku di bumi Allah ni. Allahuakbar..Insyaallah kalau diizinkan tuhan tahun ni adalah tahun kedua aku berpuasa di sini. Tiada beza sebenarnya berpuasa di sini dengan kampung halaman aku tu. Cuma sini tiadalah bazaar ramadhan. Arghh..aku rindu lagi. Tahun ni kalau dapat mahu bawa mama makan ayam percik la. Tahun lalu mama mahu makan tapi tidak jumpa jadi harap2 tahun ni adalah.
Tidak lama lagi dorang mama akan pergi konvo kak c-la. Aku sedih betul tidak kena bawa sekali. Tapi aku tahu bukan senang mahu minta cuti di kolej ni. Terikat dengan peraturan mana mungkin aku boleh bercuti sesuka hati. Lagipun haruslah bagi aku untuk tidak ikut sekali memandangkan aku telah menghabiskan banyak duit bapa tahun ni.

Tapi tidak apa. Itu semua tidak penting. Yang paling penting sekarang adalah apa yang kita mahu pakai untuk dinner. Yihaaa…Semester ni mesti pakai grand sket la sebab sebagai semester yang in charge mestilah mahu nampak menonjol sket dari yang lain. Paling menggembirakan semester ni tiada dinner seluruh kolej. Maknanya dinner semester ni hanyalah untuk budak2 kursus aku jak. Yahoo..ni lah berita paling menggembirakan aku. Bukannya apa, sebagai budak2 yang hanya bekerja di belakang tabir, mesti kami lebih selesa bergaul sesama sendiri jak. Lagipun kira sambung tradisi juga la. Sebelum ni pon memang macam tu cuma sem lalu jak dinner kena dengan semua sekali satu kolej. Nasib baik sem ni sambung blek tradisi yang lama.

Harap2 jadi la dinner lepas raya. Sebab kalau sekarang ni memang gila2 tiada masa mau cari baju apa semua. Aku pun sekarang ni asyik rasa macam sesak nafas jak mana tidaknya asyik kelam kabut. Ari ahad adalah hari aku kena menyiapkan semua laporan makmal dan semua yang sewaktu dengannya.

*aku suka betul dengan lagu akim ‘bengang’. Mula2 ingat lagu Faizal Tahir. Al maklumlah aku tidak sempat tengok af7 kan jadi aku tidak tahulah. Pastu bila aku da dengar aku suka la lagu akim ni.hehe.tapi kebelakangan ni hari2 aku selalu ditemani lagu seribu impian nyanyian kaer. Pastinya lagu ni ada nostalgia buat aku bila melihat kaer menyanyikan lagu ni di jom heboh dan aku dapat melihatnya di hadapan mata pada jarak kurang dari 4 kaki. Haiya..kaer la yang berjaya membuatkan jantung aku berdegup lebih pantas dan menjadikan hari aku lebih hangat daripada biasa (baca : ini hanyalah luahan seorang PEMINAT kepada ARTIS KEGEMARANnya..tidak ada yang lebih mahupun kurang ..masyeh…) *

Okey la. Panjang betul suda aku tulis. Sengaja tulis panjang2 sebab tak sure bila aku mahu update lagi. Banyak betul lab report yang belum siap. Aku mesti siapkan benda2 tu semua sebelum cuti mid sem. Kalau tidak mesti berlambak lagi. Plus aku akan exam tak lama lagi. Mesti ready awal2 sebab aku mau score exam kali ni. MESTI SCORE. Muahaha. Jadi entri aku ni kira cover tuk waktu2 yang aku tidak menulis nanti la. Assalammualaikum…

Selasa, 7 Julai 2009

rahsia hati..

assalammualaikum..yihaaa..aku gembira hari ni. puncanya? novel aku telah tiba. memang tidak dapat dinafikan novel-novel aku ni adalah antara perkara-perkara yang menggembirakan aku di perantauan ni. dan novel-novel tu adalah ilham hati, jawapan yang pasti dan cinta dua jiwa.
tapi, buat masa ni belum bolehlah komen sebab aku belum baca lagi. baru dapat tadi. tapi aku akan cuba habiskannya secepat yang mungkin.
sekarang ni baru aku rasa lega sket. aku baru jak menyelesaikan aktiviti ko-kurikulum yang membawa dua jam kredit. terima kasih lah kepada tutor penasihat untuk kelab boling (yang telah bergabunng dengan kelab senamrobik pada akhirnya) , Ahmad Faizal dan tutor penasihat kelab lawatan sambil berkhidmat, Banevinsol Bernard. Tanpa dua orang tutor ni memang sukar untuk aku dan ahli-ahli kelab yang lain mendapatkan dua jam kredit tu. thanx sir..jasamu akan dikenang.
semester ni juga aku dapat lab partner yang baru yang diberikan oleh madam indra (baca:ni memang tutor aku yang paling sporting). Debb, ching2, faiz ngan ezzad. well, dorang ni pon ok juga. especially debb ngan ching2. banyak benda yang boleh share ngan dorang ni. hehe. yang penting aku selamat. sem ni mau study hard. yihaa..
urm..apa lagi yang aku mau cerita ar? aku nda ada cerita menarik tul sekarang. yang penting aku mau baca novel tu dulu.
dan untuk nadd..aku memang nda sabar mau bagitau cerita novel aku yang baru ni..ekeke..aritu aku baca Meniti Maut nadd. ok juga novel tu. novel aksi Eyman Haykal. eh ginikah eja nama penulis dia? aku pon nda sure. yang penting best la juga novel tu.

Khamis, 2 Julai 2009

award ~





Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.jadi aku pon copy la...ekeke =p
award ni diberikan oleh liling a.k.a peribiru yang juga merupakan close friend aku..thanx ar beh..luv u la..ekeke =p
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :(
1.suka amek berat pasal orang lain dan comel
2.tidak pernah berkira pasal wang dan slalu bawakan kitaorang mcD time form6.
3.satu-satunya kawan skolah yang aku rapat sampai kini
4.gila-gila dan suka buat lawak
5.paling rajin keep in touch ngan kawan-kawan
*6. kawan yang aku paling sayang + ex classmate aku..nah, ciri keenam ni aku bagi tambahan khas tuk ko beh ~
Setiap blogger mesti menyatakan 5 fakta/5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
LIMA FAKTA :
1.Aku sangat fanatik filem Dealova..
2.Aku fanatik dengan tembikai dan durian.
3.Sangat meminati kaer ^_^.
4.Aku suka warna biru.
5.Aku seorang yang pendiam dengan orang yang aku tak rapat.
LIMA HOBI :
1.baca novel alaf21.
2. Dengar muzik.
3.suka beli benda yang warna biru.
4. tengok CSI miami.
5.Lepak ngan kawan2 perempuan.
Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
1.Nadya - bekas roommate aku + kawan aku yang paling happening dan selalu temankan aku study kat bilik. selalu ingatkan aku tuk study hingga aku berjaya naik diploma dalam satu sem. juga pinjamkan aku novel alaf21 dan komik conan.
*then tuk yang 4 orang lagi tu amek jak lah. aku tak kisah =) kalau bagi ko lagi nda boleh beh? ekeke..

sehati sejiwa ~


Alhamdulillah..dapat juga aku update entri kali ni walaupun aku agak busy (baca : chewahhh..macam bagus jak ayat aku ni). Sebenarnya entri aku ni tiada kena mengena apa yang aku mahu tulis kali ni tapi memandangkan kak c-la yang suruh letak tajuk ni jadi aku pon ikut jaklah ^_^ hah, sebenarnya tajuk ni berkaitan ngan gambar di atas ni. Muahaha..apa sebenarnya yang terjadi ? ini adalah gambar aku ngan nurul (baca : adik tunggal aku a.k.a anak bongsu yang berumur 12 tahun). Kalau gambar ni dilihat betul2 mesti ada yang perasan yang kedua2 kasut di kaki kami ini adalah warna , bentuk dan jenama yang sama. Lebih mengejutkan kami juga memakai kasut saiz yang sama. Nurul la yang pilih kasut ni sebenarnya dan aku ikut2 dia jak macam dia selalu ikut2 aku.muahaha yun. Aku yang pakai jeans biru dan nurul yang lagi satu. Gambar ni diambil oleh kak c-la sebelum kami bertolak ke airport. Memang sedih betul mau tinggalkan rumah.

Hah, ni lagi satu kisah. Flight aku kali ni pon sama-sama Shah juga. Well, bestfriend will always come together..hakhak. Bukan kami dua jak sebenarnya. Ada lagi kawan sekelas aku yang lain satu flight ngan kami macam Sazy, Ong, Wendy, dan Genevy. Bila shah start duduk depan aku dib alai berlepas tu kami memang start suda ketawa. Adeh..dia memang nda habis2 dengan lawak dia tu. Nasib la dalam flight kami nda duduk sama-sama. Aku duduk tepi tingkap kali ni. Memang aku gembira. Mujurlah di sebelah aku pasangan suami isteri cina yang baik hati dan menyenangkan =)

Ok, kembali kepada apa yang aku mau cerita sebenarnya. Masuk hari ni suda 3 hari aku pulang ke kolej dan ini adalah hari kedua aku menjalani semester yang baru ni. Memang agak penat jugalah. Hari pertama aku di kolej aku memang rindu betul dengan rumah. Bangun jak pagi tu memang aku heran nasib baik aku cepat sedar yang aku telah kembali ke kolej..oh kk, betapa aku merinduimu =( Hari tu agenda kami yang pertama adalah pergi jabatan pendaftaran. Dedea mahu tukar mykad dia. Pastu kami pegi jabatan imigresen. Mujurlah terletak di tempat yang sama. Ada masalah sket dengan dokumen perjalanan aku dan berjaya diselesaikan.


Lepas selesai di imigresen (baca: alhamdulillah nasib baik nda ambil masa yang lama di imigresen dan selesai dalam masa lebih kurang sejam) kami pegi cafeteria dan makan. Lepas tu, singgah MPH kejap. Ngehngeh..nda banyak novel baru. Semua yang aku sudah ada. Tapi, aku beli jugalah satu novel syurga di hati – Fatin Nabila. Lepas penat di MPH, pegi supermarket beli barang. Beli barang gak lah di guardian. Beli punya beli dan habiskan duit, aku dan dedea pon pulang.

Dan semalam kami sudah mendapat uniform di hari pertama kuliah semester ini bermula. Tapi, memandangkan penyelaras kami da ingatkan awal-awal tentang peraturan jadi aku nda dapatlah letak gambar tu di sini =) tapi, nda apa. Dua hari ni juga la kami breakfast di kedai luar tu. Urm..walaupun cuaca sungguh pnas. Esok ada perjumpaan dengan ketua program. Aku pon agak nervous juga. Urm mungkin esok kena pakai uniform aku pon nda tahu lagi. Semester ni aku partner ngan king tuk kuliah. Kadang2 teringat gak azri yang jadi partner aku sem lepas. Setia betul ngan panggilan met dia tu =) bilalah kami akan diberi kebenaran partner ngan yang sama jantina ar? Aku pon nda tahu. Masuk sem ni, iaitu sem terakhir aku mengambil kelas english bermakna tiga sem jugalah shah menjadi partner English aku. Semester yang seterusnya nanti kami tidak lagi perlu mengambil subjek English ni. Lama juga dia partner ngan aku. Bermakna da tiga sem. Untuk shah, terima kasih lah banyak beri kerjasama dan tolong aku buat tugasan English tu.

Malam ni ada aktiviti tuk buat junior. kitaorang just jadi pemerhati. harap2 semua berjalan dengan lancar.

Ok, itu jaklah untuk kali ni. Aku pon penat sudah menaip. Nanti aku update lagi. Pastinya ada cerita menarik hujung minggu ni. Harap-haraplah..assalammualaikum..

p/s : junior baru sem ni macam sombong semacam jak dengan senior. Tapi sebenarnya budak2 course tu memang sombong pon. Aku pon tak faham kenapa +)